Archive for Julai 2012

Kadang-kadang Perlu Pandang Belakang!

Sticky post, ganti nama aku, sikit tidak sopan..^__^

Salam,

Kenangan, jangan ditinggal di belakang, kadang-kadang kita perlu pandang ia semula.

Aku memang ‘manusia’ tipikal  berjiwa nostalgia. Kau percaya. Memang hati sangat retro dan rapuh. Selalu mengada-ngada dengan benda atau perkara yang membuat terkenang peristiwa dan terkenang perkara lampau. Aisseh! apa yang paling penting dan bernilai untuk aku apabila benda itu berlaku pada saat permulaan atau first time.

1) Lagu

Ya, kalau terdengar sesebuah lagu secara automatik ‘splash’ in my head..oh man! this song I used to sing everyday when I was at bla bla blaaa…haha..serius, kerap sangat. Tak kiralah terdengar lagu tu diputarkan di shopping complex, di restoran McD, KFC, dalam kereta orang, di MP3 orang atau di mana-mana sajalah.

Hurmmm…tersangatlah, hati pun teringat kawan lama, office-mate lama, bos lama, suasana kerja yang lama..errr..kadang kalau terlebih emosi boleh mengalirkan air mata. Lucu tak lucu..^___^

Ini antara lagu-lagu yang membuatkan aku seorang yang ‘sangat-rapuh’ teringat sesuatu.

1) Haven’t met you yet.

2) Please forgive me

3) If I die young

Banyak lagi…^____^

2) Baju

Dulu suka pakai baju ni time kerja di sana. Haha..gila perasa. Nampak saja baju tu tergantung di almari, terus teringat cerita dulu. Sengalkan? Dulu aku orang tak pandai berfesyen, percaya tak tudung ada dua warna sahaja hitam dan putih, Itu sajalah dipakai pergi mana-mana, even baju warna warni tapi akan disepadankan dengan tudung hitam atau putih saja. Hahahha..kalau diingat semula betapa naifnya la-hai aku dulu. T_____T

3) Pewangi

Tak kisahlah minyak wangi, bau sabun, pewangi ketiak, pelembut fabrik, pewangi kereta dan macam-macam pewangilah. Apa yang penting aroma itu akan mengingatkan aku perkara yang dulu-dulu. Hatta bau almari pun aku akan ingat ‘hah..bau almari baru ni lah yang menyambut aku masa sampai opis mula-mula masuk kerja’ macam nak kena tampar kan?

4) Makanan

Al-maklumlah, manusia mestilah ada makanan untuk hidup kan. Mana kau pergi pun kau akan cari kafe yang ada jual makanan. Aku akan ingat sampai nyanyuk makanan yang membawa sejarah dan peristiwa dalam hidup. Amboi! macam kau hidup 100 tahun sudah bah. Haruslah!

5) Seseorang

Oh! yang ini saaaanggattt akan aku ingat sampai bila-bila. Apatah lagi orang itu terlibat dalam jatuh bangunnya aku pada saat permulaan. Tidak kira dia menyumbang benda berfaedah atau hanya menyedekahkan sampah sarap (sila kreatif sikit untuk menafsirkannya) pada hari-hari pertama terciptanya peristiwa aku (alahai…). Betul. Siapa pernah merasa semasa report duty, berjumpa orang yang macam sampah tak ambil peduli kat kita, mentang-mentang kita budak baru yang tak-tahu-apa-apa? sila ngaku.

Aku pernah. Mesti, semua dapat rasakan?

Then, kamu akan ingat dan kenal dia sampai bila-bila. Kalau terserempak atau bertembung di jalan atau sama-sama naik lif konfom dalam hati ‘alamak..si sombong ni pula..meluat betul tengok muka dia’ tapi sambil menyedekahkan senyuman. Betulkan? Jangan tipu, dosa. ^______^

6) Peristiwa

Ya, macam dejavu.

‘Macam pernah aku lalui saat ini’

Tak pun.

