Archive for Februari 2012

Acara main masak-masak

Salam,

Sifat manusia memang hetrogeneous..pelbagai, kadang kau sendiri tidak faham. Betulkan?

Nak faham dan adaptasi perangai orang lain memang sah-sah tak dapat, sedangkan perangai diri sendiri pun tak terlayan..~sigh~

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru..(^_^)..

Ok, tak nak cerita pasal perangai orang. Jom kita cerita pasal makan-makan. Aku memang tak suka memasak, tapi itu dulu..duuuuuluu..sekarang pandai sudah jejakkan kaki ke ruang itu. Kalau dulu nak tengok dapur pun aku alergik. Cehhhh..tapi sekarang sila tengok kaki siapa yang bertempek di sana. Kihkih..

Antara resepi yang cuba untuk memasaknya:

1) Kerabu kaki ayam

Resepi yang aku copy dari internet..:)

Yummmyyyy..

Siapa reti makan kaki ayam?sila ngaku…tak payahlah nak geli bagai. Ekeleh…pura-pura tak pandai makan, padahal di sudut-sudut dapur kau gigit-gigit kaki ayam kan?hihi..

Resepi ni aku selalu makan di KL hari tu. Kalau pergi makan di restaurant ala-ala Thailand memang ada menu ni, selain kerabu perut..yummmy..sangat sedap.

Wanna try this first!

2) Dim sum

Pelbagai bentuk dan rasa..I wanna try..:)

Dim sum pula ala-ala Chinese style ni memang dari zaman aku masih menuntut di universiti lagi sangat teringin dan menyiasat macam mana dim sum tu dibuat. Pernah try buat tepungnya/kulit luar dim sum guna tepung, tapi hasilnya aku termuntah sendiri..serius, benda tu rasanya macam nak membunuh pun ada..ahahaha..first try always like that kan?tak ada pun orang yang terus-terus mencuba dan menjadi..<—cover my ownself..kihkih..

Serius, lepas berjaya masak kerabu kaki ayam, you’ll be second wahai DIM SUM sayang..(^_^)..

3) Mashpotatoe

Really yummy right?

Gonna make it 'macam' itu juga..:)

Resepi yang tuan blog copy dari Pakcik google..

Emmm…yang ini tak susah sangat pun. Melenyek-lenyek, memicit-micit je kejanya. Tapi nak buat kuah sosnya yang belum berjaya lagi. Tak apa hasil pertolongan pakcik google masalah akan selesai nanti…:)

4) Nasi kepal atau onigiri

Comel kan?tak sampai hati mo makan..

So cute...alololo..

Paling latest masakan INI…rice ball, nasi kepala, onigiri..sangat-sangat ingin BUAT!

Semua resepi di atas sangat senang penyediaannya. Haruslah, kalau  tidak maka tak menjadilah acara main masak-masak aku. Kang dapur hangus, kuali terbakar, jari melecet sebab masak yang susah tahap alam. Terus terang aku tak pandai masak benda yang banyak guna rempah bagai ni. Tu boleh pas kepada mak, akak dan adik aku yang diciptakan memang ‘kepandaian’ mereka, memang ditakdirkan ‘lahir’ di dapur..>_^..

Kita tunggu dan lihat, adakah si tuan blog berjaya mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari dari pakcik google dan diadaptasikan kepada praktikal dan menjadikan masakan itu kenyataan..huarghhhh..kalau jadi haruslah berdarah hidung sebab admire dengan diri sendiri kan?kan?

Sangat gembira mahu memulakan acara main masak-masak. Siapa mau ikut?

Bila Makcik Single jaga anak-anak

Salam,

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kenduri cukur jambul anak saudara sangat meriah. Sayang, Amirul Azmi membesar menjadi juara ya, menjadi anak yang baik dan soleh.

Biarpun penat tapi bersyukur dapat berjumpa dan berkumpul adik-beradik, mak cik dan sepupu-sepapat. Entah bila dapat berkumpul dan ‘berseronok’ lagi.

Sangat penat menjadi babysitter sementara mama-mama budak menolong memasak di dapur. Kerja aku membancuh susu, menidurkan baby dan jadi pengadil anak-anak sedara yang bergaduh. Huisshhh..boleh bergegar kepala lutut melayan karenah diorang. Taubat.

Emmm…cuba bayangkan kalau 3 orang aku masih boleh handle. Tapi kalau sudah enam orang, orang gaji pun lari balik Indonesia. Percayalah. Baby ada dua orang, dua orang gangster yang kuat membuli, dua orang kakak yang tak peduli adik asyik tengok TV. OMG!

Bila dua gangster bergaduh, seorang menangis, baby dua orang pun terkejut dari tidur juga menangis, dua orang kakak buat-buat tak dengar. Boleh bayangkan betapa riuh dan bingitnya rumah. Aku dah berpeluh-peluh berlari-lari pergi buat susu, seorang gangster berpaut di kaki takut kena buli gangster yang sorang lagi. Gangster sorang kejar-kejar di belakang. Ya Rabbi!..kalau aku jadi pembantu rumah sah gulik-gulik atas tanah pura-pura pitam kena sawan babi.

