Salam,

Baru tahu beberapa ‘sikap’ dan perangai buruk diri sendiri.

—–> Tidak mampu menerima kegagalan.

—–> Tidak bersungguh membuat perkara atau benda yang tidak minat.

—–> Pantang kena provok.

Serius buruk perangai rupanya. Huhu..benda-benda ni yang membuatkan empunya blog tension!

Ada tips-tips nak hilangkan marah dan melepaskan tekanan supaya tidak menjadi ‘barah’ dalam daging dan darah. Ceh!yo yo’o jak tu. Entah menjadi entah tidak petua nujum tak berkaliber ni <—-aku le tu..(^_^)..

1. Ignore! Persetankan kegagalan, penghinaan dan provokasian (ada dalam kamus tak?) itu. 50/50 berjaya, orang buta hati.

2. Bersiar-siar (beriadah) sambil ‘mengagihkan’ ketensionan kepada orang yang kita jumpa di pertengahan jalan iaitu dengan menjeling mereka, menunjukkan muka macam nak kena sepak, buat muka jelek, ketat kan organ-organ muka serta mengutuk dalam hati. Fuhhhhh! lega sangat. 40/50 berjaya sebab 60 % dapat dosa kering..hehe..

3. Cari tempat nak meluah perasaan. Orang seperti aku yang takdak BF aku kena cari bantal busyuk je lah..(^_^)..kalau dah ada tempat meluah luahkan semuanya dengan dia, air mata, air hingus, muntah, kalau nak sedapkan hati lagi bagi sepakan dan terajang sekali..umpphhh!. 90/100 menjadi. Terbaeeekkk.

4. Makan. Yup, salah satu ‘aktiviti’ semasa sedang marah, kecik hati atau fasa tekanan sampai kepala. Serius ia amat mujarab (bagi akulah..). 70/100 sangat membantu.

5. Gunakan sosial networking untuk mengadu/memaki/menyalahkan orang yang terlibat dalam mengharu-birukan perasaan anda. Update perasaan kita dalam FB, tweet tak pun merapu meraban juga meroyan dalam blog (Like I always did..:). Supaya senang sahabat-sahabat maya kita tunjukkan keperhatinan dan tahu mood sedang tidak stabil. 60/100, bolehlah tahan.

6. Tidur, tidur-tidur ayam. Dua-dua boleh buat. Mula-mula pejam mata macam buat-buat tidur a.k.a tidur-tidur ayam, kemudian dah tak ingat bila masanya kau terlelap. Hehe!..emmm..part ni memang membantu kut, mungkin, sebab sewaktu tidur kita akan mengalami proses penstabilan emosi. Bangun saja dari tidur kita akan refresh. Mmmmmmm..nyaman je. 80/100, tenang. Ni stail aku merajuk waktu kecil-kecil dulu dan terbawa-bawa sehingga ke tua.

7. Tengok cerita/filem/drama yang sedih-sedih. Senang nak nangis, tak payah nak jawab kalau orang tanya kenapa mata bengkak. Cakap je lepas tengok wayang sedih. 2 in 1. Sila angkat tangan siapa pernah buat?Saya! drama korea selalu jadi mangsa. 100/100 berjaya.

8. Pergi mandi. Segarkan tubuh sambil-sambil campurkan air mata dalam baldi. Serius di asrama dulu, kalau aku malu nak nangis tekup mulut pakai bantal busyuk (as usual), takut member bilik dengar, aku nangis masa mandi. Jirus air sambil air mata mengalir-ngalir. Senti-MENTAL kan?30/100 berkesan.

9. Menyibukkan diri. Ambil sapu, menyapu keliling rumah, kalau tak hilang juga tension tolong sapu rumah jiran..haha..tak pun tolong makcik-makcik tukang bersih di Majlis Bandaraya tu bersihkan keliling bandar. Ada juga pekdahnya. 50/50 dapat membantu.

10. Amik wudhu dan solat sunat dua rakaat <–trip-trip comel alim..yewww. Buat apa kita buat benda-benda tu semua (9 perkara sebelum ini), dekatkan diri dengan Pencipta kan lebih baik. Mengadu dengan Allah, meluahkan dengan DIa yang MAHA mendengar, menangis di hadapan-NYA tanpa segan, kerana DIA sentiasa bersama kita. (Sila bawa perkara ke-10 ini kepada nombor 1..sebab kita sering pelupa..). 100/100 yakin amat berkesan.

Jom amalkan..:)