‘Erk…bila ya aku buat benda ni?’

Atau..

‘Benda ni lagi..’

Pernahkan?rasa-rasa macam pernah buat tapi bila, di mana, dengan siapa?

Aku akui selalu didejavukan oleh sesuatu yang serasa macam pernah buat tapi tak tahu bila. Ufffff! kadang sampai beberapa hari tak hengat. Biaq pi-lah.

Errrrr…

7) Benda/alat/barang/perkakas

Of courselah kan. Benda boleh disentuh lagilah mempunyai nilai yang tinggi untuk dikenang. Meh aku bagi contoh. Serius bagi aku, seperti kerongsang, kasut, buku catatan, pen, key-chain, sikat rambut, berus gigi..banyak lagilah…T___________T

8) Kawan!

Oh my dear friends…^____^

Ya, yang satu ini sangat mempunyai sentimental values yang sangat berkebarangkalian mempunyai peristiwa akan berulang. Hah! mesti pening lalat..kihkih..sila jangan peduli ayat pertama. Taklah, begini, saya sebenarnya ramai kawan. Sebab setakat ini sudah kerja di 4 buah tempat. Kau bayangkan, ramai tak ramai orang yang aku kenal on-off?huhu..sangat rindu bila terkenang kawan-kawan yang pernah rapat, berkongsi bilik, bantal, berpesta sama-sama, kerja sama-sama.. alahai…rindunya pada mereka. Kawan-kawan di KPT, Putrajaya, tempat pertama berkerja selepas tamat belajar, SMK Merapok, Lawas, SK. Pekan Sipitang, dan sekarang di sini. Itu belum termasuk sewaktu praktikal di Utusan Malaysia, Radio 24 Bernama, dan rakan-rakan sekuliah di universiti, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Kalau kawan-kawan semua baca entri ini, saya minta maaf ya kalau tidak cakap HI, HELLO, SALAM kalau bertembung di dunia maya, insyaAllah saya akan memperbaiki hubungan kita macam dulu. Saya sayang kamu semua, jangan lupakan saya. Untuk kawan yang sentiasa bersama saya, haruslah anda terbaik…^___^

Hahaha..gila terharu!

Ok. Kembali ke dunia nyata. Sebenarnya ada hikmah kenapa benda-benda semua ni berlaku. Allah nak tunjuk bahawasanya, setiap benda dan perkara di atas muka bumi ini, pasti ada hikmahnya. Hanya sabar menunggu apa yang terbaik pasti berlaku.

Ya, saya akan sabar menunggu ya Allah.

“Saya manusia tipikal yang akan terkenang pada perkara lampau, tidak kiralah perkara itu manis atau pahit, yang penting pada setiap perkara itu ada nilainya tersendiri, itu  bermakna ingatan dan perasaan saya masih berfungsi dengan baik..^__^..”

Berkomunikasilah! Tiada Ruginya.

Salam,

Komunikasi? Apa itu komunikasi. Sila tanya pakcik google sendiri…^_____^

Komunikasi sangat penting.

Pentingnya komunikasi sampai ia dijadikan asas kepada setiap perhubungan, tidak kiralah hubungan sesama manusia, sesama binatang juga hubungan ritual dengan Allah atau Tuhan bagi setiap agama/kepercayaan kaum lain.

Erm…korang hidup tak guna sebarang komunikasi?bahkan golongan kurang upaya juga konfom adanya komunikasi cara istimewa mereka tersendirikan?

Selalu baca kes-kes penceraian salah satu sebabnya ‘kurang berkomunikasi. Alahai! pancaindera yang Tuhan bagi tu buat apa?simpan je ke?

Seriously, for me, it’s very awkward when you live without communication, I would dies cramps immediately..haha..ya saya adalah EXTROVERT person!, just smiling, giggling, laughing, menjeling, that’s counts as non-verbal communication also categorize communication, as easy as you able to give it away to the others, no need to use your cash or your luxurious thing.

