Archive for Januari 2013

Tips jangan tersalah pilih isteri

Salam,

Hari ini saya bagi tips bagi para teruna di luar sana macam mana mahu pilih isteri yang luar dalam memang cantik. Bukan make-up saja tebal seinci, tetapi hancur..:)

Credit: Tuan punya gambar dan pakcik google

Credit: Tuan punya gambar dan pakcik google

Ini tips yang selalu Mak uar-uarkan kepada kami ketika dia mendidik anak-anak perempuannya.

1. Tengok bontot kuali atau bontot periuk

Orang zaman dulu-dulu kalau nak cari bini, Mak siteruna akan sekodeng dapur rumah sigadis. Kalau bontot kuali bersih berkilat, sah boleh jadi menantu..:)

Notakaki:
Gadis zaman dahulu tak kerja, jadi adalah masa nak sental bontot kuali dan periuk segala kan..:)
Gadis zaman sekarang dapur pun kat kedai, dapur memang tiada asap..silap haribulan kuali dan periuk pun tak dapat beza..kan?..:P

2. Bilik tidur

Jangan sampai lantai pun tak ada ruang nak pijak..sudah..alamatnya…

Nah, kalau bilik peribadi sendiri tak pandai bagi bersih apa lagi kalau sudah berlaki, rumah mesti tunggang langgang kan? Hah, daripada situ kita akan dapat menilai gadis ini. Dalam bilik tiada siapa yang tahu, bersepah ke, tunggang terbalik ke, baju bergantungan ke, katil tak kemas ke, cadar dan sarung bantal dah berdaki seinci ke, orang tak peduli, hanya si gadis sahaja yang tahu. Itu menunjukan komunikasi tanpa lisan. Tak perlu tanya si gadis “Awak ni pembersih dan teliti tak dalam pengurusan rumah tangga?”. Tak perlu, hanya lihat kamu dapat menilai si gadis dapat mengurus rumah tangga atau tidak..^___^

Notakaki:
Tapi sang teruna jangan berani-berani masuk bilik tidur si gadis sebelum sah ikatan, tapi kalau nak kena rasa parang si ayah dipersilakan.

3. Tengok kuku kaki

Mak saya sangat perihatin bab-bab kuku kaki anak-anak perempuannya. Masa saya muda remaja dulu, kakak saya selalu ambil alih tugas mak potong kuku. Akak saya akan sental kuku kaki dengan pencuci kuku yang warna pink dan orange, pastu dia korek sampai hilang daki-daki yang kat tepi jari tu. Sakit memang sakit, tetapi hasil memang rapi.
Mak saya kata mentang-mentang kuku kaki tu tersembunyi dalam kasut tak semestinya tak nak bagi bersih, kuku akan efek bau kaki.
Yelah, kitakan selalu concern dengan kuku tangan yang zahirnya kita nampak setiap masa, tak ada orang yang kisah pun dengan kuku kaki kamu. Paling menonjol adalah kuku tangan, itu buat makan, kuku itu juga nampak ketika buat kerja, untuk cebok pun guna tu juga..:P

Notakaki:
Orang zaman sekarang dah pergi kedai buat manicure and pedicure kan? Jangan tertipu..

4. Tandas dan bilik air
Ok, sila tengok mangkuk tandas rumah si gadis, adakah putih berkilat atau kuning berdaki?tak pun cuma pijak lantai bilik air si gadis, licin atau tidak?

Kalau dah nampak toilet bowl pun sampai berdaki dan hati berkata-kata nak guna, damn! sah si gadis tak kisah pun dengan kebersihan ‘tempat peribadi’ di mana si dia ‘bermeditasi’.

Lantai bilik air kalau kau pijak rasa macam nak tegelincir, sama juga macam dia tak mandi…:P

Notakaki:
Serupa tak basuh selepas menyahut panggilan alam dan tak mandi berhari-hari…:)

5. Cara makan
Perempuan, kalau nak tengok dia ni cermat atau lemah lembut, sila perhati ketika dia sedang makan. Cermat bermaksud tidak clumsy, gelojoh, sentiasa tenang dan positif.

