Salam,

Ini cerita betul, bukan cerita kedai kopi yang tiada bukti dan saksi. Tak percaya, sila luangkan 5 minit untuk membaca.

1. Apabila: Orang lain dapat tawaran berkerja di syarikat besar atau kerajaan.

Skeptikal kita: Ah! mesti guna orang ‘dalam’ atau ‘wires’ itu yang boleh dapat.

2. Apabila: Perempuan hodoh dapat pakwe handsome pujaan Malaya.

Skeptikal kita: Mesti perempuan tu guna ubat guna-guna, kalau tak lelaki tu tak pandang.

3. Apabila:Rakan sejawatan dinaikkan pangkat atau gaji.

Skeptikal kita: Alahai, kuat mengampu ler tu, takat guna kipas tak on, ni dah guna ‘aircond’

4. Apabila: Perempuan pakai kereta besar, padahal bukan macam orang kaya lagaknya.

Skeptikal kita: Amboi, anak ikan sapa ni?mesti kena ‘bela’ VVIP, tu yang mampu pusing-pusing dengan kereta brand import.

5. Apabila: Dua orang lelaki makan bersama dan bergelak bersama, tampak rapat.

Skeptikal kita: Astagfirullah, mesti gay. Apa nak jadi dunia sekarang.

6. Apabila: Seorang lelaki yang kacak pergi kerja hanya guna motorsikal.

Skeptikal kita: Aduhai, kesiannya, tak naklah kahwin dengan dia takut tak mampu bagi makan anak orang, reject awal-awal.

7. Apabila:Seorang lelaki mempunyai tanda hitam didahinya.

Skeptikalnya kita: Mesti selalu bangun malam tunaikan sembahyang sunat. Alhamdulillah.

8. Apabila: Nampak restoran yang tak ramai orang dan lengang.

Skeptikal kita: Mesti tak sedap, tak pun kotor, mana orang nak datang.

9. Apabila: Perempuan dapat wang hantaran perkahwinan sedikit.

Skeptikal kita: Kasihannya, mesti bakal suami kerja tak bagus, tak mampu bayar mahar mahal-mahal.

10. Apabila: Seorang pekerja kerajaan berperut buncit, kebiasaannya lelaki.

Skeptikal kita: Sah, mesti dia makan rasuah, duit haram.

11. Apabila: Seorang lelaki berperut bunyit selepas kahwin.

Skeptikal kita: Pandai isteri isi perut suami, bahagia.

12. Apabila: Pengantin baru tidak bersanding, hanya buat kenduri biasa-biasa sahaja.

Skeptikal kita: Mesti dah ditebuk tupai, perut dah buyut.

13. Apabila: Pengarah tempatan mengeluarkan filem baru.

Skeptikal kita: Buang duit je, mesti tak laku punyalah, rugi beli tiket masuk panggung, baik tunggu masa raya, tak pun langgan di astofirst.

14. Apabila: Sebuah kereta dipandu perlahan dan takut memotong di hadapan anda.

Skeptikal kita: Mesti pemandu perempuan, lembab, penakut, baik duduk rumah jaga anak.

15. Apabila: Jiran kita buat rumah baru.

Skeptikal kita: Mesti menang loteri beribu-ribu, kalau tak rumah buruk nak roboh tu jelah diorang tinggal.

16. Apabila: Pelajar sekolah gagal dalam peperiksaan.

Skeptikal kita: Cikgu tak pandai mengajar dalam kelas, asyik makan gaji buta memanjang.

17. Apabila: Diarahkan berpindah kerja ke tempat pendalaman atau ke kampung-kampung.

Skeptikal kita: Alamak, mesti tempat tu mundur, tiada air bersih dan elektrik.

18. Apabila: Terlihat seorang gadis atau remaja lelaki yang kacak dan cantik.

Skeptikal kita: Baka (ibu dan bapa) dah molek, keluar anak pun mesti molek benar.

19. Apabila: Seseorang dimasukkan ke dalam penjara.

Skeptikal kita: Perangai macam syaitan, padanlah muka memang tempat tu saja layak untuk orang macam tu.

20. Apabila: Kita menelefon ke pejabat kerajaan, tetapi tidka berjawab

Skeptikal kita: Mesti pergi minum di kantin, pemalas, makan gaji tau, kerja tak tau.

21. Apabila: Ternampak seorang lelaki memaki songkok atau kopiah, dan seorang perempuan memakai tudung labuh

Skeptikal kita: Panggil orang itu ustaz dan ustazah. Lepastu behave jadi alim depan mereka.

22. Apabila: Seorang anak tidak sah taraf lahir.

Skeptikal kita: Bila dah besar nanti mesti jahat ikut perangai mak bapa dia.

23. Apabila: Seseorang berkerja sebagai seorang pensyarah.

Skeptikal kita: Wow! OMG, mesti gaji idia besar dan lumayan.

Ok, terima kasih keran membaca. ^___^..psssstttt…yang paling last tu ehem…