Percaya tak?

Salam,

Lepas melawat pelajar berlatihan industri di Ranau tadi sempat singgah kejap di replika rumah terbalik yang heboh diperkatakan di laman FB. Huarhhhhhh…macam tak percaya aku nampak depan mata sendiri. Kreatif gila pemilik rumah a.k.a pembuat rumah..(^_^)..saya suka! saya suka!

Mari layan gambar dulu. Nanti aku cari informasi siapa pemilik rumah ‘pelik’ ini ya..

Dari pandangan hadapan..(gambar aku amik..n_n)

Pandangan dari tepi sebelah kanan..(gambar ori aku amik..n_n)

Macam dalam kartun je kan..so sweet..:)

Kereta pun diterbalikan..kau boleh buat?hihi...

Ini gambar si tuan ruamh..hansem kan?gambar cedok dari google...:)

Sila kagum...:)

Ini bahagian dalam..semua terbalik..(ehsan google)

Dah..dah..lap air liur tu…gambar dah habis..hihi…jom kita kongsi-kongsi mengenai rumah terbalik pertama di Malaysia. Aku cedok dari pak cik google (seperti biasa), khidmat pak cik memang sangat membantu.  Toche..toche..pak cik..love you more la…(^_^)..<—sengal!

Rumah terbalik ini kalau di luar negara ada sudah, orang tak berdarah hidung lagi kalau tengok, tak lap air liur pun, kita je dalam negara masih tak habis-habis kagum <—emmm…termasuk empunya blog, tapi dia malu mengaku, dia menuduh orang lain pulak..—> dengan hasil tangan orang tempatan sendiri. Sila bagi tuan tanah BIG CLAPS..baravo…sangat kagum dan admire beliau. Dah sah-sah beliau sangat kaya..(^_^)..

Empunya rumah terbalik ini bernama Alexander Yee, anak kelahiran Sabah (ewww…saya pun tanak Sabah juga..dengan muka gila bangga!), seorang pengusaha rumah penginapan untuk pelancong di Taman Hidupan Liar di Kinabatangan, juga memiliki firma binaan sendiri..<—tutup mulut semua, jangan melopong…hihi…

Rumah yang beliau bina terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar (Kota Kinabalu) berkeluasan 140 kaki persegi (aku tak tau luas macam mana tu..:) dengan kos pembinaan sebanyak setengah juta. Bahagian dalam rumah ini dibina lengkap seperti rumah normal, mempunyai kemudahan lengkap seperti ruang tamu, bilik mandi, ruang makan juga dapur yang pasti ada ciri-ciri tradisional rumah Sabah..<—jangan jeles orang Semenanjung..—> Tuan rumah berkata (En. Yee) semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Menurut encik Yee lagi, rumah itu dibina atas dasar kesedaran mengenai alam sekitar. Kemudian beliau ingin menyampaikan mesej itu melalui pembinaan rumah terbalik ini.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Kalian semua, berita baik, kamu semua boleh melawat rumah ini dengan bayaran masuk hanya RM18 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Tetapi bagi orang tempatan yang mempunyai IC atau MyKad boleh dapat harga baik punya RM10.

Wah…jadi promoter pulak ai..taklah..kita kongsi-kongsi kan..jadi silalah pergi..

Kalau dah pergi kena ingat kita kena menjaga alam sekitar supaya dunia tak terbalik nanti. Terima kasih En. Yee kerana menyedarkan saya…(^_^)..psssttt…sayangnya tak ada gambar aku dengan rumah tu..huhu…sedih…:(