Archive for Oktober 2012

Jatuh Cinta Kesekian Kalinya

Salam,

Ah! tajuk berkobar-kobar macam iya-iya saja. Kalau mak atau akak-akak aku baca tajuk entri mesti tambah berkobar diorang menyiasat siapakah gerangan yang membolehkan aku jatuh.

Haruslah akan ku jawab “Andrea Hirata!” sambil senyum meleret sampai bawa dalam tidur. Mimpi.

Ya, hanya mimpi di siang hari sayang. Jangan lebih-lebih. Dan sekarang aku kembali ‘buka’ playlist lagu-lagu zaman muda; David Archuleta, MLTR, Salem, Miley Cyrus, Taylor Swift, nah! pengemar lagu soul yang tegar. Semua yang tangkap syahdu, itu pun selepas membaca novel Mas Andrea Hirata-pujaan-kalbu-ku. (Macam nak kena lempang laju-laju sampai hilang ingatan!)

Cinta di Dalam Gelas dan Padang Bulan, buat aku jatuh ‘cinta’ kesekian kalinya pada karya penulis novel Laskar Pelangi itu. Imbas kembali bila aku kenal dan terus jatuh cinta dengan Andrea Hirata. 2008- seorang professor di universiti kami baru pulang dari perjalanan seninya dari Indonesia. Beliau balik dengan membawa buah tangan yang tidak disangka menjadi kesukaan pelajar jurusan Komunikasi. Beliau sibuk bercerita buah tangan yang dibawanya adalah sebuah karya agung Andrea Hirata dan menjadi bualan seantero Indonesia dalam dunia penyiaran dan media.

Laskar Pelangi, karya itu. Profesor sempat tunjukkan novel Laskar Pelangi berkulit keras dan tebal beserta DVD yang mengandungi wawancara penulis buku dan pelakon filem dalam satu program di media elektronik Indonesia yang diberikan seorang teman kepadanya. Ya, mula-mula tak ambil pusing sebab waktu tu aku ambil jurusan Kewartawanan, jadi bidang penyiaran bukan pilihan.

Dijadikan cerita, beberapa bulan kemudian ternyata karya itu menjadi ‘book & box office’ keduanya, novel dan filem.

Ah! aku sekali lagi kalah dalam keegoan. Tidak suka bermakna tidak bermanfaat.

2009 baru terbaca karya Laskar Pelangi. Dua kali aku khatam. Mesti dengan iringan tawa dan tangis. Novel itu membuai aku menggembara dalam cerita Ikal, Lintang dan kanak-kanak sekolah Laskar Pelangi.

Tetapi filemnya tak pernah aku khatam menonton. Aku lebih sayang pada karya novelnya. Kan, aku suka penulisan bukan penyiaran. ^____^

Sekali lagi, tidak suka tidak bermakna tidak bermanfaat, sayang!

Cinta di Dalam Gelas dan Padang Bulan.

~terima kasih pakcik google, credit~

~terima kasih pakcik google~ credit

Novel kesinambungan Ikal, watak utama dalam Laskar Pelangi. Si Ikal yang waktu itu masih kanak-kanak, kemudian berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dan kembali ke kampung tidak bekerja.

Semuanya bermula di sebuah kampung Melayu dan sebuah kedai kopi.

“Lelaki muda, sihat afiat, terang fikiran dan punya ijazah, tidak bekerja? Sepatutnya disiram dengan kopi panas!” begitu ancaman terakhir ibu menyebabkan Ikal terpaksa bekerja sebagai pembantu warung kopi pamannya; Warung Kopi Usah Kau Kenang Lagi.

Bermula daripada itu, maka terlahirlah buku topografi orang Melayu; Buku Besar Peminum Kopi, nukilan Ikal a.k.a boi a.k.a bujang. Kerja partime selain menghidang dan membuat kopi, serta menelan bulat-bulat amarah pamannya, dia juga sempat berkarya dalam buku itu. Juga, jangan tidak tahu Ikal seorang doktor tidak bertauliah sesuka hati memberi ‘penyakit’ kepada orang.

Orang dipanggil Selamot sebagai Chip, bernama asli Syahruddin bin Salmun. Jika orang lain marah diberi nama julukan, Syahruddin malah meminta dengan sangat agar setiap orang memanggilnya Chip. Senang digelar yang tidak-tidak adalah sakit gila nombor 17.

Mereka yang minum daripada gelas kosong, seolah-olah ada kopi di dalamnya – sakit gila nombor 27.

Dan banyak lagi contoh-contoh ‘gila yang bernombor’ yang diberikan Ikal.

Ikal juga sebagai guru moral.

Pelajaran moral nombor 20: persoalan syahwat adalah asal muasal penyakit jiwa keperibadian ganda.

Apabila tiba bahagian buku besar itu aku akan ketawa tahap alam, gelak seolah-olah aku yang berada di sana bersama Ikal memerhatikan pelanggan warung kopi paman dan saling mengkritik dan sama-sama membukukannya. Alangkah!