When we talked about communication, flash on our mind ‘oh..talking to eacah other, communicate with voices, face-to-face communication, conversations that occurs between me and you and so on,’. Actually, not solely.

Percaya atau tidak, golongan communication scholar mengatakan konteks komunikasi sangat besar dan tidak ada sempadannya.

Even, they said, ‘any living organism counts as communication, a plant seeking out the sun, prey sensing the precence of a predator, a human being reading a book-all would be examples of communication,’

Erk…sedangkan tumbuhan juga berkomunikasi apatah lagi kita, human being! kau percaya boleh hidup tanpa berkomunikasi, tak kisahlah verbal atau non-verbal.

Nah, kalau kau sebagai manusia tapi tiada komunikasi, tak tahu nak gelar apa. Sila cari dunia sendiri..^___^..jangan marah.

Ada beberapa perkara penting yang perlu dalam komunikasi yang efisien.

MENDENGAR!

Orang dah bercakap kena dengar lah. Jangan buat tak tahu. Kesian orang kan. Cuba bayangkan kalau kamu bercakap tapi seorang pun tak layan, tak amik peduli, ada yang sibuk main sms, bercerita dengan orang lain. Then…kamu akan terasa tersisih dan rendah diri. Cuba bayangkan kejap..^____^

Banyak tujuan kenapa kita mesti mendengar dengan teliti apa yang orang lain perkatakan. Pertama, mendengar untuk belajar. Yup, sangat perlu untuk mendengar dan belajar. Perkara biasa. Orang tua cakap, budak yang tak dengar cakap selalu degil dan bodoh..errrrr…sila tampar mulut saya..hihi..tetapi itu betul, jika, orang bagi nasihat atau mengajar tapi tidak buka telinga luas-luas harus dihempuk dengan kerusi kan? Ilmu tak akan masuk kalau tidak mendengar dengan teliti. Tepuk dada tanya hati!

Kedua, mendengar untuk menjalin hubungan (ehem). Ohhhh! kamukah itu?tolong jangan sempitkan otak mendefinasikan perkataan ‘hubungan’ hanya untuk CINTA. Macama mana mau maju kalau otak asyik fikir CINTA.Ehem…owh..terkasar di situ. Sebenarnya, tak kisahlah hubungan yang berlangsung itu berlandaskan cinta kekasih, keluarga, kawan, jiran, kawan sepejabat atau kawan berselisih bahu semasa naik tangga atau dalam lif. Kau, kalau kau mau menjalinkan hubungan mesti adanya komunikasi kan?seperti, mau mengorat, haruslah senyum dulu, kemudian kalau dilayan terus tanya nama ka?Contoh-contoh lain sila pandang kiri dan kanan kamu, benda ni perkara biasa..^____^

Ketiga, mendengar untuk mempengaruhi. Persuade people with your good communication!ya, saya belajar komunikasi dua tahun. Tapi still, sampai hari ini tidak pandai nak pujuk dan pengaruh orang. My weakness!sangat beruntung orang yang ada kemahiran ini. Percayalah, kamu akan lebih disukai ramai, macam roti gardenia (?).

Keempat, mendengar untuk berseronok. Memang sangat seronok jika dalam perbualan adanya sifat beri dan terima. Secara tidak langsung perbualan akan berlarutan dari satu topik kepada lima topik. ya, me and my friends always did it!Eiiii…tak sanggup ter’involved‘ dalam sesi perbualan yang memualkan dan membosankan a.k.a perbualan orang-orang tua..hehhe..ampun!

Kelima, mendengar untuk menolong. Kalau kau tak dengar masalah orang lain, macam mana kau nak tolong?betul tak. Ada sesetengah orang, belum dengar dah buat spekulasi buruk, berhantam, eh! nah kan jadi pergaduhan yang tidak berkesudahan, ya tolong menghuru-harakan keadaan.

On the firts place, listen and then act. Komunikasi yang efektif bermula dengan menerima, memahami, mengingat, menilai kemudina baru bertindak. Ingat sampai mati!

