Salam,

Seperti biasa, apabila tiada tempat atau tiada sesiapa mahu mendengar celotehku (sebenarnya bebelan kau!..) mesti En. blog jadi mangsa. Nasiblah kau en. blog dapat tuan yang bila perlu baru cari, dan bila tak nak dia abaikan saja kau..^__^

Dua minggu tak balik kampung, ya, minggu pertama pergi outstation, minggu kedua menjadi bodyguard kakak dan anak-anak buah di KK, jadinya dapat balik cuti sempena Kaamatan, itu pun sekadar 3 hari 2 malam, syukur jugalah dapat menjenguk orang tua yang tinggal berdua saja.

Minggu akan datang akan bercuti seminggu..yay..love it..jangan pernah rindukan kehadiran saya ya..haha..

Mak akan buat pembedahan mata sebab katarak, doakan keselamatan dan kesejahteraan orang kesayangan saya ya. InsyaAllah pembedahan kecil ini akan berjalan dengan lancar.

Sebagai anak yang paling dekat keberadaannya dengan rumah, ditambah-tambah masih tiada komitmen sang suami dan anak-anak, makanya tanggungjawab menjaga ibuku menjadi sesungguhnya tanggungjawab aku..^___^..jadi anak solehah jap..kihkih…

Ok..ok, turn to serious parts pula, mak ada penyakit kencing manis yang dihidapinya almost 10 years. Minggu lalu bila buat review di hospital, doctor made decision my mom should’ve take injection, seriously, not taking medicine as she used to it. At first thing, my mom won’t..but doctor advice she should by hook or by crook. Kesian mak, and you know what, a week after she taking the injection, dia tak bagitahu anak-anaknya. Hanya kakak aku sorang yang memang selalu ulang-alik ke rumah sahaja yang tahu. Amat sedih. Kesal. Mahu menangis apabila aku tahu, itupun selepas aku balik kampung. Mak..mak..

Mak kau seorang insan yang azimah, yang bahagianya berbeda, terlambung ke langit menjadi bintang, rebah ke bumi menjadi berlian, dilahirkan dengan pola pemikiran melawan arus..tapi masih, ya aku masih menyayangimu selamanya. Sayang mak.

Huhu..lap air mata dulu..^____^

Itulah mak saya, seberat mana bebanan yang dipikulnya, semampu mungkin dia menggalasnya, dia tidak akan kongsi rasa sakitnya dengan kami, anak-anaknya.

Semoga sihat-sihat selalu, bahagia selalu dan Mak dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama bapa dan golongan orang-orang beriman yang menerima rahmat kasih sayang ilahi, juga pertolongan rasul junjungan kita. Amin. Amin. Amin.