Kalau makan pun comot, sememeh sampai ke baju..faham-faham sajalah.

Notakaki:
Bagi kaum lelaki pula, kalau nak tengok macam mana keperibadian dia ketika melakukan perhubungan intim, sila perhati gaya makan mereka..:)

6. Tumit kaki

Ya, tumit kaki kena bersihkan tiap-tiap kali mandi. Kalau sampai tak nampak urat sudah, memang entah berapa abad tak pernah sental.

Notakaki:
Mandi kalau sental badan saja tak bermakna, walhal kaki lah yang selalu terdedah dengan kotoran..:)

Aku, kerja dan pelajar

Salam,

Sambil memantau pelajar-pelajar ambil ujian hari ini, rajin pulak tangan mengupdate entri..haisshhh..buat-buat lupa padahal banyaknya kerja kena settle kan ni. Tapi, aku kan gila kentang slumber-badak buat kerja last minute, so the outcome of course as you wish will get ‘somethingfancy’ from ‘the last minute’ punya kerja.

Oppss! adik-adik jangan ikut ahkak, ahkak dah 45 tahun hidup di dunia, terlalu banyak makan garam tu yang otak sewel sikit. Ingat tu, yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan pengajaran..:P

Mungkin beginilah aku tua nanti kan..hahaha..perasan..credit:tuan punya gambar dan pakcik google

Mungkin beginilah aku tua nanti kan..hahaha..perasan..credit:tuan punya gambar dan pakcik google

Ok, the things that I should settle down in short day ini ialah
i. Proposal to organize World Book Day middle of Mac..<—- yang ini sepatutnya pelajar yang buat tapi I kan murah hati..:)
ii. Notes; should be my note will updated every semester, but emmm..emmm..I malas..so, students, just bersyukur dengan adanya nota itu, tak perlu mahu yang lates bagai ok..sama saja pon! (larriiii…)
iii. Kena design flyers untuk meminta bantuan orang ramai menyumbangkan buku-buku terpakai mereka. Ok, I got it, its terrible one, sebab aku tak pandai design.
iv. Belum terfikir mahu bagi tugasan apa kepada pelajar.
v. Belum mengupdate 'bank soalan'..dekat-dekat nak exam nanti baru separuh mati 'mencipta' soalan kreatif.

Dan banyak lagilah..huhu..

#Lucu aku perhatikan riak wajah pelajar-pelajar..susah le tu soalan aku. Terkebil-kebil, pandang siling, pandang kertas semula, ada yang termenung jauh..hey, macha! aku dah inform korang ada ujian dari minggu lalu lagi kan? Hujung minggu korang buat apa?

45 minit bagi peluang dengan pelajar menjawab ujian..Good Luck!
Gelagat pelajar, ada yang pengsan sudah, urut-urut batang leher, main pen..credit: terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Gelagat pelajar, ada yang pengsan sudah, urut-urut batang leher, main pen..credit: terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Hahaha..aksi terbaru melurut rambut dengan pen!
How creative you are student.
Eh! saya puasa ganti hari ini. Apa mahu makan buka puasa nanti ya?
Plan mau buat spageti ikan sardin, bahan ada yang ada kecuali tomato. Senang. Jom menu berbuka hari ini western sikit.
Ok, lah apa-apa pun GOOD LUCK me and you-student!

gd

Kenapa saya perlu bersyukur?

Salam,

Perlu, sangat perlu untuk saya dan kamu untuk bersyukur kepada Ilahi. Banyak perkara yang mewajibkan kita berterima kasih kepada Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah.

1. Saya ada keluarga bahagia

My big family ever. I love you all with my heart.

My big family ever. I love you all with my heart.