T______T

P/s:

Saya sangat tidak pandai berkomunikasi dengan orang yang beremosi. Serius.

Provokasi Jodoh

Stickypost: Maaf, entri ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang tidak beremosi!

Salam,

Tadi saya dan kawan borak-borak mengenai jodoh. Eh, jodoh lagi! alamak ketahuan. Banyaklah isu yang bersangkut-paut dengan jodoh kami bincangkan (seriuslah sangat!) sambil menikmati makan malam di McD. (Lepastu burger tertinggal atas meja -__-“)

Isu pertama- Tiada rasa keinginan.

Kenapa pada umur saya yang menjangkau ke blablabla ini masih tiada rasa ingin kahwin?kemudian kawan saya cakap, memang macam tu, tapi ada satu masa nanti kau akan melalui fasa itu.

Oh! kalau boleh jangan dulu ya Allah! pintaku senyap-senyap dalam hati. Saya belum bersedia fizikal dan mental.

Serius. Sangat serius, bila agaknya fasa ‘merasa-ingin-dipunyai’ itu akan datang?gila tak gila. Boleh bayangkan apa jadinya kalau sudah berperasaan begitu tetapi tiada calon?kau mau meminang lelaki?mau mengurat lelaki?nauzubillah. Dijauhkan.

Jawapannya: Terserah kepada takdir, lambat atau cepat ketentuan Allah.

Sila simpati!

Ok, itu isu pertama.

Isu kedua-Kalau calon sudah ada tetapi tidak menepati ciri-ciri suami yang kamu inginkan, lalu bagaimana?

Errrr…mahu jawab yes, I do! atau Sorry, I’m not ready, yet!

Alamak! jangan reject si dia. Mengikut kajian (hehehe..) dan pendapat kawan-kawan yang sudah terlebih makan garam, mereka berkata, jika, jika lelaki sudah meluahkan hasrat hatinya ingin menyuntingmu, maknanya pada waktu itu sidia sudah bersedia, ya, fizikal, mental dan kewangan. Jika kamu menolaknya, mungkin ada kali kedua, tetapi tidak untuk kali ketiga, sebab lelaki jiwanya sangat sensitif apabila ditolak. Betulkah?

Tetapi, apa cerita jika pihak kita pula yang tidak bersedia?

Jawapannya: Tampar pipi, sila fikir sendiri.

Isu ketiga: Kita bersedia, tetapi lelaki tidak berani luah.

Erk, bikin takut kalau jumpa lelaki penakut. Lepastu pemalu meluahkan. Alahai, cik abang. Tak kan kami yang pergi masuk meminang. Ada sanggup?pecah tradisi. Kami yang bawa cincin dan rombongan cik kiah pergi rumah kamu sambil berpantun. Hehe..lawak.

Sebenarnya, ramai perempuan sudah layak dan bersedia, tetapi pasangannya pula tak berani mahu merisik, atau pun kawan-tapi-mesranya tidak ada keberanian bagitahu yang ‘saya suka awak’ kepada kawannya secara bersemuka.

Kata kawan saya, kalau lelaki pun malu meluah apa lagi perempuan,  memang naluri perempuan sangat malu. (Psssttt! kalau tak malu tu bukan perempuanlah namanya). Jadi tugas meluah secara konvensionalnya adalah tugas LELAKI.

Dalam sms bukan main berani, tapi bila berhadapan macam-macam isu kau kasi keluar..^___^

Isu keempat: Dua-dua bersedia tetapi jodoh tersangat berat.

Masalah keluarga, kewangan, jarak, kerjaya, bekas kekasih (termasukkah tu?), perbezaan peganggan agama.

