Archive for Mei 2012

Filem ‘SAFE’

Salam,

Siang tadi sempat curi tulang dan makan gaji buta, tapi 1 jam setengah saja tau pergi tengok wayang (tapi tak termasuk waktu mengelilingi kedai Kaison), tu pun sebab bosan duduk ofis, lepas habis kelas. Jom berjimba-jimba, tak payah risau, sedang berpuasa jadi bolehlah selamatkan ‘ongkos’. Smart strategy. Hmmm…jom kita review filem yang aku tengok tadi. Gila seronok. Best! best!

Filem ‘SAFE’ lakonan hero Transporter Jason Stanthem (<—sentiasa menyukai suara dia) sangat menggetarkan jantung. Walawehhh..sound effect filem ini sungguh superb gila. Filem baru berlangsung 38 minit, tapi jantung ku berlari laju..berdengup kencang..ufffff!..huh..macam maraton 1000m sambil dikejar anjing. Bayangkan..>_<

Sesiapa yang ada sakit jantung, sila jangan berani-berani pergi menonton filem ini. Serius. Beberapa kali aku terjerit dalam pawagam. Terkejut punya pasal. Siapa yang tidak suka filem yang bunuh-bunuh, ganas-ganas, lawan-lawan, patah-patah leher..oh…no..ditegah sama sekali. Dalam filem ni bunuh orang macam bunuh ikan saja. Seram.

Seperti biasa si Jason jadi hero macho yang kuat dan kebal. Mann…sebiji peluru pun tak tembus di badan.Ko boleh?aku tak boleh..tak boleh blah..hihi..

Apa-apa pun, memang seronok sangat.

Well, aku tengok filem romantik kah, ganas-ganas-kah, komedi-kah, perang-perang-kah..mesti aku dapat realize scene yang melucukan, dan akan ketawa sendiri-sendiri. Kadang-kadang mesti orang sebelah kiri-kanan pelik tiba-tiba aku ketawa..opsss..salah bukan sebelah kiri-kanan saja yang terkejut, jiran di belakang pun mungkin..^_^..tak pun geram mahu pukul aku dengan kasut sebab meroyan ketawa sendiri tengok wayang ganasssss.

Kesian kawan-kawan aku terpalit ‘rasa-tidak-selesa dan-malu’ sebab bawa aku yang kaki ketawa tak kena tempat pergi menonton..nasiblah mereka..hihi..

Ok..jom cerita serba sedikit pasal filem SAFE:

Bermula dengan cerita seorang budak Cina (Mei) yang cerdik, sangat pintar dan pantas dalam menghafal nombor dan angka. Jadi suatu hari dia diculik sekumpulan samseng di Chinatown (Triads) sebagai aset sulit menjadi penghafal segala kod-kod rahsia kegiatan underground kumpulan mereka. Sebab ketua gangster tak percaya dengan teknologi. Maka berkerjalah Mei untuk mereka dengan ugutan Mak Mei akan dibunh kalau tidak mengikut arahan. Hiduplah Mei dengan gangster-gangster sekalian. Manakala si Jason (Luke) pula seorang bekas polis tetapi dinafikan dan digelar ‘bekas-pemungut-sampah’ (mula-mula sebelum tahu kerja dia polis, saya sangat sedih, my hero kerjanya sebagai pengutip sampah jak..huhu). Dia menjadi gelandangan dengan ugutan bunuh oleh geng-geng Russian. Isterinya dibunuh dan dia dilepaskan tetapi sentiasa dikejar dan diburu. Sesiapa yang bercakap dan bergaul dengannya akan dibunuh. Tragis. Kemudian, suatu hari Mei disuruh menghafal satu senarai kod yang sangat panjang oleh geng Triads. Dalam perjalanan untuk mengambil kod yang kedua geng Triads dibunuh oleh geng Russian. Kemudian Mei dapat melarikan diri. Dipendekkan cerita, semasa si Mei dikejar oleh orang-orang Russia (upahan NYPD corrupt) dia ditolong oleh Luke yang kebetulan mahu membunuh diri di stesen keretapi. Di situlah bermula bettle Luke dengan Triads, geng Russian dan NYPD.  Akhirnyaaaa….

THE END…

Opsss..sorry, pergi tengok sendiri di pawagam kalau nak tahu cerita selanjutnya..aku beli tiket juga wehhh..habislah rugi kalau aku cerita A sampai Z, mau kena pelangkung oleh taukeh-taukeh pawagam, lagipun bila diorang lantik aku sebagai jurucakap?..hehehe..

Lagipun malas sudah tuan blog mahu menaip. Mau mengemas bilik lagi..huhu..sila tolong saya. Babai.

Wasalam.

Bulan Rajab datang lagi

Salam,

Rajab datang lagi.

Bukan si Rajab ok, ini bulan Rajab. Bulan paling dimuliakan di dalam Islam.

Rajab bermaksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Nah, tahu sudah kan?hehe..sejujurnya, saya pun kurang mengambil berat fadhilatnya (bulan Rajab) ini dan bulan-bulan Islam lainnya. Sungguh tidak muslimat-kan saya..n_n..

Lepas tu kelmarin ada baca link di FB mengenai hadis palsu mengenai kebaikan dan fadhilat bulan Rajab, jangan asyik share tanpa mengetahui sumbernya dari mana.

Tapi yang ini saya baca dari sumber blog ini, saya copy dan paste dari blog ini pula, tuan tanah yang publish dalam blog beliau, terima kasih..^_^..

Amalan terbaik dalam bulan Rajab:

Puas 1 Hari: Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 Hari: Mendapat kemuliaan besar daripada allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 Hari: Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke nereka.

Puasa 4 Hari: Diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 Hari: Aman dari azab kubur.

Puasa 6 Hari: Dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari: Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.

Puasa 8 Hari: Allah membuka pintu syurga baginya.

Puasa 9 Hari: Keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 Hari: Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Fadhilat yang lain sila rujuk di blog tu ya..:)

Ini pula doa pada bulan Rajab:

DOA BULAN REJAB:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.”

Wahai, saudara seagama ku, marilah kita mengimarahkan bulan ini ya..sama-samalah kita.

Amin.

Saya harap umur akan sampai pada bulan Ramadhan ini. ^_^ 

Sekodeng Wanita Melalui Cara Berjalan

Jom kita lihat, bagaimana cara kamu berjalan, juga wanita-wanita di sekeliling kamu..T_____T..

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

 2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

 3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

 4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.