Salam,

Siang tadi sempat curi tulang dan makan gaji buta, tapi 1 jam setengah saja tau pergi tengok wayang (tapi tak termasuk waktu mengelilingi kedai Kaison), tu pun sebab bosan duduk ofis, lepas habis kelas. Jom berjimba-jimba, tak payah risau, sedang berpuasa jadi bolehlah selamatkan ‘ongkos’. Smart strategy. Hmmm…jom kita review filem yang aku tengok tadi. Gila seronok. Best! best!

Filem ‘SAFE’ lakonan hero Transporter Jason Stanthem (<—sentiasa menyukai suara dia) sangat menggetarkan jantung. Walawehhh..sound effect filem ini sungguh superb gila. Filem baru berlangsung 38 minit, tapi jantung ku berlari laju..berdengup kencang..ufffff!..huh..macam maraton 1000m sambil dikejar anjing. Bayangkan..>_<

Sesiapa yang ada sakit jantung, sila jangan berani-berani pergi menonton filem ini. Serius. Beberapa kali aku terjerit dalam pawagam. Terkejut punya pasal. Siapa yang tidak suka filem yang bunuh-bunuh, ganas-ganas, lawan-lawan, patah-patah leher..oh…no..ditegah sama sekali. Dalam filem ni bunuh orang macam bunuh ikan saja. Seram.

Seperti biasa si Jason jadi hero macho yang kuat dan kebal. Mann…sebiji peluru pun tak tembus di badan.Ko boleh?aku tak boleh..tak boleh blah..hihi..

Apa-apa pun, memang seronok sangat.

Well, aku tengok filem romantik kah, ganas-ganas-kah, komedi-kah, perang-perang-kah..mesti aku dapat realize scene yang melucukan, dan akan ketawa sendiri-sendiri. Kadang-kadang mesti orang sebelah kiri-kanan pelik tiba-tiba aku ketawa..opsss..salah bukan sebelah kiri-kanan saja yang terkejut, jiran di belakang pun mungkin..^_^..tak pun geram mahu pukul aku dengan kasut sebab meroyan ketawa sendiri tengok wayang ganasssss.

Kesian kawan-kawan aku terpalit ‘rasa-tidak-selesa dan-malu’ sebab bawa aku yang kaki ketawa tak kena tempat pergi menonton..nasiblah mereka..hihi..

Ok..jom cerita serba sedikit pasal filem SAFE:

Bermula dengan cerita seorang budak Cina (Mei) yang cerdik, sangat pintar dan pantas dalam menghafal nombor dan angka. Jadi suatu hari dia diculik sekumpulan samseng di Chinatown (Triads) sebagai aset sulit menjadi penghafal segala kod-kod rahsia kegiatan underground kumpulan mereka. Sebab ketua gangster tak percaya dengan teknologi. Maka berkerjalah Mei untuk mereka dengan ugutan Mak Mei akan dibunh kalau tidak mengikut arahan. Hiduplah Mei dengan gangster-gangster sekalian. Manakala si Jason (Luke) pula seorang bekas polis tetapi dinafikan dan digelar ‘bekas-pemungut-sampah’ (mula-mula sebelum tahu kerja dia polis, saya sangat sedih, my hero kerjanya sebagai pengutip sampah jak..huhu). Dia menjadi gelandangan dengan ugutan bunuh oleh geng-geng Russian. Isterinya dibunuh dan dia dilepaskan tetapi sentiasa dikejar dan diburu. Sesiapa yang bercakap dan bergaul dengannya akan dibunuh. Tragis. Kemudian, suatu hari Mei disuruh menghafal satu senarai kod yang sangat panjang oleh geng Triads. Dalam perjalanan untuk mengambil kod yang kedua geng Triads dibunuh oleh geng Russian. Kemudian Mei dapat melarikan diri. Dipendekkan cerita, semasa si Mei dikejar oleh orang-orang Russia (upahan NYPD corrupt) dia ditolong oleh Luke yang kebetulan mahu membunuh diri di stesen keretapi. Di situlah bermula bettle Luke dengan Triads, geng Russian dan NYPD.  Akhirnyaaaa….

THE END…

Opsss..sorry, pergi tengok sendiri di pawagam kalau nak tahu cerita selanjutnya..aku beli tiket juga wehhh..habislah rugi kalau aku cerita A sampai Z, mau kena pelangkung oleh taukeh-taukeh pawagam, lagipun bila diorang lantik aku sebagai jurucakap?..hehehe..

Lagipun malas sudah tuan blog mahu menaip. Mau mengemas bilik lagi..huhu..sila tolong saya. Babai.

Wasalam.