Kawan-kawan (lagi!), ya saya bergelumang dengan cerita kawan-kawan di sekeliling, jadi perlulah mereka dijadikan role-model. Kau ada kawan?hehe..—->

Saya kerap dibuai diceritakan dengan kisah kekecewaan, kesedihan, keputusan mendadak, kemarahan dan macam-macam lagilah mengenai jodoh. Ada yang sudah bertunang tapi putus sebab yang berselisih pendapatnya di antara mak dan bakal mak mentua, jadi kenapa anak terlibat? ermm..dah merancang nak buat majlis pada sekian-sekian tetapi bekas kekasih muncul membuat onar, yang kau peduli buat apa, dah ex, maknnya, ex la.

Kalaulah semua orang begini, alamatnya…ermm…

Isu kelima: Kena paksa kawin.

Lari!

Hahaha..yalah, kena larilah, dah kena paksa, paksa bermaksud tanpa rela. Kau mahu tidur ke dengan orang kau tak kenal, kau nak ke tinggal sebumbung dengan lelaki yang kau tak tahu?kau nak anak kau..ok..ok..faham..

Sebenarnya, bukan itu jalan penyelesaiannya, cuba kenali lelaki itu terlebih dahulu, lihat personalitinya, uji mindanya, korek isi poketnya, jeling-jeling keretanya..kihkih..kalau semua ok, teruskan, kalau K.O boleh lari..^____^

Tapi serius, kalau dulu boleh kut kahwin dengan lelaki tak kenal macam cerita mak bapa kita kan, tetapi perubahan sosial hari ini tidak memungkinkannya. Lelaki zaman dulu keturunan baik-baik, lelaki zaman sekarang tak tahu dari planet mana. Dibuatnya terkahwin dengan….

Oklah, saya berhenti sampai di sini, takut ada yang cakap saya tak betul.

Bye…wasalam..^_____^

Wordless Thursday

Salam,

Hari ini:

1. Tiada makna saya mahu berbaik-baik dengan orang yang tidak mahu berkawan dengan saya.

2. Melawat pelajar  berlatihan industri. Saya tahu pasti ada yang tidak berjalan dengan lancar. Banyaknya masalah yang akan dilakukan oleh pelajar.

3. Saya makan nasi lemak yang dibahagi dua, separuh untuk sarapan, separuh untuk lunch. Untuk lunch saya add on dengan ayam masak lemon. Tak sedap langsung. Ayam masak lemon seketul rm1.60.

4. Saya beli  kuih-muih Rm2: 7 biji, karipap dan keria. Ada lagi ke tempat korang jual kuih dengan harga ini?tak ada kan?..hihihi..

5. Adik saya buat lawak dengan mengatakan bakal mentua dia akan datang pada hari raya nanti.

6. Sewaktu mengajar tadi saya terlupa perkataan ‘amusing’. Malu dengan pelajar. Hewhewhew…^_^

7. Kasut berbau busuk, sebab masih lembab kena hujan kelmarin. Oleh kerana saya malas mahu pakai heel, terpaksa sarung kasut flet itu juga. Jadi, kaki saya turut sama berbau ‘nyaman’ busuk.

8. Saya sedang sibuk menyudahkan kerja yang seminggu tak pandai siap ini.

9. Saya tukar gambar profile di FB hari ini..^__^

10. Ada kawan foward mesej untuk kupon McD, beli satu Chicken Foldover dapat percuma satu.

11. Saya sibuk cari buku rujukan Asas Komunikasi, Introduction To Mass Communication, Communication Theory, untuk disumbat dalam silibus.

12. Saya belasah Master Potato member office, sangat memalukan.

13. Internet sangatlah lembab, macam siput.

14. Saya sangat susah hati terhadap satu perkara itu, tetapi saya buat-buat tak tahu..(-_-“)

15. Bye, wasalam.

Antologi Seseorang Bergelar Sahabat

Salam,

Si dia di tengah-tengah..^___^..

Aku kenal dia tak lama, dalam setahun setengah. Tetapi rasa macam sudah 10 tahun..^_____^..Pertama kali berjumpa semasa temuduga menjadi ‘ahli akademik’ di tempat aku bekerja sekarang. Kami duduk berhadapan sementara menunggu kena panggil masuk bilik temuduga.

