Salam,

Melampau!

Mentang-mentang kau ada mercun sesuka hati saja main letup-letup. Sampai sakit sudah jantung aku asyik terkinjat boboi dari tadi. Ishh..memang macam nak kena lempang. Bukan dah kena larang tak boleh bakar dan main mercun kan?Baiklah, kalau masih berkeras sangat main mercun, main dalam rumah sendiri. Orang sekeliling tidaklah terkejut gaban macam nak putus jantung. Aduhai.

Mereka kata, tiada mercun, tidaklah meriah raya. Ah! mengarut. Meriahnya hari raya dengan alunan takbir raya, bukan dengan dentuman mercun-apa-apa-ntah tu. Budaya mana entah diorang semua bawa. Bunyi dentuman dari semua penjuru, barat, utara, timur, selatan, macam main perang-perang bom dan kereta kebal.

Ehem…meh nak ceramah sikit.

Tak payah sebut hukum yang telah diputuskan oleh jemaah ulama’ atau sesiapa sahaja, mesti akan ditepis oleh sipemain mercun tegar. Biar siapa pun bercakap, jangan dilihat kepada siapa yang berkata tetapi dengar apa yang dikatakannya. Jangan jumud tidak bertamdun.

Melakukan apa-apa benda atau perkara yang memudaratkan kepada diri sendiri, harta benda, orang lain dan maruah adalah sangat ditegah dan diharamkan oleh Islam. Janganlah kamu mengguris hati jiran-jiran kamu.

Lagipun, membakar mercun seperti membakar duit. Membazir, baik kau beli ayam buat masak rendang, beli daging buat masak gulai tak pun, masuk sampul bagi dengan budak-budak yang datang rumah, ada juga faedahnya. Daripada kau bakar mercun, berbunyi sekali lepastu lesap sunyi, ditambah dengan maki hamun orang sekeliling yang terkejut, dapatlah dosa dan ‘doa’ dari mereka. T______T..(pssstt…seperti yang selalu aku buat bila terkinjat. Percuma dapat makian, reda sajalah sipemain mercun..:)

Manalah tahu, ada jiran-jiran dan orang sekeliling kita yang lemah jantung, tak boleh nak dengar perkara yang ‘tiba-tiba’ tanpa amaran, apalah nasib mereka. Cuba jalankan sosial responsibility kita sebagai manusia dan masyarakat. Beringat dengan orang lain. Pentingkan diri sendiri sama seperti sirabun yang tak mahu pakai kaca mata, sudah terlanggar orang tidak meminta maaf, malah dia pula cakap orang lain tak ada mata..^____^..erk! sangat hodoh. (Nasib saya sirabun yang sedar diri ~___~)

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula” (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Nah..mahu?sekarang Allah akan bayar kes. Kalau tak mahu dengar, main mercun dalam bilik sendiri. Muktamad. Erkkk..kalau mau main pun main mercun katak atau pun pop-pop saja. Hehe…>____<

Nah..main ni saja ya, kalau ketagih sangat pun..

 

Degil sangat. Nak tunggu sampai jadi macam inikah?

Ini angkara orang lain, dia menjadi mangsa. Siapa mahu bertanggungjawab?-Credit-google

Jiwa selamat tanpa mercun!

Akan mengurangkan sakit jantung di negara kita…^_____^