Oh, terlupa, di situ Ikal akan jadi ahli psikologi ilmiah pula. Membuat kesimpulan sebegini,

Mereka yang minum kopi dengan straw bukan kekasih biduan. Mereka yang menjual kopi dengan harga lebih daripada sepuluh ribu rupiah – pemuja setan. Anak yang disuruh ibunya membeli kopi, tetapi pulang membawa belacan – waktu kecil pernah kena sawan.

Ringkasnya novel ini, bermula apabila cintanya (Ikal) dikhianati oleh A Ling, gadis Tionghua dari Nampung Miskin, percubaan untuk menentang seteru yang merampas cintanya dengan bermain catur, pingpong dan bola sepak, diakhiri dengan percubaan untuk menjadi tinggi yang sedikit meragut nyawanya. Semua bercampur baur, semangat, sedih, kasihan, lucu tahap tak boleh bayang dan fiksyen juga.

Dicampur dengan cerita detektif swasta M. Nur yang melatih burung merpatinya sebagai pos bergerak, kisah Maryamah (Enong) yang belajar bermain catur semata-mata hendak melawan bekas suaminya, cerita si peminum kopi, cerita grand master Nochka sipemain catur dunia dan cerita berkisar kehidupan penuh ceria dan hamisnya orang bersarung, Melayu dan Tionghua di kampung terpencil di Indonesia yang Ikal bilang tidak terkandung dalam peta.

Paling aku suka apabila Ikal menginterpretasikan watak, situasi, suasana, keadaan dengan pemerhatian dan pengkisahan ceritanya yang detail. Sangat betul dan seolah-olah realiti.

Ya, aku jatuh cinta berulang kali dengan novel ini. Anehnya, buku ini sekali sahaja aku menangis, ketika ayah Maryamah @ Enong meninggal, seterusnya lebih kepada ketawa dan gelak tahap gila, kelucuan dengan lawak dan humor penulis. Serius, lawak dalam novel ini sangat bersahaja tetapi tidak pernah terfikir oleh otak orang biasa. Contohnya situasi Ikal menaiki basikal roket Chip untuk ke pekan.

“Perhatikan boi! Ini menyangkut keselamatan!” herdiknay (Chip)

“Dan ini paling penting!” Aku menegakkan badan. Dia menunjukkan lempeng aluminium tadi.

“Cuba baca yang keras!”

“Fasten seat belt while seated! Life vest under your seat!”

“Fahamkah kau ertinya?”

Aku faham, tetapi menggeleng.

“Tentu sahaja kau tidak faham! Tahu apa kau itu! Baiklah kuberitahu kepadamu ertinya!”

Aku mengangkat wajah, kupandang dia dengan wajah penuh harap akan jawapan.

“Ertinya adalah, dilarang mengeluarkan anggota badan!”

Kali ini aku benar-benar tidak dapat menahan diri. Aku terkekeh sampai kaku perutku.

Dan contoh satu lagi.

Motor itu sudah buruk. Dinaiki seperti mahu meletus. Bunyinya macam campuran bunyi mesin kisar biji kopi, bunyi orang batuk kering dan tawa pontianak.

Hebat. Sangat tidak menyesal membeli novel ini. Ok, kalian sila menjamu selera dengan hidangan Buku Besar Peminum Kopi, terhimpun pelbagai kisah dalamnya.

Ya, aku jatuh lagi…^____^

Untuk sinopsis sila ke sini. Terima kasih tuan blog. Saya kongsi ya.

Tidak Tergenggam

Cinta, ditaburkan dari langit

Lelaki dan wanita menengadahkan tangan

berebut-rebut menangkapnya

Banyak yang mendapat segantang

Semakin banyak

Semakin tidak tergenggam

Andrea Hirata

Cinta di Dalam Gelas

16 Oktober 2012

Manusia VS Keldai

Hi,

Kadang-kadang manusia ni lebih degil dan bodoh daripada keldai. Alahai, kesian sikeldai disamakan dengan orang macam ni.

Admit it, there is a side to you that I never knew.

Terasa mahu memaki. Nah, ambillah itu wahai orang yang seperi keldai.

Makian paling teruk aku pernah bagi orang.

Stupid idiotic person!

Sekian.

Tanggapan Pertama

Salam,

First impressions!

Tanggapan pertama!

Orang putih cakap “First impression is that mark you!”

Tanggapan pertama seolah-olah kau dibagi cap mohor di dahi, and labeling something proven by first impression.

Sangat berkuasa. Jangan disebabkan ‘first impression’ kamu akan dilabel dengan sesuatu atau sebegitu selamanya. Kalau baik, sangatlah bersyukur, tetapi jika tak elok…(tolong fikir sendiri)

How good you can judge people by your own first impressions? Yes, I’m good on it. Very good. But, usually, or many time (kut) I was wrong..hehe..itulah, judge people through ‘sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya’. Terrorlah sangat.

Sound like cliche, but this is true, we, all the time easily judging people by their own face, personality, smiling, characters and mostly ‘how they look like’. Then, when we know he/she closely, hanging-out, working, ‘umpat’ing, meeting, eating together the true color of his/her are reveal. Di situlah, kau tahu, kau salah judge orang. Kihkih…^____^

I remember when I was at secondary school, the junior very scared on me because they said ‘muka saya nampak garang’. Hahaha..patutlah ramai tak tegur kalau berpapasan di tangga atau dewan makan. Takut tengok muka gangster rupanya. Dan, akhirnya, diorang tahu juga aku seorang pelawak.