Aku terperasankan dia, sebab dia sangat lemah-lembut, cantik dan sangat bersopan-santun. Gadis cantik dan lemah lembut siapa tidak perasan kan? Ok, aku perhatikan dia bercakap, berbual-bual dengan temannya. Tak jemu. Kadang-kadang tersampuk juga aku dalam perbualan dia. Tetapi hati tetap juga memuji-muji dia. Wah! ayunya dia..manisnya dia..bersopan santunnya dia..alahaiii..sejuk perut ibu mengandung.

Lepas tu borak-borak sikit, tanya-tanya sikit pasal latar belakang dia dan kawan-kawannya. Serius, macam tak puas tengok muka dia. Adakah aku lesbian?oh no!!!! tidak sama sekali, cuma terkagum tengok cara dia.

Kemudian, kali kedua kami berjumpa semasa report duty. Dia adalah orang pertama yang aku kenal di tempat baru. Syukur yang teramat apabila anda di tempat yang baru, tidak kenal sesiapa, tak tahu arah tujuan tiba-tiba berjumpa dengan orang yang sangat ramah. Apa lagi aku terus tegur dia. Mulanya dia terkejut, dia tak cam aku kut. Lepastu aku terangkan, kan kita sama-sama pergi interview hari tu. Oh! dia baru ingat (uhuukkk…biasalah aku kan tak comel untuk diingati..hihi..)

Hari pertama di tempat kerja baru, ya, kami hanya sembang-sembang kosong sambil mata mahu terlelap. Aku semakin mengenalinya. Dia pandai English, master holder produce dari UPM, anak sulung, sudah berpunya, degree in IT, seorang yang sangat setia pada cinta (ehem) dan macam-macam lagi yang kami bualkan. Sebenarnya kami masuk berempat masa tu. Semuanya gojes-gojes kawan-kawan baru yang aku dapat..^___^

Petang tu aku balik rumah sewa tumpang kereta si ehem dia. Sangat baik kan dia?

Lepas tu kami kerja satu bumbung, duduk berhadapan di dalam ofis, keluar lunch, sarapan, supper, semuanya bersama, macam belangkas. Eh..salah, ada tiga lagi kawan kami, berlima lah..:) <—adegan ini sebelum kami rapat dengan officemate lain.

Dia kan, sangat prihatin dengan kawan-kawan sekelilingnya. Dia selalu ingatkan aku pasal benda-benda yang aku malas ambil peduli. Tetapi dia sangat memahami, sangat bijak bila berkata-kata, siap bagi bukti dan fakta, sangat tegas dalam kelembutannya, selalu menyokong aku dan rakan-rakan.

Itulah semenjak ketiadaannya rasa sangat kosong, sunyi dan rindu.

Dia selalu rasa masakan aku yang tak berapa nak sedap, dia selalu berdiri di tepi peti ais dekat dapur sambil tengok aku memasak, dia selalu basuh pinggan lepas kami makan, dia selalu introduce kedai-kedai makan yang sedap-sedap, dia selalu amik aku di rumah waktu pagi kalau aku tak ada siapa nak tumpang pergi kerja, selalu hantar aku balik, selalu bagi snack baru yang tak pernah makan untuk aku kunyah-kunyah waktu petang, selalu kirim dia belikan pisang goreng, dia selalu tegur aku ‘wah..Ida sudah sibuk ada kelasss…’, dia selalu olok aku bab-bab makan McD (sebab aku hantu fastfood), selalu tumpang payung dia waktu pergi lunch, selalu pinjam kamus dia, dia selalu bagitahu kalau ada beli buku baru, dia supply tisu bila stock tisu aku da kering…aduhaiii…banyak sangat perkara yang membuatkan aku tidak boleh lupa dia. Bukan aku seorang, bahkan teman-teman lain.

Geng lima..ya, inilah kami pada awal kemunculan..:)

Sangat sedih…:(

(Lap-lap air mata, tarik hingus…)

Tetapi, siapalah kita untuk menegahnya dari pergi.