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Keluarga saya, keluarga besar, sangat besar dan meriah…^___^
Saya ada Mak dan Bapa yang outstanding gojes dan sangat mulia. Tanpa mereka entah apalah jadi kami adik beradik. Banyak budi dan jasa mereka terhadap saya dan adik beradik. Mereka sangat memahami, sangat cool dan penyayang.
Saya ada abang dan kakak yang baik, pengasih dan sangat membantu dikala susah. Saya ada 3 orang abang dan 3 orang kakak.
Saya ada 4 orang adik, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Saya ada 10 orang anak saudara-yang-cute-comel-loteh-dan-penghibur. Betapa bertuahnya saya kan?. Syukur ya Allah.
Opppsss! belum termasuk ipar duai saya..abang ipar 3 orang, dan kakak ipar 2 orang..:P
Dulu masa sekolah rendah dan menengah Mak dan Bapa yang bertanggungjawab ke atas saya. Meningkat remaja masuk universiti turn akak dan abang menjaga saya, beri saya perbelanjaan semasa di universiti, jadi kaki dan tangan serta kenderaan yang saya perlukan. Hari ini saya masih bergantung pada mereka. Merekalah penunjuk dan teladan saya. Saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya tidak ada mereka semua.
Syukur teramat ya Allah..:)
Seronok kan?

2) Saya mempunyai pekerjaan
Alhamdulillah, selepas saya habis belajar saya tidak menganggur sampai sekarang. Saya hanya bercuti rehat sahaja selama lebih 3 bulan (kunun..:)
Biarpun bukan kerjaya pilihan, tetapi syukurt tetap memberikan saya nafkah setiap bulan. Kerja pun bukan berat sangat. Duduk 9 jam di pejabat dan mengajar whatever you want…:P
Tapi saya happy! happy! happy!
Please, ya Allah! please give me a full gratitude on your fate..and I’ll try my best..syukur alhamdulillah.

3) Saya masih sihat walafiat

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Saya masih boleh berjimba-jimba, berzumba-zumba, bersalsa (konon!). Ya, saya masih mampu makan sendiri, berjalan ke kedai sendiri membeli makanan, colgate, sabun mandi, masih mampu meningati resepi dan memasak, berupaya untuk mandi sendiri, pergi tandas tanpa bantuan orang lain, bernafas menggunakan hidung, makan menggunakan mulut, kencing secara normal dan masih boleh memakai pakaian sendiri serta mengemas tempat tidur sendiri. BUKAN dengan bantuan orang lain. BUKAN itu satu kewajipan untuk saya bersyukur?
Ya, saya teramat bersyukur.
Rasa malu jika kita rasa kita paling miskin, paling sakit, paling malang dan paling susah. Shame on you!

4) Saya ada kawan-kawan

My friends of MINE..<3

My friends of MINE..<3

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you'll a lot..

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you’ll a lot..

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Ya, walaupun kadang kami tidak sefahaman, tapi itulah kawan kan?saya ada pelbagai ragam kawan, kawan dari sekolah rendah, menengah, uni dan terbaru di tempat kerja.
Syukur, merekalah pengganti ketika kita jauh daripada keluarga..:)
Saya masih boleh hang out dengan mereka, berjimba, lepak, makan-makan, gelak-tawa..semua kami kongsi bersama. Mereka yang bersama saya ketika saya maih belajar memahami hidup dan masih cuba untuk bersahabat dengan keperitan dan tipu helah manusia. Ya, merekalah yang menjadi buku panduan dan kamus perjalanan kehidupan saya. Ceeewwwaahhh! tak boleh blah ayat. Sila kalau mahu muntah!
Syukur..syukur…

5) Saya ada ‘boyfriend(s)’

Hahaha..melawak..saya ada BF yang selalu cari gaduh..ni hah..

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Actually, there have a lot of things and circumstances that you can make as a reason to be thankful and grateful. The things that I mentioned above is actually four main things that every person has, right?

