Salam,

Tiga hari lepas, ada seorang kawan yang telah hilang hampir 3 tahun muncul kembali. Sebelum ini tiada sebarang berita aku dengar daripada dia. Kali terakhir jumpa dia hari raya 2009 kemudian hilang begitu sahaja.

Hmmm…tak tahu kenapa tiba-tiba dia kembali menitipkan mesej untuk aku dengan soalan ringkas bertanya aku apa khabar dan kerja di mana sekarang. Itu sahaja, lepas aku jawab dan tanya dia di mana sekarang, dia pun lesap kembali. Hanya dua mesej. Ya, sahaja. Setelah tiga tahun dia menyepi. WTHeck!

Entahlah, kadang-kadang benda yang tiba-tiba itu membawa mesej tertentu. Hati berdebar tidak tentu arah. Alahai sahabat, kenapa buat begitu. Kau buat aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Jauh-jauh ya Allah. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada mu dan keluarga.

Satu sahaja kau ingat, aku sentiasa mengingati kau dan mendoakan kesejahteraan mu..