Salam,

Cuba tidak untuk merosakkan hari ini. Mood tak berapa nak ok. Ditambah lagi pelajar-pelajar buat hal..huffff..rasa macam mahu meletup. Tetapi cuba untuk positifkan perasaan. Sabar. Hinssss!

Masih mencuba lagi. Mencuba guna khidmat pak cik google, mencari ‘anugerah’ atau ganjaran bagi orang yang dapat  menahan amarahnya. Aku terjumpa ini dalam blog Melayu Boleh. Sejuk sikit hati. Ok, di akhirat nanti aku akan dapat bidadari..(^_^)..

” Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” (HR. Abu Dawud – At-Tirmidzi)”

” ‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)”

“‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)”

“”Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?” Jawab Rasulullah, “Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga”. (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)”

Ya Allah! perasaan marah tu mencanak-canak naik sampai ke kepala. Kalau ikut rasa hati mahu saja aku luahkan maki hamun dengan seseorang. Tapi bila fikir..ohhh..tak patut..tak patut..marah seorang yang lain pun terpalit. Sorry ya!

Mungkin hari ini, tersalah bangun dari tidur, tergerak dari sebelah kiri kut. Huhuuu..apakah mimpi malam tadi sampai bangun pun dari sebelah kiri..(-_-“)..maaf ya siapa-siapa yang terkena tempias bahang kemarahan aku tadi. Ampunn! alasan saja tu, jangan percaya!<—-oppss..sila percaya.

Kadang-kadang bukan keinginan kita sendiri untuk marah, bosan gila kalau asyik marah je, penat tu. Sedangkan sekadar ‘mengetat’ kan muka pun ya Rabbi susahnya, apatahlagi memaki hamun marah-marah sambil membentak, tak ke guna separuh tenaga kita?hehe..lebih-lebih lagi pada waktu pagi yang memang tiada energy ditambah belum amik sarapan dah ‘terpaksa’ marah. Erk?terpaksa ke?

Tak nak layan perasaan bangang tu, jadi aku pesongkan ke arah lain. Relax jap.

Teringat mengenai Skim Amanah Sara 1 Malaysia. Dah kena buka permohonan 30hb Januari Isnin lalu. Aku layak tak?dah baca kelayakan tetapi macam tak sama dengan yang orang bagi tahu. Orang yang belum kahwin (<—seperti saya!) boleh memohon tak?hmmm..konpius betul.

Malaslah nak mohon. BR1M hari tu pun aku tak mohon, sebab bapa aku yang memang sah-sah layak tak dapat pun (sehingga hari ini). Tapi member ofis cakap perlu rujuk dengan Pejabat Daerah masing-masing. Oklah, nanti suruh bapa tengok ada tak nama dia kena tampal di dinding pejabat. Harap-harap ada. Kesian bapa. (-_-“) <—pasrah..