Dua orang gangster..(^_^)..

Ok...yang ini keadaan masih terkawal..masih boleh berkongsi makanan

Bila abang Akim suda mula membuli abang Azwa..haha..cuba perati muka Azwa, muka sebel..nghe..ngeh.."Akim jangan kacau abang la!"ayat Azwa selalu..

Ok..yang itu perangai dua orang gangster. Sebenarnya Akim sangat pembuli. Suka kacau abang Azwa yang hati sensitif. Tapi peliknya, ada masa-masanya dua orang budak ni menjadi ‘sahabat baik’ yang akrab —> seperti gambar pertama di atas. Hahaha…(^_^)…so cute..sayanglah abang berdua ni.

Si baby..

Baby dua orang ni yang dijaga. Baby Fiza sangat manja, asyik menangis kalau tak selesa, selalu terkejut dan tak suka suasan bising. Paling supporting baby Azmi, sangat pendiam, tak banyak karenah, suka bercakap.

Baby Fiza baru sebulan 8 hari, manakala baby Azmi genap dua bulan 8 hari. Kedua-duanya lahir pada 27hb, bezanya hanya bulan..n_n..

Haha..abang-abang yang penyayang..hihi..

Hah..ni aktiviti diorang..:)

See..:0

Dua orang kakak yang tak pedulikan adik, lepas berbaring, amik posisi duduk pula tengok TV...hehe..

Bila baby Fiza dan baby Azmi nangis aku tak cukup tangan nak buai, minta pertolongan kak long tapi tak diendah..huhu…bila minta amik pampers dengan kak ngah juga tak diendah..ayoooo…

Sampaikan nak makan pun terpaksa bergilir-gilir. Tapi bila dah tak larat, siap la budak-budak ni kena ‘ngauman’ mak cik..kihkih..

Sampaikan kakak-kakak aku cakap siapa suruh masih single, kalau tak mahu kena jaga budak kahwin la..yewwww…tak mahu!

Ok, raya tahun ini semua anak buah balik berkumpul, confirm makcik-makcik single jadi mangsa. Jadi kena cari suamilah sebelum hari raya tahun ini..(>_^)..

Rumah Terbalik Sampaikan Mesej Alam Sekitar

Percaya tak?

Salam,

Lepas melawat pelajar berlatihan industri di Ranau tadi sempat singgah kejap di replika rumah terbalik yang heboh diperkatakan di laman FB. Huarhhhhhh…macam tak percaya aku nampak depan mata sendiri. Kreatif gila pemilik rumah a.k.a pembuat rumah..(^_^)..saya suka! saya suka!

Mari layan gambar dulu. Nanti aku cari informasi siapa pemilik rumah ‘pelik’ ini ya..

Dari pandangan hadapan..(gambar aku amik..n_n)

Pandangan dari tepi sebelah kanan..(gambar ori aku amik..n_n)

Macam dalam kartun je kan..so sweet..:)

Kereta pun diterbalikan..kau boleh buat?hihi...

Ini gambar si tuan ruamh..hansem kan?gambar cedok dari google...:)

Sila kagum...:)

Ini bahagian dalam..semua terbalik..(ehsan google)

Dah..dah..lap air liur tu…gambar dah habis..hihi…jom kita kongsi-kongsi mengenai rumah terbalik pertama di Malaysia. Aku cedok dari pak cik google (seperti biasa), khidmat pak cik memang sangat membantu.  Toche..toche..pak cik..love you more la…(^_^)..<—sengal!

Rumah terbalik ini kalau di luar negara ada sudah, orang tak berdarah hidung lagi kalau tengok, tak lap air liur pun, kita je dalam negara masih tak habis-habis kagum <—emmm…termasuk empunya blog, tapi dia malu mengaku, dia menuduh orang lain pulak..—> dengan hasil tangan orang tempatan sendiri. Sila bagi tuan tanah BIG CLAPS..baravo…sangat kagum dan admire beliau. Dah sah-sah beliau sangat kaya..(^_^)..

Empunya rumah terbalik ini bernama Alexander Yee, anak kelahiran Sabah (ewww…saya pun tanak Sabah juga..dengan muka gila bangga!), seorang pengusaha rumah penginapan untuk pelancong di Taman Hidupan Liar di Kinabatangan, juga memiliki firma binaan sendiri..<—tutup mulut semua, jangan melopong…hihi…

Rumah yang beliau bina terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar (Kota Kinabalu) berkeluasan 140 kaki persegi (aku tak tau luas macam mana tu..:) dengan kos pembinaan sebanyak setengah juta. Bahagian dalam rumah ini dibina lengkap seperti rumah normal, mempunyai kemudahan lengkap seperti ruang tamu, bilik mandi, ruang makan juga dapur yang pasti ada ciri-ciri tradisional rumah Sabah..<—jangan jeles orang Semenanjung..—> Tuan rumah berkata (En. Yee) semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Menurut encik Yee lagi, rumah itu dibina atas dasar kesedaran mengenai alam sekitar. Kemudian beliau ingin menyampaikan mesej itu melalui pembinaan rumah terbalik ini.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Kalian semua, berita baik, kamu semua boleh melawat rumah ini dengan bayaran masuk hanya RM18 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Tetapi bagi orang tempatan yang mempunyai IC atau MyKad boleh dapat harga baik punya RM10.