Satu hari dia pergi KL. Bercuti dua minggu. Sekembalinya dia dari KL semuanya berubah. Waktu itu, aku sudah tahu, ya dia akan pergi. Mencari penghidupan yang lebih baik, mengejar cintanya demi perhubungan mereka dan untuk masa depan yang lebih baik..mungkinkan. Serius, hati aku berdetak sakit. Kali ini akan berlaku kehilangan kedua selepas seorang kawan kami juga pindah kerja di syarikat lain. Dua-duanya aku sayang.

Selepas ini siapa yang akan makan masakan aku?siapa kawan aku berbual benda-benda logik yang aku kutip dari buku?siapa yang akan pinjamkan aku kamus lagi? kalau tisu habis siapa aku nak minta?

Ya, semua tu membuat aku rasa sangat sedih.

Saya dan dia..:)

Waktu tahu yang dia sudah hantar surat berhenti, rasa sangat tidak bermaya. Tetapi aku kuatkan hati juga, supaya dia tidak rasa keputusan yang diambilnya sia-sia dan salah. Dua minggu sebelum dia pergi, aku tidak dapat memenuhi masa berharga itu di sisinya. kebetulan aku cuti seminggu, kemudian cuti lagi untuk jaga mak di hospital. Jadi tinggal dalam tiga hari dapat bersama dia.

Malam sebelum dia berangkat, sambil kami berpeluk, dia cuba tahan tangis, aku sudah basah lencun dengan air mata..huhu..dia masih kuat biarpun air  matanya sudah bergenang, dia cakap dia cuma sekejap saja di KL, amik aura KL, bila puas di sana dia akan kembali juga.

Dia sempat tinggalkan pesan untuk aku. Pergi klinik, habiskan ambil lesen kereta..ingat itu! dua perkara.

Saya rindu dia. Kami rindu dia.

Kami dan dia. Bilaha boleh berjimba-jimba lagi?

Hari pertama dia tiada di ofis, semua pakat kata rindu dengan dia.

“Selalunya, sis paling awal sampai,”

“Bila terpandang meja sis, rindu pula dengan dia,”

“Tiada sudah sis yang paling lemah lembut dan lawa,”

“Selalunya kereta sis park kat situ,”

Aku apatah lagi, hari-hari menghadap dia. Nampak dia marking paper pelajar, nampak dia tidur, nampak dia makan-minum, bercakap di telefon, nampak dia membaca. Rasa betul kosong. Mengalahkan orang bercinta. T____T

Kenangan bersama dia…:)

Apa-apa pun, kita doakan dia sentiasa sihat, bahagia, sukses dan kembali semula ke tanah tumpah darahnya…:)

Sila terima kenyataan, every hello, will ends with goodbye!

Jus dan Sis..T___T

Eh! Kalau Dulu Aku..

Eh! kalau dulu aku tidak begitu,

Kini, aku tidak jadi begini,

Kalau dulu aku bukan si siput di dalam cengkerang,

Terperap beralas, malas keluar hatta melihat mentari,

Duduk tenang dan selesa di dalam gelandangan,

Ya, hari ini, aku tidak tahu ertinya kegagalan yang buas,

 

Eh! kalau dulu aku tidak sebegitu,

Kini, aku tidak jadi sebegini,

Kalau dulu aku belajar tinggi mengaut ilmu sepenuh akal,

Memperlekehkan masa muda berharga,

Menidakkan masa-masa lainnya,

Hari ini, aku tidak tahu pentinganya berusaha.

 

Eh! kalau aku tidak terpanar begitu,

Dek tamparan waktu silam yang kejam,

Kini, aku tidak akan pernah tahu,

Kalau akal itu atas segalanya,

Buah berharga yang tidak ada yang punya,

Kalau bukan dia seorang khalifah hina yang dahaga,

Sumpah! sampai hari ini aku tidak akan tahu apa ertinya balasan mulia.