Starting today, I’ll learn to be grateful, which means, me and you can ‘MUHASABAH’ every day and listing all the good things that happen in a day and if you can, please do every day. Unconsciously, we will smile and be grateful .. believe me .. ūüôā

Syukur alhamdulillah…:)

Sumbangan Buku Terpakai

Credit:
Terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Credit:
Terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Salam,

Bersempena Hari Buku Sedunia Mac ini, saya merancang untuk membuat satu aktiviti di kampus tempat saya mengajar. Saya memerlukan pertolongan anda sekalian untuk menyumbangkan buku-buku terpakai, buku-buku yang anda sudah tidak ingin menggunakannya dan apa-apa jenis buku pun.

Saya memerlukan bahan pameran untuk aktiviti amal ini. Diharap kalian boleh membantu saya dan pelajar-pelajar saya merealisasikan majlis ini.

Wah…entri bukan main formal..^___^

Jika tuan/puan prihatin ingin menyumbangkan bahan bacaan boleh menghantar ke alamat seperti berikut:

Rasidah Misni,
Kolej Yayasan Sabah,
City campus Sembulan,
Jalan Ibu Pejabat JKR,
Off Jalan Mat Salleh,
88100 Kota Kinabalu, Sabah.

Terima kasih.

Resepi pelik dan kreatif

Kamu perasankah ada beberapa jenis makanan tempatan yang tidak ngam atau ‘match’ kombinasinya tetapi sedap dan boleh diterima tekak?

1. Tempoyak (durian) dan ikan.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Aku memang tak boleh makan masakan gulai tempoyak dan ikan. Apa jenis ikan pun. Paling popular mestilah gulai tempoyak ikan patin. Bagi aku tak ngam langsung. Durian + ikan. OMG! seram.
Pernah juga mencuba, tetapi tetap tekak tak boleh terima. Bau durian dulu sampai kat tekak kemudian rasa ikan. Kau ingat apa rasa kalau durian dan hanyir ikan dicampur? huhu..Tetapi bagi orang lain sedap hingga menjilat jari kan. Ok, berbahagialah kamu dengan menu ini. Syukur, kurang satu kepala sebagai pesaing..^___^

2. Pulut dan mangga.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Pernah makan? memang diakui kreatif dan sedap. Aku pernah makan. Aku mula kenal benda ni pun daripada tuan rumah lama yang memang rajin dan kreatif memasak.
Kalau tidak silap resepi ini berasal dari Thailand kan?
Rasanya menu ni sedikit sesuai, sebab kombinasi, manis lemak dan masam manis. Superb gila! Tapi tak boleh makan banyak, sangat membunuh kesihatan badan. Yelah, belum kira pulut yang melembabkan otak, ditambah dengan pati santan yang manis leting (orang Kelate goyak) pekat memikat itewww..membuatkan anda koma kalau makan banyak..^___^

4. Karipap inti mee.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Hah! yang ni kat Sabah sahaja ada (kut). Baru kelmarin aku makan. Dulu semasa sekolah menegah ada lah sekali-sekala kena serve di asrama, masa tu confirm aku campak bagi kat member, sebab pelik, karipap inti mee? sungguh kreatif. Ok, aku admit. Aku tak pernah terfikir pun.
Paling-paling pun selalu kita melantak karipap inti kentang, ubi manis atau sardin kan tapi yang ini MEEEEE..sangat berterima kasih kepada individu yang mencipta resepi ini.
Orang cakap makan karipap ini dengan cecah sambal pedas dan manis. Ya, sangat sedap..^____^..tak cuba maka tak chentaaa!