Wah…jadi promoter pulak ai..taklah..kita kongsi-kongsi kan..jadi silalah pergi..

Kalau dah pergi kena ingat kita kena menjaga alam sekitar supaya dunia tak terbalik nanti. Terima kasih En. Yee kerana menyedarkan saya…(^_^)..psssttt…sayangnya tak ada gambar aku dengan rumah tu..huhu…sedih…:(

Syukur, jerawat sudah tiada

Salam,

Kalau dulu setiap minggu adalah aku tempek entri merungut pasal jerawat yang semakin menjadi-jadi. Sila baca ni Mahu Cantik Punya Pasal, Perubahan hormon dan Jerawat Boleh Gila Jadinya. Sekarang macam dah lupa pula. Hihi..

Ok, aku melaporkan kepada blog bahawasanya jerawat semakin pulih(?)..emm..semakin berkurangan maksudnya. Alhamdulillah. Sampaikan aku dah tak fikir lagi. Kalau dulu habislah berdarah telinga orang sekeliling dengar aku merungut pasal jerawat..setiap hari..kalau diorang sampai hati melempang aku dah lama dah kena..hihi..

Aku pun tak berapa perasan jerawat semakin berkurangan disebabkan oleh apa. Mungkin hasil bantuan Eskinol dan Delecin C kut tak pun aku kurangkan memakan makanan berminyak?..tak tahu…

Apa-apa pun syukur sangat-sangat.

Ok, jom saya kongsi mengenai kenapa Rasullullah melarang kita minum sambil berdiri.

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Ok ini pula kenapa perlu minum air putih.
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Selamat beramal!

Ganjaran Menahan Marah

Salam,

Cuba tidak untuk merosakkan hari ini. Mood tak berapa nak ok. Ditambah lagi pelajar-pelajar buat hal..huffff..rasa macam mahu meletup. Tetapi cuba untuk positifkan perasaan. Sabar. Hinssss!

Masih mencuba lagi. Mencuba guna khidmat pak cik google, mencari ‘anugerah’ atau ganjaran bagi orang yang dapat  menahan amarahnya. Aku terjumpa ini dalam blog Melayu Boleh. Sejuk sikit hati. Ok, di akhirat nanti aku akan dapat bidadari..(^_^)..

” Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” (HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)”

” ‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)”

“‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)”

“”Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?” Jawab Rasulullah, “Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga”. (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)”

Ya Allah! perasaan marah tu mencanak-canak naik sampai ke kepala. Kalau ikut rasa hati mahu saja aku luahkan maki hamun dengan seseorang. Tapi bila fikir..ohhh..tak patut..tak patut..marah seorang yang lain pun terpalit. Sorry ya!

Mungkin hari ini, tersalah bangun dari tidur, tergerak dari sebelah kiri kut. Huhuuu..apakah mimpi malam tadi sampai bangun pun dari sebelah kiri..(-_-“)..maaf ya siapa-siapa yang terkena tempias bahang kemarahan aku tadi. Ampunn! alasan saja tu, jangan percaya!<—-oppss..sila percaya.

Kadang-kadang bukan keinginan kita sendiri untuk marah, bosan gila kalau asyik marah je, penat tu. Sedangkan sekadar ‘mengetat’ kan muka pun ya Rabbi susahnya, apatahlagi memaki hamun marah-marah sambil membentak, tak ke guna separuh tenaga kita?hehe..lebih-lebih lagi pada waktu pagi yang memang tiada energy ditambah belum amik sarapan dah ‘terpaksa’ marah. Erk?terpaksa ke?

Tak nak layan perasaan bangang tu, jadi aku pesongkan ke arah lain. Relax jap.

Teringat mengenai Skim Amanah Sara 1 Malaysia. Dah kena buka permohonan 30hb Januari Isnin lalu. Aku layak tak?dah baca kelayakan tetapi macam tak sama dengan yang orang bagi tahu. Orang yang belum kahwin (<—seperti saya!) boleh memohon tak?hmmm..konpius betul.

Malaslah nak mohon. BR1M hari tu pun aku tak mohon, sebab bapa aku yang memang sah-sah layak tak dapat pun (sehingga hari ini). Tapi member ofis cakap perlu rujuk dengan Pejabat Daerah masing-masing. Oklah, nanti suruh bapa tengok ada tak nama dia kena tampal di dinding pejabat. Harap-harap ada. Kesian bapa. (-_-“) <—pasrah..