Salam,

Si dia di tengah-tengah..^___^..

Aku kenal dia tak lama, dalam setahun setengah. Tetapi rasa macam sudah 10 tahun..^_____^..Pertama kali berjumpa semasa temuduga menjadi ‘ahli akademik’ di tempat aku bekerja sekarang. Kami duduk berhadapan sementara menunggu kena panggil masuk bilik temuduga.

Aku terperasankan dia, sebab dia sangat lemah-lembut, cantik dan sangat bersopan-santun. Gadis cantik dan lemah lembut siapa tidak perasan kan? Ok, aku perhatikan dia bercakap, berbual-bual dengan temannya. Tak jemu. Kadang-kadang tersampuk juga aku dalam perbualan dia. Tetapi hati tetap juga memuji-muji dia. Wah! ayunya dia..manisnya dia..bersopan santunnya dia..alahaiii..sejuk perut ibu mengandung.

Lepas tu borak-borak sikit, tanya-tanya sikit pasal latar belakang dia dan kawan-kawannya. Serius, macam tak puas tengok muka dia. Adakah aku lesbian?oh no!!!! tidak sama sekali, cuma terkagum tengok cara dia.

Kemudian, kali kedua kami berjumpa semasa report duty. Dia adalah orang pertama yang aku kenal di tempat baru. Syukur yang teramat apabila anda di tempat yang baru, tidak kenal sesiapa, tak tahu arah tujuan tiba-tiba berjumpa dengan orang yang sangat ramah. Apa lagi aku terus tegur dia. Mulanya dia terkejut, dia tak cam aku kut. Lepastu aku terangkan, kan kita sama-sama pergi interview hari tu. Oh! dia baru ingat (uhuukkk…biasalah aku kan tak comel untuk diingati..hihi..)

Hari pertama di tempat kerja baru, ya, kami hanya sembang-sembang kosong sambil mata mahu terlelap. Aku semakin mengenalinya. Dia pandai English, master holder produce dari UPM, anak sulung, sudah berpunya, degree in IT, seorang yang sangat setia pada cinta (ehem) dan macam-macam lagi yang kami bualkan. Sebenarnya kami masuk berempat masa tu. Semuanya gojes-gojes kawan-kawan baru yang aku dapat..^___^

Petang tu aku balik rumah sewa tumpang kereta si ehem dia. Sangat baik kan dia?

Lepas tu kami kerja satu bumbung, duduk berhadapan di dalam ofis, keluar lunch, sarapan, supper, semuanya bersama, macam belangkas. Eh..salah, ada tiga lagi kawan kami, berlima lah..:) <—adegan ini sebelum kami rapat dengan officemate lain.

Dia kan, sangat prihatin dengan kawan-kawan sekelilingnya. Dia selalu ingatkan aku pasal benda-benda yang aku malas ambil peduli. Tetapi dia sangat memahami, sangat bijak bila berkata-kata, siap bagi bukti dan fakta, sangat tegas dalam kelembutannya, selalu menyokong aku dan rakan-rakan.

Itulah semenjak ketiadaannya rasa sangat kosong, sunyi dan rindu.

Dia selalu rasa masakan aku yang tak berapa nak sedap, dia selalu berdiri di tepi peti ais dekat dapur sambil tengok aku memasak, dia selalu basuh pinggan lepas kami makan, dia selalu introduce kedai-kedai makan yang sedap-sedap, dia selalu amik aku di rumah waktu pagi kalau aku tak ada siapa nak tumpang pergi kerja, selalu hantar aku balik, selalu bagi snack baru yang tak pernah makan untuk aku kunyah-kunyah waktu petang, selalu kirim dia belikan pisang goreng, dia selalu tegur aku ‘wah..Ida sudah sibuk ada kelasss…’, dia selalu olok aku bab-bab makan McD (sebab aku hantu fastfood), selalu tumpang payung dia waktu pergi lunch, selalu pinjam kamus dia, dia selalu bagitahu kalau ada beli buku baru, dia supply tisu bila stock tisu aku da kering…aduhaiii…banyak sangat perkara yang membuatkan aku tidak boleh lupa dia. Bukan aku seorang, bahkan teman-teman lain.

Geng lima..ya, inilah kami pada awal kemunculan..:)

Sangat sedih…:(

(Lap-lap air mata, tarik hingus…)

Tetapi, siapalah kita untuk menegahnya dari pergi.

Satu hari dia pergi KL. Bercuti dua minggu. Sekembalinya dia dari KL semuanya berubah. Waktu itu, aku sudah tahu, ya dia akan pergi. Mencari penghidupan yang lebih baik, mengejar cintanya demi perhubungan mereka dan untuk masa depan yang lebih baik..mungkinkan. Serius, hati aku berdetak sakit. Kali ini akan berlaku kehilangan kedua selepas seorang kawan kami juga pindah kerja di syarikat lain. Dua-duanya aku sayang.

Selepas ini siapa yang akan makan masakan aku?siapa kawan aku berbual benda-benda logik yang aku kutip dari buku?siapa yang akan pinjamkan aku kamus lagi? kalau tisu habis siapa aku nak minta?

Ya, semua tu membuat aku rasa sangat sedih.

Saya dan dia..:)

Waktu tahu yang dia sudah hantar surat berhenti, rasa sangat tidak bermaya. Tetapi aku kuatkan hati juga, supaya dia tidak rasa keputusan yang diambilnya sia-sia dan salah. Dua minggu sebelum dia pergi, aku tidak dapat memenuhi masa berharga itu di sisinya. kebetulan aku cuti seminggu, kemudian cuti lagi untuk jaga mak di hospital. Jadi tinggal dalam tiga hari dapat bersama dia.

Malam sebelum dia berangkat, sambil kami berpeluk, dia cuba tahan tangis, aku sudah basah lencun dengan air mata..huhu..dia masih kuat biarpun air  matanya sudah bergenang, dia cakap dia cuma sekejap saja di KL, amik aura KL, bila puas di sana dia akan kembali juga.

Dia sempat tinggalkan pesan untuk aku. Pergi klinik, habiskan ambil lesen kereta..ingat itu! dua perkara.

Saya rindu dia. Kami rindu dia.

Kami dan dia. Bilaha boleh berjimba-jimba lagi?

Hari pertama dia tiada di ofis, semua pakat kata rindu dengan dia.

“Selalunya, sis paling awal sampai,”

“Bila terpandang meja sis, rindu pula dengan dia,”

“Tiada sudah sis yang paling lemah lembut dan lawa,”

“Selalunya kereta sis park kat situ,”

Aku apatah lagi, hari-hari menghadap dia. Nampak dia marking paper pelajar, nampak dia tidur, nampak dia makan-minum, bercakap di telefon, nampak dia membaca. Rasa betul kosong. Mengalahkan orang bercinta. T____T

Kenangan bersama dia…:)

Apa-apa pun, kita doakan dia sentiasa sihat, bahagia, sukses dan kembali semula ke tanah tumpah darahnya…:)

Sila terima kenyataan, every hello, will ends with goodbye!

Jus dan Sis..T___T