Salam,

Aku, sangat ketinggalan zaman, terpaksa diakui buktinya baru menonton filem yang diterbitkan 4 tahun lalu. Tapi, ada aku kesah?hehe..^_______^

Filem ni sudah lama cari dalam YouTube dan risik-risik di internet, oh..sungguh tidak bernasib baik, sebab tak ada yang sudi berkongsi. Sob..sob..sob.

Perempuan Berkalung Sorban. Nasib baik Astro Pelangi buat tayangan promosi dan menayangkan filem yang penuh kontroversi ini. Penuh emosi tengok dengan Mak. T____T

Sebenarnyakan, dulu kan, niat nak tengok filem ni bukan sebab kontennya, tetapi lebih kepada mengejar hero pujaan hati ku, Reza Rahadian. Ceh! mengarut. Yelah, dalam filem ini watak yang di bawa oleh si hero sangat songsang! menyesal tengok, pastu macam nak-nak benci dia. Benci betul dengan watak Samsudin yang rakus.

Filem ini sebenarnya telah dikontroversikan kerana berkaitan dengan ajaran Islam yang konservatif. Cuba tonton dan nilai sendiri. Aku juga panasaran tengok semalam, asyik merungut ‘ishhh..bodoh,’ ‘ishh..ada pulak’, ‘isshhh..macam-macam”..haha..itulah perkataan yang acap kali keluar dari mulut sambil urut-urut dada, mak kat sebelah asyik ketawakan aku yang beremosi..kihkih…

Watak Anissa lakonan Revalina S. Temat sangat mengancam, menusuk-nusuk ke jantung, macam kau pun terikut rasa sakit. Percayalah. Perempuan, sentiasa melebih-lebih…hehe…T_________T

Dari sisi gelapnya filem ini.

* Bab menggunakan dalil daripada al-quran dan hadis aku tak mahu komen lebih-lebih, sebab tak berapa arif. jadi, kita tinggalkan bab itu ya.

*Ada pula, perempuan nak baca buku moden pun tak boleh, nak keluar rumah pun tak boleh, nak naik kuda pun tak boleh. Apatahlagi nak belajar tinggi. Serba-serbi tak boleh. Walhal, Islam itu tidak memberatkan penganutnya. Bergantung kepada akhlak wanita itu sendiri.

*Akibat terlalu dikongkong hasilnya, apabila bebas wanita akan menikmatinya tanpa sempadan dan tidak mengira dosa, seperti watak Aisyah. Nauzubillah. Dalam Islam sendiri kena bersederhana.

* Menganggap perempuan sangat lemah dan kerap melakukan dosa. Filem ini mengetengahkan, perempuan kalau mendedahkan diri di dunia luar akan banyak berlakunya khilaf dan sangat mudah hendak mendapatkan syurga hanya dengan taat kepada lelaki. Memang diakui, perempuan sangat mudah masuk syurga begitupun sangat mudah masuk neraka. Tetapi filem ini serupa mengatakan ‘Eh, kau perempuan duduk rumah, layan suami di atas katil dan duduk di dapur masakan makanan laki’. T______T..no offense!

*Lelaki!

Paling tak tahan watak si Samsudin yang rakus dengan isteri sendiri. Isteri dia buat macam hamba seks dan orang gaji. Duduk di dapur dan melayan nafsu suami hatta sedang berhalangan, kena layan suami walaupun di mana sahaja ketika suami berkeinginan. Isteri tak nak sanggup secara paksa yang boleh diertikan sebagai ‘rogol’. Nauzubillah.

*Hanya lelaki yang berhak membuat keputusan. Nak belajar kena ada muhrim. ^__________^

*Ceramah agama yang dilaung-laungkan oleh ustaz di pasentran semua lebih kepada tanggungjawab perempuan. Tidak kepada lelaki.

*Cara didikan seorang ayah terhadap anak perempuan. Anak lelaki dilebih-lebihkan, anak perempuan dibiar-biarkan..huhu…

Dari sisi terangnya (hahaha…) filem ini.

* Mengetengahkan unsur-unsur agama. Sangat membawa kebaikan, sejuk mata memandang perempuan-perempuan berpakaian sopan, bertutur santun. Ah! aku ingin jadi seperti mereka…^____^…insyaAllah.

* Aku mahu jadi sekuat Anissa dan Ibu Mutmainnah, tidak jatuh dirodok ombak, tidak terbang ditipu taufan, tetap teguh berdiri walau seberat mana bebanan yang dipikul. Sangat mengagumi sifat cerdasnya Anissa dalam melayani karenah ayah sendiri yang terlalu konservatif, perangai suami yang macam syaitan..uffff..kalau akulah..sah pengsan tiap-tiap hari..:P

*Penegasan terhadap hak wanita. Apabila Anissa berjaya merungkaikan masalah wanita ketika menjadi kaunselor. Wanita ada hak untuk bebas dari belengu kekejaman lelaki bergelar suami.

*Menegaskan wanita boleh hidup tanpa suami, kerana di dunia nyata, isteri sanggup dilakukan seperti binatang dan tidak berani meminta cerai, kerana memikirkan nasib anak-anak yang tidak berbapa. Sila ambil pengarajaran. Wanita boleh hidup tanpa lelaki!

~ _____~

“Jangan sebut aku perempuan sejati jika hidup hanya berkalang lelaki. Tapi bukan berarti aku tidak butuh lelaki untuk aku cintai. (Nyai Ontosoroh)”..^___^

Tahu tak, perempuan tetap perempuan walau tanpa lelaki di sisinya, asalkan dia menjaga maruahnya, maka,tetaplah perempuan di sisi Penciptanya.

Psttt..jangan terpengaruh dengan apa yang aku tulis, ada baiknya kamu sendiri yang nonton ya..walaupun filem itu sudah basi..wekkk!

Selamat menonton semua! buang sisi gelapnya, ambil sisi terangnya ok..>________<