menu orang sakit..:)

Salam,

Jumaat lepas diserang gastrik. Seingat aku kali terakhir diserang gastrik pada bula Mei tahun lalu. Lama tak lama ‘dia’ menyepi. Jadi, petang masa berbuka memasak untuk diri sendiri menu di atas; bubur nasi cair, sawi tumis, sambal lobak masin dengan ikan bilis pedas dan sayap ayam bakar (beli).

Serius, tak ada benda yang boleh masuk tekak kecuali bubur nasi. Itu pun sedikit saja yang mampu ditelan. Sayap ayam bakar tu sepotong saja masuk mulut. Baki semua plan buat makan sahur, tak ada, tersungkur aku tertidur sampai subuh.Erk…esoknya, perut, berkeroncong lagu sedih. Alahai, nasiblah kau perut dapat tuan macam aku. T____T

Ikan bilis sambal campur sayur lobak asin dan cili..:)

Sambal bilis dan sayur lobak/sawi asin.

Ini all-time-favourite. Memang pasangan paling sepadan dengan bubur nasi tawar. Kalau sihat konfom dua mangkuk bubur masuk perut..kihkih..tapi tekak orang sakit, kesian, akhirnya terbuang dalam tong sampah, dah memang masak dengan portion seorang, sangat sikit. Sorry ya sebab membazir. Kalau di rumah bapa pun seorang peminat bubur selain mee makanan kegemarannya, bapa selalu minta mak masak ikan bilis sayur lobak/sawi asin ni. Yummy! silalah try makan. Saya gerenti anda akan tidak menyesal. For sure!

Sayur sawi tumis

Sayur sawi tumis.

Kebiasaannya bukan sawi jadi pilihan. Kangkung atau baby kailan, tetapi Jumaat tu malas mahu pergi pasar beli bahan mentah, godeh-godeh peti ais terjumpa dua rumpun sawi putih lebihan lepas buat mee goreng hari tu, nasib baik belum kuning daunnya. Oleh kerana makan seorang, maka hanya serumpun sawi sahaja digunakan. Sawi dikerat-kerat kemudian syeng-syeng atas kuali dengan bawang merah saja. Dasar pemalas. Tapi tak sedap, sebab tak rasa belacan dan pedas. Rasa ‘gantung’ saja makan.

Orang sakit memang mengada-ngada lebih!

Tapikan, kalau makan bubur nasi dengan sayur kangkung goreng sotong atau kailan ikan masin…fuhhh..memang superb! wa caya sama lu, mentua lalu depan tak perasan. Ok, lepas tu sayur pun jadi bahan dalam tong sampah. Sorry ya!

Bubur yang sengaja dicairkan

 Bubur nasi tawar.

Selalunya bubuh ayam dalam bubur, tapi bajet-orang-sakit-tak-larat-nak-pergi-pasar jadi buat bubur kosong sajalah.

Cincang ayam, tumis kejap dengan bawang dan halia, kemudian campak dalam bubur, juga sangat sedap. Adik aku paling teror masak bubur tu. Aku pernah try buat, tak menjadi, terlebih bubuh kunyit sampai bubur jadi warna kuning likat, siap tak kena makan dan free-free kena gelak abang-abang dan adik-adik yang jahat. So, sampai sekarang tak akan masak bubur untuk diorang. Masak untuk diri sendiri saja. Merajuk!

Bubur cair sebenarnya tak berapa sedap, kena pekat sikit, baru terasa nasi dan boleh dikunyah. Taklah rasa nak termuntah sangat. Tapi, aku mana-mana pun boleh, pekat, cair, putih, kuning semua belasah. Hehehe..:)

Good match!

Telur Masin.

Hah! yang ini pun sangat matching makan dengan bubur tawar. Tapi, serius, aku tak suka, sebab bau hanyir telur. Kadang-kadang kalau teringin baru gatal-gatal cubit sikit. Dengan syarat telur masin tak berbau hanyir.

^________^

Sayap ayam bakar ihsan dari adik

Sayap ayam bakar.

Add-on menu. Tidak wajib dimakan bersama bubur nasi tawar. Tapi tekak rasa nak makan, kebetulan adik pergi bazar, minta beli sampai dua ketul. Alhamdulillah, ada juga aku sentuh sekerat. Lebihan…emmm…

Kuah sambal bolehlah tahan.

 

Susu segar dari ladang

Susu segar.

Tekak craving for the susu.

Telefon member. Kebetulan dia di pasaraya depan rumah. Terus minta beli.

Aku:”Belikan bah susu Daily Fresh, kotak warna biru putih ada gambar lembu,”

Member:”OK”

Beberapa minit dia call.

Member:”Da, susu Fresh Milk kah?biru putih?”

Dia konfom kan semula.

Aku: “Iya, thanks dear,”

Terharu sebab ada yang tolong belikan. Ok, sampai rumah, OMG! bukan ini..bukan…bukan..tapi dalam hati sahaja. Takut siteman kecik hati. Oleh kerana rasa ingin kansusu dari tengah hari, terus minum. Ya Allah! susu itu rasanya macam susu segar yang baru diperah dari susu si ibu lembu. Package, ada bau lembu atau tahi lembu. Terus buang. Yewww! kenapa begitu rasanya. First time minum susu jenama itu.

Aku yang bersalah. Cuba perhati gambar, sebenarnya aku minta beli susu jenama Daily Dairy..kihkih..itu memang pure susu segar dari Kundasang, made in Sabah bah. Sedap! Bukan Daily Fresh..hihi..:)

Apa-apa pun terima kasih Jiebam dear, love you-lah.

Bubur nasi beras bario

Bubur nasi perang berasa bario.

Beras perang ni asal dari Sarawak dan Sabah. Borneo. Sangat wangi dan manis. Sedap sangat buat bubur. Serius. Beras sangat mahal. Ini salah satu bubur nasi yang aku sarankan kamu cuba, sangat superb. Betul.

Ok,lah diharap siapa yang sakit dan tekak tak nak terima makan berminyak, silalah cuba makan bubur. Back to basic. Time kecilkan makan bubur..hehe…:)