5. Popiah pisang.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ya Allah! yang ini rasa macam nak lempang pencipta menu. Kreatif tahap Einstein. Tapi tak boleh blah bab bahagian rasa. Makanan ini pun tekak aku tak terima.
Aku tertipu dengan menu ini semasa meeting di tempat kerja hari tu. Berkobar-kobar nampak menu petang tu popiah. Kegemaran hamba ini. Semangat teruskan meeting. Bab makan sila serah pada aku..:P
Bila gigit je popiah rangup tu rasa pisang, sekali keluarkan dari mulut..apa ni?aku disabotaj ke?kenapa popiah ni ada pisang? lepas tu tanya member, popiah kau perisa pisang juga ke?hehhe..memanglah, satu kilang.
Apa lagi..terus ban resepi. Terima kasih tuan kafe sebab malas nak goreng sayur dan balut dengan kulit popiah atau bab nak save vajet! Itu persepsi aku. Lepas tu aku cuba tanya member-meber ofis lain pernah makan tak popiah pisang, diorang pun cakap pernah! sedap!..ok, aku selalu oudated..pastu minta pertolongan pakcik googel, ya, memang ada resepi itu. Sorry tuan kafe sebab buat andaian bukan-bukan pada kamu…^___^

6. Telur dan mayonis.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ala-ala barat sikit. Selalunya ada di menu sarapan fast food restaurant kan? Boleh la terima. Tetapi tak boleh makan banyak-banyak sekaligus, muak!
Tapi kalau telur dadar macam kat gambar tu nampak sedap kan..hehe..

7. Kerabu kaki ayam/perut

Hehehe..kalau bab makanan masam serah pada aku. Sedap! aku suka kerabu-kerabu ni semua. Syukur, nasib baik tak hanyir..:)
Kerabu kaki ayam pernah dah aku buat sendiri, memang sedap, tetapi kerabu perut belum lagi. Ada orang geli nak makan kaki ayam dan bahagian dalam haiwan kan?
Hehehe..aku bagitau kamu, part-part organ dalaman macam hati ayam atau lembu, jantung ayam, lidah lembu, paru atau limpa lembu semua aku boleh makan. Sedap apa, kan?hatta, ekor dan kaki lembu pun aku makan…:P.
Aku kalau kena buang dalam hutan pun boleh hidup (yeke?!)..^___^

8. Kuih cara berlauk.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Dulu masa duduk Sabah tak tahu ada kuih ni. Masa belajar di Semenajung dan balik kampung bapa di Melaka baru makan kuih ni. Makcik-makcik kat sana buat untuk hidangan kenduri.
Mula-mula konfius sikit, kuih cara tu manis pas tu bubuh lauk (daging atau isi ayam dan sayur) apa rasanya ye?tak hanyir ke? Aku memang alah dengan makanan hanyir.

Sekali rasa ok pula. Ok, tekak boleh terima kemudian tersenarai dalam carta kuih kegemaran..:P
Tapi, kadang-kadang aku terbeli juga daripada tuan buat kuih yang tak pandai buat, haruslah berbau hanyir..amat malang lah aku dikala rasa ingin membuak, sekali rasa bau hanyir..ok, cik pah (tong sampah) lah jawabnya. Semoga Allah mengampuni aku (tsktsk..)

9. Paceri nenas.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Biarpun menu ini sangat famous ketika kenduri kendara majlis kahwin atau kenduri arwah kat kampung aku dan mak adalah orang paling teror memasak menu ini, tetap aku tak pandai makan.
Nenas dimasak dan digoreng dengan minyak?
Nenas dan Minyak?
Nenas dan Minyak?
Oh…tak ngam langsung. Tolonglah mansuhkan resepi ini dari atas muka bumi. Akak-akak aku yang mempunyai test apa-apa-ntah memang tukang makan dan menu kegemaran.
Ok, kena admit, memang wangi dan menyelerakan. Sangat! tetapi apa boleh buat tekak I tak nak terima…:)

Rahasia Di Sebalik Wudhu

RAHASIA DI SEBALIK WUDHU
Thank pakcikgoogel dan empunya gambar..saya share ya..:)

Thank pakcikgoogel dan empunya gambar..saya share ya..:)

