Salam,

Hari ini saya bagi tips bagi para teruna di luar sana macam mana mahu pilih isteri yang luar dalam memang cantik. Bukan make-up saja tebal seinci, tetapi hancur..:)

Credit: Tuan punya gambar dan pakcik google

Credit: Tuan punya gambar dan pakcik google

Ini tips yang selalu Mak uar-uarkan kepada kami ketika dia mendidik anak-anak perempuannya.

1. Tengok bontot kuali atau bontot periuk

Orang zaman dulu-dulu kalau nak cari bini, Mak siteruna akan sekodeng dapur rumah sigadis. Kalau bontot kuali bersih berkilat, sah boleh jadi menantu..:)

Notakaki:
Gadis zaman dahulu tak kerja, jadi adalah masa nak sental bontot kuali dan periuk segala kan..:)
Gadis zaman sekarang dapur pun kat kedai, dapur memang tiada asap..silap haribulan kuali dan periuk pun tak dapat beza..kan?..:P

2. Bilik tidur

Jangan sampai lantai pun tak ada ruang nak pijak..sudah..alamatnya…

Nah, kalau bilik peribadi sendiri tak pandai bagi bersih apa lagi kalau sudah berlaki, rumah mesti tunggang langgang kan? Hah, daripada situ kita akan dapat menilai gadis ini. Dalam bilik tiada siapa yang tahu, bersepah ke, tunggang terbalik ke, baju bergantungan ke, katil tak kemas ke, cadar dan sarung bantal dah berdaki seinci ke, orang tak peduli, hanya si gadis sahaja yang tahu. Itu menunjukan komunikasi tanpa lisan. Tak perlu tanya si gadis “Awak ni pembersih dan teliti tak dalam pengurusan rumah tangga?”. Tak perlu, hanya lihat kamu dapat menilai si gadis dapat mengurus rumah tangga atau tidak..^___^

Notakaki:
Tapi sang teruna jangan berani-berani masuk bilik tidur si gadis sebelum sah ikatan, tapi kalau nak kena rasa parang si ayah dipersilakan.

3. Tengok kuku kaki

Mak saya sangat perihatin bab-bab kuku kaki anak-anak perempuannya. Masa saya muda remaja dulu, kakak saya selalu ambil alih tugas mak potong kuku. Akak saya akan sental kuku kaki dengan pencuci kuku yang warna pink dan orange, pastu dia korek sampai hilang daki-daki yang kat tepi jari tu. Sakit memang sakit, tetapi hasil memang rapi.
Mak saya kata mentang-mentang kuku kaki tu tersembunyi dalam kasut tak semestinya tak nak bagi bersih, kuku akan efek bau kaki.
Yelah, kitakan selalu concern dengan kuku tangan yang zahirnya kita nampak setiap masa, tak ada orang yang kisah pun dengan kuku kaki kamu. Paling menonjol adalah kuku tangan, itu buat makan, kuku itu juga nampak ketika buat kerja, untuk cebok pun guna tu juga..:P

Notakaki:
Orang zaman sekarang dah pergi kedai buat manicure and pedicure kan? Jangan tertipu..

4. Tandas dan bilik air
Ok, sila tengok mangkuk tandas rumah si gadis, adakah putih berkilat atau kuning berdaki?tak pun cuma pijak lantai bilik air si gadis, licin atau tidak?

Kalau dah nampak toilet bowl pun sampai berdaki dan hati berkata-kata nak guna, damn! sah si gadis tak kisah pun dengan kebersihan ‘tempat peribadi’ di mana si dia ‘bermeditasi’.

Lantai bilik air kalau kau pijak rasa macam nak tegelincir, sama juga macam dia tak mandi…:P

Notakaki:
Serupa tak basuh selepas menyahut panggilan alam dan tak mandi berhari-hari…:)

5. Cara makan
Perempuan, kalau nak tengok dia ni cermat atau lemah lembut, sila perhati ketika dia sedang makan. Cermat bermaksud tidak clumsy, gelojoh, sentiasa tenang dan positif.

Kalau makan pun comot, sememeh sampai ke baju..faham-faham sajalah.

Notakaki:
Bagi kaum lelaki pula, kalau nak tengok macam mana keperibadian dia ketika melakukan perhubungan intim, sila perhati gaya makan mereka..:)

6. Tumit kaki

Ya, tumit kaki kena bersihkan tiap-tiap kali mandi. Kalau sampai tak nampak urat sudah, memang entah berapa abad tak pernah sental.

Notakaki:
Mandi kalau sental badan saja tak bermakna, walhal kaki lah yang selalu terdedah dengan kotoran..:)