Profil Singkat 10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Surga

Abu Bakar As-Siddiq

– Orang yang membenarkan perjalanan Isra’ Mi’raj Rasul SAW sehingga diberi gelaran As-Siddiq.
– Dicatat dalam surah At-Taubah, ayat ke-40.
– Digelar oleh Ali RA sebagai manusia paling berani di muka bumi.
– Seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.

Zubair bin Al-’Awwam

– Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di jalan Allah.
– Disiksa oleh bapak saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
– Umar RA menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentara Amru Al-As RA menentang tentara Rom.

Saad bin Waqas

– Terkenal dengan panahannya yang sentiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam.
– Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran.
– Dicatat dalam surah Luqman ayat ke-15.
-memimpin pasukan islam menentang tentera parsi ketika pemerintahan Umar RA.

Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah

– Digelar Rasul SAW sebagai seorang kepercayaan umat ini.
– Dicatat dalam surah Al-Mujadilah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
– Gigi-giginya tercabut akibat daripada menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasululluah SAW.

Ali bin Abi Talib

– Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya. Berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.
– Dimuliakan oleh Rasul SAW sebagai gerbang kota ilmu.
– Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan dan ilmu peperangan selain Umar RA.

Uthman bin ‘Affan

– Digelar Zunnur’ain (pemilik dua cahaya).
– Disifatkan Rasul SAW sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
– Membeli telaga berharga 20,000 dirham daripada lelaki Yahudi untuk kegunaan umat Islam yang sedang berhijrah ke Madinah.
– Mengumpulkan Al-Qur’an dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

Umar Al-Khattab

– Digelar oleh Rasul SAW sebagai Al-Faruq (pemisah antara hak dan batil).
– Dikatakan bahwa iIlam sentiasa berada dalam kemenangan setelah ke-Islaman beliau.
– Para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 daripada 10 cabang ilmu.
– Mengembangkan Islam dari Timur ke Barat dalam masa yang singkat.

Abdurrahman bin ‘Auf

– Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
– Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasul SAW sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
– Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam sholat Rasul SAW.

Talhah bin Ubaidillah

– Disiksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
– Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar RA oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar Al-Qarinain (sepasang sahabat yang terikat).
– Digelar ‘Syahid yang hidup’, ’Talhah yang baik’ dan Talhah yang dermawan’.
– Lebih 70 kesan luka dan jari-jarinya putus karena mempertahankan nabi.

Sa’id bin Zaid

– Beliau dan isterinya, Fatimah binti Khattab RA berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar RA.
– Menyertai kebanyakan perang menentang Rom, Kisra dan juga Parsi.
– Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah RA.
– Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita yang memfitnah dirinya dimakbulkan Allah, wanita itu menjadi buta dan mati.