Salam,

Tadi baru sampai kampung dan terus tanya mak, tak ada orang kahwin ke minggu ni. Mak kata ada, anak si polan sana. Ok. Tiba-tiba mak menyambung, kahwin juga akhirnya. Puzzle..@_@… Senang lagi susun puzzle daripada memahami bahasa kiasan mak..hehehe..

Rupanya mak kata dah jadi baru nak nikah. Astagfirullah al-azim. Panjang aku beristigfar. Ya Allah.

Sebenarnya isu ‘dah mengandung baru nak nikah’ adalah semacam kebiasaan sudah di kampung kami. Siapa kata orang kampung yang cetek ilmunya, yang tidak terdedah dengan dunia luar sangat ‘tidak-tahu-apa-apa’?. Kalau mereka sangat ‘innocent’ kenapa benda tu terjadi. Mana mama bapa mereka, abang kakak mereka tak pun ketua kampung (ermmm….relevankah ketua kampung jaga semua anak orang?) Kekadang aku pun hairan, macam mana budak-budak ini berfikir, cetek sangat akal mereka sampaikan terlanjur dan memalukan keluarga. Nauzubillah ya Allah.

Astagfirullah al-azim…ya Rabb, manusia apabila sudah dihasut nafsu syaitan sudah hilang rasa malunya. Pintu malunya sudah digam gajah oleh syaitan durjana dan sembarang membuat dosa dan maksiat. Jauh-jauhkan dari saya dan keluarga juga rakan-rakan saya. Amin.

Banyak. Ya, banyak sangat berlaku di sekitar kampung, kampung sebelah, dan kampung yang berdekatan area daerah kami. Seram bulu tengkuk aku dengar. Yalah, walaupun pihak keluarga pengantin sedaya upaya ingin menyembunyikan hal sebenar, tetapi mata-mata dan telinga orang kampung akan sentiasa ‘berlagu’ riang, dari satu telinga ke satu telinga, sampai tersebar satu komuniti, kampung, what do you expect??? mami dan minah jarum are everywhere dear..^___^…mulut tempayan bolehlah kau tutup, mulut manusia?

Satu lagi yang paling memualkan adalah, sudah tahu pengantin perempuan mengandung, tak kira lah 3 bulan kah 6 bulankah, kenapa nak bersanding bagai, so obvious-lah, perut awak dah besar, dah nampak, kan jadi fitnah. Astagfirullah. Knockwoods. Maaf aku tak boleh terima.

Yalah, aku tahu, kahwin hanya sekali seumur hidup, jadi kena buat meriah-meriah sikit, mesti ada pelamin, bersanding bagai, ada kenduri, ada nyanyi-nyanyi. Dah tahu kahwin hanya sekali seumur hidup, kenapa hidup tak nak proper adab tu? sekali lagi tiada kemaafan.

Nak tahu apakah kesan anak tidak sah taraf ini kepada keluarga dan ketamadunan manusia?<—-ceh ayat!

1. Perempuan dan lelaki yang terlanjur ini tidak boleh dinikahkan kerana mengandung. Jadi bagaimana status perempuan ini?isterikah atau perempuan simpanankah?

2. Anak yang tidak sah taraf itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan (kandungan lebih 3 bulan) kepada ‘bapanya’. Mengikut Imam Syafi’e status si anak adalah anak tiri kepada bapanya.

3. Sibapa tidak boleh menjadi wali kepada anaknya (jika perempuan).

4. Sianak (jika lelaki) tidak boleh menjadi wali kepada adik-beradik perempuannya.

4. Aurat si bapa dan si anak tidak sah taraf (jika perempuan) seperti aurat orang luar yang tidak muhrim. (bayangkan jika mereka anak-beranak tinggal serumah, macam mana nak jaga aurat?)

5. Anak tidak sah taraf akan merosakan susur galur (nasab) keturunan keluarga mereka.

6. Bayangkan jika sianak dibintikan kepada ‘bapanya’? Pasti akan mengelirukan, malah akan diwalikan sendiri oleh ‘bapanya’. Maka hiduplah sianak ini dalam penzinaan selamanya sampai beranak-pinak, bercucu-cicit, walhal pernikahan mereka tidak sah.

7. Sianak tidak boleh mempusakai harta ‘bapanya’ dari segi faraid tetapi boleh melalui hibah.

Kesian anak itu.

Rasulullah saw pernah bersabda (mafhumnya): “Aku dijadikan Allah daripada pernikahan ayah dan ibuku yang sah dan bukan daripada persundalan (saffah), sejak dari Adam as. sehinggalah aku dilahirkan oleh ayah dan ibuku.”

Siapa tidak mahu punyai keluarga yang bahagia, ibu dan bapa yang sah pernikahannya, tiada cacian sesudah kelahiran akibat perbuatan ibu-bapa, semua itu naluri seorang manusia. Anak tidak sah taraf itu juga manusia, yang bukan manusia itu adalah mereka yang menjadi ibu bapanya yang ‘menjadi’kannya dan melahirkannya dengan cara yang salah.

Hati-hati kalian, perkara ini (sudah terlanjur baru nikah dan anak tidak sah taraf) semakin menjadi perkara biasa, macam kau kahwin sesama lelaki, kau couple sesama perempuan, tak pun bapa ‘makan’ anak, abang ‘belasah’ adik, errrmmm…lebih jelas macam kau makan sambal mesti kau rasa pedas..alah perkara biasa..T_____T…

Maaf, bukan mahu sindir sesiapa, bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi aku sendiri sebagai perempuan sangat takut dengan godaan lelaki, takut terlanjur, takut termengandung, takut tersanding dengan perut membuyung, malah lebih takut keturunan aku jadi caca-marba, tiada status yang dapat diberikan.

Bak kata bapa aku, bukan setakat ada mee segera dan makanan segera, anak segera pun ada. Wah..bapa aku semakin sinikal sejak kebelakangan ini.

Akhir sekali, ada teka-teki, siapa dapat jawab sila bagitahu.

Contoh (sahaja):

Sibapa rogol anak, si anak mengandung, apakah status bakal bayi itu, cucu atau anak? sila fikir…^____^

Wasalam.