 

Eh! kalau dulu aku tidak segila ini,

Biar orang mencerca menghina tanpa ampun,

Kini, aku tidak tahu apa ertinya Dia,

Kalau dulu aku tidak tersesat mencari arah,

Salah, aku bukan menjadi seorang penghijrah yang bijak,

Malah aku akan berada tetap di situ,

Tanpa melakukan kekhilafan lampau,

Bukan mencari redha,

Tetapi berasa selesa dengan nikmat itu,

Tidak mahu mencari yang bukan dianugerah.

Tetap berdiri sekaki lebih, tetap bangga,

Ya, aku hamba Allah hina,

Tidak berusaha mencari lorong hidup sendiri.

 

Eh! sesungguhnya,

Kalau itu akan melahirkan akan..

Akan-kah aku jadi begini?

 

-Faza Mirhans Safni-

Perpustakaan:13:59

 

 

Malam Terindah Nisfu Sya’ban

Salam,

Duduk di tepi tingkap sambil merasa hembusan angin sejuk yang dibawa hujan. Nyaman. Lama bumi KK tidak disirami titisan hujan. Ehemmm…alamak terlebih menghayati suasana malam yang hujan dan sejuk sampaikan bahasa pun jadi sengal-sengal-ubi. Hampeh!

Malam ni, malam pertengahan bulan Sya’ban, itu yang disebut Nisfu (separuh). Nisfu Sya’ban, hari ke 15 bulan Sya’ban. Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit dan ditukarkan buku amalan yang baru. Oleh itu digalakkan agar kita melakukan amal kebaikan supaya amal pertama yang dicatat adalah amal yang dikurniakan pahala. ^___^

Bersamaan dengan ini, saya, hamba Allah yang hina, umat Muhammad yang lemah juga pengikut mazhab imam Syafie yang kurang ilmu, dengan rendah hati, memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, kekasaran tingkah laku, kekhilafan rasa hati, keberadaan diri yang tidak menyenangkan juga mungkin tulisan di laman maya sosial muka buku dan blog yang mengguris hati, semua itu, demi Allah, saya pinta maafkanlah, agar buku amalan saya tidak dihitung buruk dan diserahkan dari tangan kiri. Nauzubillah.

Sob..sob..tsk..tsk..terima kasih siapa yang sudi memaafkan saya. Semoga Allah juga memaafkan kalian. Saya ampunkan kesalahan orang yang pernah menyakiti saya juga. Kita kosong-kosing ya!..T___T

Photo credit: pakcikgoogle..^__^

Malam Nisfu Sya’baan, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya’baan.”

Nabi bersabda, “Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy’aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan”. (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt. Malam ini juga disunatkan kita membaca surah Yassin sebanyak tiga kali. Dan pada setiap pengakhiran bacaan diikuti dengan bacaan doa:

1) bacaan pertama MOHON panjang umur dalam kebajikan.

2) bacaan kedua MOHON dimurahkan rezeki yang halal.

3) bacaan ketiga MOHON iman yang sempurna semasa mati kelak.

Doa selepas baca Yassin sila rujuk di sini..berasama terjemahan doa..terima kasih tuan blog, saya kongsi ya… ^___^

Amin. Amin. Amin.

Di samping itu, kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan ibadat di tengah malam seperti bangun sembahyang tahajud, membaca al-quran, berzikir dan berdoa sebanyak mungkin. InsyaAllah akan dimakbulkan. Allah Maha Agung.

Lepas itu, lengkapkanlah hari ini dengan berpuasa di siang hari. Sangat indah bukan. Jadi, jangan di sia-siakan malam dan hari ke 15 bulan Sya’ban ini.

Semoga Allah memberkati saya dan kamu semua.

Tiada Tuhan yang Maha Agung selain Allah yang mengurniakan malam Nisfu Sya’ban di antara malam-malam di mana orang beriman berebut-rebutkan fadilahnya. Mahukah kita termasuk dalam golongan ini?mestilah…^____^..

Wasalam…

*(pssstttttt! entri Islamik sikit….>_<)