Salam,

Duduk di tepi tingkap sambil merasa hembusan angin sejuk yang dibawa hujan. Nyaman. Lama bumi KK tidak disirami titisan hujan. Ehemmm…alamak terlebih menghayati suasana malam yang hujan dan sejuk sampaikan bahasa pun jadi sengal-sengal-ubi. Hampeh!

Malam ni, malam pertengahan bulan Sya’ban, itu yang disebut Nisfu (separuh). Nisfu Sya’ban, hari ke 15 bulan Sya’ban. Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit dan ditukarkan buku amalan yang baru. Oleh itu digalakkan agar kita melakukan amal kebaikan supaya amal pertama yang dicatat adalah amal yang dikurniakan pahala. ^___^

Bersamaan dengan ini, saya, hamba Allah yang hina, umat Muhammad yang lemah juga pengikut mazhab imam Syafie yang kurang ilmu, dengan rendah hati, memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, kekasaran tingkah laku, kekhilafan rasa hati, keberadaan diri yang tidak menyenangkan juga mungkin tulisan di laman maya sosial muka buku dan blog yang mengguris hati, semua itu, demi Allah, saya pinta maafkanlah, agar buku amalan saya tidak dihitung buruk dan diserahkan dari tangan kiri. Nauzubillah.

Sob..sob..tsk..tsk..terima kasih siapa yang sudi memaafkan saya. Semoga Allah juga memaafkan kalian. Saya ampunkan kesalahan orang yang pernah menyakiti saya juga. Kita kosong-kosing ya!..T___T

Photo credit: pakcikgoogle..^__^

Malam Nisfu Sya’baan, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya’baan.”

Nabi bersabda, “Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy’aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan”. (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt. Malam ini juga disunatkan kita membaca surah Yassin sebanyak tiga kali. Dan pada setiap pengakhiran bacaan diikuti dengan bacaan doa:

1) bacaan pertama MOHON panjang umur dalam kebajikan.

2) bacaan kedua MOHON dimurahkan rezeki yang halal.

3) bacaan ketiga MOHON iman yang sempurna semasa mati kelak.

Doa selepas baca Yassin sila rujuk di sini..berasama terjemahan doa..terima kasih tuan blog, saya kongsi ya… ^___^

Amin. Amin. Amin.

Di samping itu, kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan ibadat di tengah malam seperti bangun sembahyang tahajud, membaca al-quran, berzikir dan berdoa sebanyak mungkin. InsyaAllah akan dimakbulkan. Allah Maha Agung.

Lepas itu, lengkapkanlah hari ini dengan berpuasa di siang hari. Sangat indah bukan. Jadi, jangan di sia-siakan malam dan hari ke 15 bulan Sya’ban ini.

Semoga Allah memberkati saya dan kamu semua.

Tiada Tuhan yang Maha Agung selain Allah yang mengurniakan malam Nisfu Sya’ban di antara malam-malam di mana orang beriman berebut-rebutkan fadilahnya. Mahukah kita termasuk dalam golongan ini?mestilah…^____^..

Wasalam…

*(pssstttttt! entri Islamik sikit….>_<)