Salam,

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kenduri cukur jambul anak saudara sangat meriah. Sayang, Amirul Azmi membesar menjadi juara ya, menjadi anak yang baik dan soleh.

Biarpun penat tapi bersyukur dapat berjumpa dan berkumpul adik-beradik, mak cik dan sepupu-sepapat. Entah bila dapat berkumpul dan ‘berseronok’ lagi.

Sangat penat menjadi babysitter sementara mama-mama budak menolong memasak di dapur. Kerja aku membancuh susu, menidurkan baby dan jadi pengadil anak-anak sedara yang bergaduh. Huisshhh..boleh bergegar kepala lutut melayan karenah diorang. Taubat.

Emmm…cuba bayangkan kalau 3 orang aku masih boleh handle. Tapi kalau sudah enam orang, orang gaji pun lari balik Indonesia. Percayalah. Baby ada dua orang, dua orang gangster yang kuat membuli, dua orang kakak yang tak peduli adik asyik tengok TV. OMG!

Bila dua gangster bergaduh, seorang menangis, baby dua orang pun terkejut dari tidur juga menangis, dua orang kakak buat-buat tak dengar. Boleh bayangkan betapa riuh dan bingitnya rumah. Aku dah berpeluh-peluh berlari-lari pergi buat susu, seorang gangster berpaut di kaki takut kena buli gangster yang sorang lagi. Gangster sorang kejar-kejar di belakang. Ya Rabbi!..kalau aku jadi pembantu rumah sah gulik-gulik atas tanah pura-pura pitam kena sawan babi.

Dua orang gangster..(^_^)..

Ok...yang ini keadaan masih terkawal..masih boleh berkongsi makanan

Bila abang Akim suda mula membuli abang Azwa..haha..cuba perati muka Azwa, muka sebel..nghe..ngeh.."Akim jangan kacau abang la!"ayat Azwa selalu..

Ok..yang itu perangai dua orang gangster. Sebenarnya Akim sangat pembuli. Suka kacau abang Azwa yang hati sensitif. Tapi peliknya, ada masa-masanya dua orang budak ni menjadi ‘sahabat baik’ yang akrab —> seperti gambar pertama di atas. Hahaha…(^_^)…so cute..sayanglah abang berdua ni.

Si baby..

Baby dua orang ni yang dijaga. Baby Fiza sangat manja, asyik menangis kalau tak selesa, selalu terkejut dan tak suka suasan bising. Paling supporting baby Azmi, sangat pendiam, tak banyak karenah, suka bercakap.

Baby Fiza baru sebulan 8 hari, manakala baby Azmi genap dua bulan 8 hari. Kedua-duanya lahir pada 27hb, bezanya hanya bulan..n_n..

Haha..abang-abang yang penyayang..hihi..

Hah..ni aktiviti diorang..:)

See..:0

Dua orang kakak yang tak pedulikan adik, lepas berbaring, amik posisi duduk pula tengok TV...hehe..

Bila baby Fiza dan baby Azmi nangis aku tak cukup tangan nak buai, minta pertolongan kak long tapi tak diendah..huhu…bila minta amik pampers dengan kak ngah juga tak diendah..ayoooo…

Sampaikan nak makan pun terpaksa bergilir-gilir. Tapi bila dah tak larat, siap la budak-budak ni kena ‘ngauman’ mak cik..kihkih..

Sampaikan kakak-kakak aku cakap siapa suruh masih single, kalau tak mahu kena jaga budak kahwin la..yewwww…tak mahu!

Ok, raya tahun ini semua anak buah balik berkumpul, confirm makcik-makcik single jadi mangsa. Jadi kena cari suamilah sebelum hari raya tahun ini..(>_^)..