Salam,

Tadi baru telefon mak di kampung. Minggu ni walaupun cuti lama sikit, empat hari tetapi tak dapat balik kampung. Bagi teman anak-anak buah berseronok di KK, dah kena booking dari bulan Disember lagi. Kesian mak dan bapak. Rindu dengan mereka. Rupa-rupanya penat gila melayan karenah budak-budak ni kan?sikit lagi pitam.

Lepas tanya khabar tadi tiba-tiba mak ucap terima kasih sebab kirimkan dia dan bapa duit untuk bulan ini. Serius, meruntun jiwa. Aku rasa malu sangat. Yewww..mak sepatutnya tak perlu ucapakan kata itu. Hehe..mak ni..buat malu ai je…Memang tanggungajawab aku untuk menunaikan hak mereka. Sama-sama kasih mak..<–sengal tulis entri dengan air mata bergenang-genang..cettttt!

Hmmm…hari tu bapa cakap, kerja macam mana pun, gaji banyak mana pun kalau tak dikongsi dengan orang yang memerlu sentiasa tidak mencukupi. Paling penting kongsi dengan orang tua iaitu mak bapa, adik-beradik, saudara mara. Bukan bermaksud kau bagi semua dengan mereka, sikit pun cukup, sekadar ada, hatta RM10 pun boleh <—spesis kedekut!

Memang tahu kau sudah berkeluarga, ada anak dan isteri atau suami, tetapi ingat pada mak dan bapa, jadi pendapatan akan diberkati. Betul tak? Ohh..di sini bukan mahu berlagak alim ya, hanya berkongsi.

Minggu lalu aku lepak-lepak dengan bapa di beranda rumah menghadap jalan raya. Banyak perkara kami bualkan termasuklah pasal duit dan simpanan <—mati kena ‘belasah’ bapa sebab simpanan ai tak bertambah-tambah dalam bank dan ASB..huhu.. Sambil bercerita kami memerhatikan jalan raya. Lalulah sebuah MyVi berwarna putih. Bapa pun membandingkan aku dengan pemilik kereta itu a.k.a jiran selang 3 buah rumah dari kami.

Sipolan itu biarpun kerja kerani sahaja dapat beli kereta, dapat bagi mak bapa dia duit buat rumah.<—ini dialog bapa.

Emm…..heehhhheeee..<—respon aii yang comel.

Kamu kerja gaji tinggi dari dia tak nampak apa-apa kemajuan. <—tembak bapa lagi.

Emm….aduh!..<—terkena magic bullet tepat di muka (dalam hati)..

Kamu tahu sebab apa?sebab dia pandai berjimat dan tidak suka enjoy..<–tembak bapa lagi

Emm…ok, start bulan ini akan menyimpan <—insaf yang cuma sebantar, tekad hangat-hangat tahi ayam..(^_^)
Lagi satu sebab duit gaji dia berkat!<—bapa menambahkan gusar di hati..

Sebab apa gaji diorang berkat?<–budak bendul bertanya.

Sebab dia kongsi hasil titik peluhnya dengan mak bapa dia..

Ok…..<—apa yang tak kenanya ya, aku pun tiap-tiap bulan bagi mak dan bapa, tapi kenapa duit gaji ai tak berkat, mesti ada ‘something’..oohh…baru aku sedar aku banyak bazirkan duit untuk makan..makan..makan..(-_-“)..perlu salahkan makanan dan perut aii..

Lepas tu, teringat cerita kawan-kawan, kalau diorang tak hulur duit bulan-bulan pada orang tua, diorang rasa duit cepat je habis, mengalir macam air. Serius, aku pun dapat rasakan. Rasa macam..hai..mana duit aku ni hilang, ada toyol ke yang amik?ke aku tercicir?atau ada orang curi, tak pun aku tersalah bawa purse yang kosong…(^_^)..Oklah..oklah..senang cakap, hulur sikit gaji kalian untuk mak dan bapa. Senang..hihi..barakah..barakah..

Bak kata kakak aku, bukan dia tak mampu nak sediakan makan pakai dan duit belanja mak dan bapa, malah, lebih dari cukup pun boleh, tetapi dia nak bagi peluang adik- beradiknya yang lain dapat pahala juga, dia tak nak dia bolot sorang pahala itu. Betul jugak kan?hehe..aku pun mahu PAHALA itu, percuma!gratis!

Kesimpulannya, untuk aku jangan kuat makan!