Mula-mula masuk kerja dulu pun ramai member cakap, “Eh, ingatkan kau ni alim, serius, tak boleh bawa gurau-gurau,”hehehe..sangat lucu, sekarang baru korang tahu, aku lagi yang lebih-lebih tak pemlau sekarang kan?

Tips. Sangat mudah untuk tidak ‘ter’salah interpret, ‘ter’salah judge, ‘ter’salah nilai ‘first impression’ orang lain, through communication. Communication’s function is very wide.

Kau kalau kau mahu kenal orang, make a contact, create a realationship, what do you do?Just waiting and keep as secret? Rugilah. Sampai ke mati kau hidup sendiri. (Alamak! macam terkena batang hidung sendiri saja tu)

Pertama, komunikasi.

Kedua, mendengar.

Ketiga, memahami.

Keempat, bertindak balas.

As simple as that kan?

Oh! bila aku sudah bagi lecture..<—-tak puas-puas lecture di dalam kelas.

Hello, a good communicator; who is can react and reponse to the others. Bertindak balas menunjukkan kamu mendengar dan memahami. Barulah conversation will happen smoothly. Kalau partner sorang je yang syok sendiri bercakap and no reponse, what you do, if..if..the person that was ‘syok’ sendiri adalah kamu? dan cuba terbalikkan situasi itu pula kepada orang lain.

Walaweh. Sah, pelajar pun pening.

Yalah, kalau tak kenal maka tak cinta. kan? Jadi daripada kita terus menerus salah menilai, ada baiknya berkomunikasi untuk mengelakkan ketersalahfahaman (errr…ada tak perkataan ni dalam DBP?).

Secara peribadi (ikhlas ni mengaku) aku akan menilai seseorang dengan tanggapan pertama. Pertama kali jumpa dia, berinteraksi dengan dia dan penerimaan dia. Daripada tanggapan pertama itulah akan aku ingat sampai bila-bila, biarpun sebenarnya bukan itu yang sebenarnya. Hehehe..skeptikal punya otak memang begini..T____T

Hehehe…apalah aku merapu-merhaban ni kan. Entahlah, beberapa hari ini aku semacam menjadi pemerhati tidak bertauliah. Suka perhatikan orang lain daripada lisannya, daripada bahasa bukan lisannya;air muka, gerak badan, malahan dari cara dia menangani emosi. Syukur, banyak pengajaran yang aku dapat. Syukur juga aku di kelilingi dengan pelbagai ragam dan perangai manusia (kadang-kadang pening juga kepala otak), itu semua menjadikan aku seorang pemikir yang aktif. Tak sia-sia fungsi otak..hihi..(<—tipu!)

Adalah, sekali-sekali rasa beruntungnya being ME, tetapi berkali-kali selalu kata beruntungnya orang lain. Apa kelebihan mereka berbanding aku?Apa yang aku ada, mereka pun ada. Tak adil. Huarghhhh..kalau sudah datang aura jahat sebegini, harus dilempang diri sendiri laju-laju. Alhamdulillah, iman masih ada. Ececeh..syukur nak masih tertulus jalan pulang. Kalau tak sudah sana kena panah petir sebab tak tahu bersyukur. Biasalah, manusiakan. Siapa manusia, tahulah apa yang aku rasa, tetapi kalau dia tak pernah rasa seperti yang aku rasa bukan manusialah tu. Mungkin malaikat jadi-jadian kut.

Alamak! lari topik. Sorry. Kembali ke jalan yang lurus.

Emmm…itulah tu. Jangan menilai orang lain secara keseluruhannya daripada tanggapan atau pandangan pertama. Mungkin ketika tanggapan pertama itu berlaku, individu tersebut sedang sakit gigi ke, senggugut ke, kena ulser mulut ke, tak pun sembelit, manalah larat mahu senyum bagai, say Hi, Hello itu ini kan?

Kau rasa orang sakit gigi atau kena ulser mulut boleh senyum kah?

Oh! cannot sekali.

Oklah, moralnya di sini, harus berhati-hati dengan first impression ya.

Jadi, kalau mahu dinilai dengan yang baik-baik, haruslah tunjukkan muka manis, senyuman ramah, bersopan (kalaulah) barulah orang tidak salah judge. Mudah seperti meludah. Eh! salah, senang seperti makan kacang. Tapikan macam “Mudah seperti meludah’ lagi ngam. Yelah, kita kalau dah meludah tak dapat nak jilat balik air liur kan. Begitu juga dengan first impression, sudah orang judge dengan tanggapan dan pandangan pertama,  nah, sampai bila-bila orang akan ingat. Percaya?

Pssssttt…sebenarnya, kenapa entri first impression jadi pilihan, sebab terkena baru-baru ini, akibat terlalu taksub berpegang kepada ‘first impression’ akhirnya makan diri…huarghhhh..terima kasih. Pengajaran hidup.