Allah itu Maha Besar. Setiap perbuatan baik ada ganjarannya..Selamat beramal sahabat.
¬†(1) Ketika¬†berkumur, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, ampunilah¬†dosa mulut¬†dan lidahku¬†ini”.
¬†(2) Ketika¬†membasuh¬†muka, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, putihkanlah¬†muka¬†ku di akhirat¬†kelak. Janganlah¬†Kau¬†hitamkan¬†muka¬†ku ini”.
(3) Ketika¬†membasuh¬†tangan¬†kanan, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, berikanlah¬†hisab-hisab¬†ku di tangan¬†kanan¬†ku ini”.
¬†(4) Ketika¬†membasuh¬†tangan¬†kiri, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, janganlah¬†Kau¬†berikan¬†hisab-hisab¬†ku di tangan¬†kiri¬†ku ini”.
(5) Ketika¬†membasuh¬†kepala, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, lindunganlah¬†daku¬†dari¬†terik¬†matahari¬†di padang¬†Mahsyar¬†dengan¬†Arasy Mu”.
(6) Ketika¬†membasuh¬†telinga, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, ampunilah¬†dosa telinga¬†ku ini”.
(7) Ketika¬†membasuh¬†kaki¬†kanan, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, permudahkanlah¬†aku¬†melintasi¬†titian¬†Siratul¬†Mustaqqim”.
(8) Ketika¬†membasuh¬†kaki¬†kiri, berniatlah¬†kamu¬†dengan, “Ya Allah, bawakanlah¬†daku¬†pergi¬†ke masjid-masjid, surau-surau¬†dan bukan¬†tempat-tempat¬†maksiat”.

Sahabat Rasulullah yang dijamin Syurga

Profil Singkat 10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Surga

Abu Bakar As-Siddiq

– Orang yang membenarkan perjalanan Isra’ Mi’raj Rasul SAW sehingga diberi gelaran As-Siddiq.
– Dicatat dalam surah At-Taubah, ayat ke-40.
– Digelar oleh Ali RA sebagai manusia paling berani di muka bumi.
– Seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.

Zubair bin Al-’Awwam

– Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di jalan Allah.
– Disiksa oleh bapak saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
– Umar RA menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentara Amru Al-As RA menentang tentara Rom.

Saad bin Waqas

– Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam.
– Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran.
– Dicatat dalam surah Luqman ayat ke-15.
-memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan Umar RA.

Abu ‚ÄėUbaidah Al-Jarrah

– Digelar Rasul SAW sebagai seorang kepercayaan umat ini.
– Dicatat dalam surah Al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
– Gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasululluah SAW.

Ali bin Abi Talib

– Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya. Berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.
– Dimuliakan oleh Rasul SAW sebagai gerbang kota ilmu.
– Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar RA.

Uthman bin ‚ÄėAffan

– Digelar Zunnur’ain (pemilik dua cahaya).
– Disifatkan Rasul SAW sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
– Membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki Yahudi untuk kegunaan umat Islam yang sedang berhijrah ke Madinah.
– Mengumpulkan Al-Qur’an dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

Umar Al-Khattab

– Digelar oleh Rasul SAW sebagai Al-Faruq (pemisah antara hak dan batil).
– Dikatakan bahwa iIlam sentiasa berada dalam kemenangan setelah ke-Islaman beliau.
– Para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
– Mengembangkan Islam dari Timur ke Barat dalam masa yang singkat.

Abdurrahman bin ‚ÄėAuf

– Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
– Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul SAW sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
– Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam sholat Rasul SAW.

Talhah bin Ubaidillah

– Disiksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
– Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar RA oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar Al-Qarinain (sepasang sahabat yang terikat).
– Digelar ‚ÄėSyahid yang hidup‚Äô, ‚ÄôTalhah yang baik‚Äô dan Talhah yang dermawan‚Äô.
– Lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus karena mempertahankan nabi.

Sa’id bin Zaid

– Beliau dan isterinya, Fatimah binti Khattab RA berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar RA.
– Menyertai kebanyakan perang menentang Rom, Kisra dan juga Parsi.
– Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah RA.
– Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita yang memfitnah dirinya dimakbulkan Allah, wanita itu menjadi buta dan mati.