Kamu perasankah ada beberapa jenis makanan tempatan yang tidak ngam atau ‘match’ kombinasinya tetapi sedap dan boleh diterima tekak?

1. Tempoyak (durian) dan ikan.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Aku memang tak boleh makan masakan gulai tempoyak dan ikan. Apa jenis ikan pun. Paling popular mestilah gulai tempoyak ikan patin. Bagi aku tak ngam langsung. Durian + ikan. OMG! seram.
Pernah juga mencuba, tetapi tetap tekak tak boleh terima. Bau durian dulu sampai kat tekak kemudian rasa ikan. Kau ingat apa rasa kalau durian dan hanyir ikan dicampur? huhu..Tetapi bagi orang lain sedap hingga menjilat jari kan. Ok, berbahagialah kamu dengan menu ini. Syukur, kurang satu kepala sebagai pesaing..^___^

2. Pulut dan mangga.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Pernah makan? memang diakui kreatif dan sedap. Aku pernah makan. Aku mula kenal benda ni pun daripada tuan rumah lama yang memang rajin dan kreatif memasak.
Kalau tidak silap resepi ini berasal dari Thailand kan?
Rasanya menu ni sedikit sesuai, sebab kombinasi, manis lemak dan masam manis. Superb gila! Tapi tak boleh makan banyak, sangat membunuh kesihatan badan. Yelah, belum kira pulut yang melembabkan otak, ditambah dengan pati santan yang manis leting (orang Kelate goyak) pekat memikat itewww..membuatkan anda koma kalau makan banyak..^___^

4. Karipap inti mee.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Hah! yang ni kat Sabah sahaja ada (kut). Baru kelmarin aku makan. Dulu semasa sekolah menegah ada lah sekali-sekala kena serve di asrama, masa tu confirm aku campak bagi kat member, sebab pelik, karipap inti mee? sungguh kreatif. Ok, aku admit. Aku tak pernah terfikir pun.
Paling-paling pun selalu kita melantak karipap inti kentang, ubi manis atau sardin kan tapi yang ini MEEEEE..sangat berterima kasih kepada individu yang mencipta resepi ini.
Orang cakap makan karipap ini dengan cecah sambal pedas dan manis. Ya, sangat sedap..^____^..tak cuba maka tak chentaaa!

5. Popiah pisang.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ya Allah! yang ini rasa macam nak lempang pencipta menu. Kreatif tahap Einstein. Tapi tak boleh blah bab bahagian rasa. Makanan ini pun tekak aku tak terima.
Aku tertipu dengan menu ini semasa meeting di tempat kerja hari tu. Berkobar-kobar nampak menu petang tu popiah. Kegemaran hamba ini. Semangat teruskan meeting. Bab makan sila serah pada aku..:P
Bila gigit je popiah rangup tu rasa pisang, sekali keluarkan dari mulut..apa ni?aku disabotaj ke?kenapa popiah ni ada pisang? lepas tu tanya member, popiah kau perisa pisang juga ke?hehhe..memanglah, satu kilang.
Apa lagi..terus ban resepi. Terima kasih tuan kafe sebab malas nak goreng sayur dan balut dengan kulit popiah atau bab nak save vajet! Itu persepsi aku. Lepas tu aku cuba tanya member-meber ofis lain pernah makan tak popiah pisang, diorang pun cakap pernah! sedap!..ok, aku selalu oudated..pastu minta pertolongan pakcik googel, ya, memang ada resepi itu. Sorry tuan kafe sebab buat andaian bukan-bukan pada kamu…^___^

6. Telur dan mayonis.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ala-ala barat sikit. Selalunya ada di menu sarapan fast food restaurant kan? Boleh la terima. Tetapi tak boleh makan banyak-banyak sekaligus, muak!
Tapi kalau telur dadar macam kat gambar tu nampak sedap kan..hehe..

7. Kerabu kaki ayam/perut

Hehehe..kalau bab makanan masam serah pada aku. Sedap! aku suka kerabu-kerabu ni semua. Syukur, nasib baik tak hanyir..:)
Kerabu kaki ayam pernah dah aku buat sendiri, memang sedap, tetapi kerabu perut belum lagi. Ada orang geli nak makan kaki ayam dan bahagian dalam haiwan kan?
Hehehe..aku bagitau kamu, part-part organ dalaman macam hati ayam atau lembu, jantung ayam, lidah lembu, paru atau limpa lembu semua aku boleh makan. Sedap apa, kan?hatta, ekor dan kaki lembu pun aku makan…:P.
Aku kalau kena buang dalam hutan pun boleh hidup (yeke?!)..^___^

8. Kuih cara berlauk.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Dulu masa duduk Sabah tak tahu ada kuih ni. Masa belajar di Semenajung dan balik kampung bapa di Melaka baru makan kuih ni. Makcik-makcik kat sana buat untuk hidangan kenduri.
Mula-mula konfius sikit, kuih cara tu manis pas tu bubuh lauk (daging atau isi ayam dan sayur) apa rasanya ye?tak hanyir ke? Aku memang alah dengan makanan hanyir.

Sekali rasa ok pula. Ok, tekak boleh terima kemudian tersenarai dalam carta kuih kegemaran..:P
Tapi, kadang-kadang aku terbeli juga daripada tuan buat kuih yang tak pandai buat, haruslah berbau hanyir..amat malang lah aku dikala rasa ingin membuak, sekali rasa bau hanyir..ok, cik pah (tong sampah) lah jawabnya. Semoga Allah mengampuni aku (tsktsk..)

9. Paceri nenas.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Biarpun menu ini sangat famous ketika kenduri kendara majlis kahwin atau kenduri arwah kat kampung aku dan mak adalah orang paling teror memasak menu ini, tetap aku tak pandai makan.
Nenas dimasak dan digoreng dengan minyak?
Nenas dan Minyak?
Nenas dan Minyak?
Oh…tak ngam langsung. Tolonglah mansuhkan resepi ini dari atas muka bumi. Akak-akak aku yang mempunyai test apa-apa-ntah memang tukang makan dan menu kegemaran.
Ok, kena admit, memang wangi dan menyelerakan. Sangat! tetapi apa boleh buat tekak I tak nak terima…:)