Salam,

Budak rumah ada bawa balik buah limau oren dari ofisnya yang super-duper marvelous! sedap! manis! bermadu! Mula-mula kena pelawa malu-malu kucing lagi mau tak mau makan, sekali sebiji masuk perut macam semua mahu bawa masuk bilik..weekkk..gila tamak kan?

Tapi, seriously sedap. ^_____^

Teringat zaman kerja di Putrajaya dulu, asal dekat-dekat nak CNY terus banjir ofis dengan kotak-kotak limau, berbandal-bandal kena longgok tepi meja bos.

Heaven! syurga oren. Ada yang pelbagai gred. Ko pilih mana satu mahu sumbat dalam mulut. Syukur, kerana bagi masyarakt Cina, buah oren lambang murah rezeki (Ye kut?). Itulah pasal semua berebut-rebut bersedekah. Syukur juga, kita hidup dalam pelbagai kaum dapat juga merasa, berbagi rasa, berkongsi nikmat..:)

Aku bab buah limau bagilah sebanyak manapun, mampu aku telan. Tak kisah limau oren, limau manis, limau tambun..semua bedal.

Aku dulu mana kenal buah oren ni. Ingat buah ni tiap-tiap musim ada kena jual di pasaraya, rupanya bermusim. Sila gelak-guling-guling. Sebab tak ambil ‘pot’ punya pasal terus jadi gadis ketinggalan zaman yangg baru keluar dari gua.Huarghhhhhh!

Pastukan, kenal buah oren ni masa praktikal di Utusan Malaysia pada tahun 2009. Hairan juga kenapa buah oren bersepah saja di ofis, sana-sini semerbak bau limau. Pastu senior wartawan sibuk offer makan limau. Erk?apasal tetiba jak ofis pesta limau ni. Gila innocent.

Mula-mula tak kisah juga. Tapi perasan curious tu tinggi, like a cat walk on the thin ice lah kan, budak gila innocent dan bendul, terus tanya ntah dengan siapa pun aku dah tak ingat.

“Kan nak CNY tu yang supplier bagi limau”
“Hah?apa relevan limau, supplier dan CNY?” (Budak dungu bertanya)
“Kebiasaanya bila tiba CNY orang Cina akan bagi limau…”
“Ok” (Takut kena lempang baik pura-pura ngerti dong!)

Haha..kelakar kan, padahal ada saja google, kenapa tak google-toggle jak kan? pastu budaya tu semakin boleh adapt dengan persekitaran aku bila mula masuk alam pekerjaan.Hinssssh!hinsshhh! bila ingat saja betapa ‘pure’ nya lah general knowledge dulu-dulu, rasa macam mahu humban diri sendiri dalam gaung. Alah! lek la, bukan aku sorang saja tak tahu, korang-korang pun tak tahu juga kan? (sila angguk untuk menenangkan aku..please..)

Kemudian, bukan memori buah limau saja aku ingat, bab CNY ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku rasa macam nak balik zaman muda-mudi dulu yang aktif..:)

Aku dan kawan-kawan pernah buat rakaman di sebuah rumah keluarga Cina di Melaka ketika mereka makan besar. Sangat meriah. Mereka juga sangat supporting. Oh! dapat makan limau dan kena bagi ang-pow lagi..hehe..terliur juga tengok menu keluarga tu,semua nampak sedap..hihi..

Interview tuan rumah yang tak fasih bahasa Melayu dan tak juga boleh berbahasa Inggeris, sangat mencabar, berpeluh-peluh kami cuba memahamkan beliau. Syukur, kemudian nasib baik ada cucunya yang pandai berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris.

Inilah keluarga Cina yang baik hati..:)

Inilah keluarga Cina yang baik hati..:)

Haha..memang muka innocent semua..lawak..

Haha..memang muka innocent semua..lawak..

Antara hidangan makan besar famili ini..:)

Antara hidangan makan besar famili ini..:)

???????????????????????????????

DSC03191

Hehe..itulah kami yang sedang cari bahan..:)

Hehe..itulah kami yang sedang cari bahan..:)

Malam tahun baharu kami pergi Jonker Street di Melaka, interview local people pula mengenai sambutan tahun baharu mereka tahun ni. Happening gila. Sesak pasar malam di situ. Memang ramai pelancong yang ikut ‘sibuk’ membeli belah. Hehe..pastu sibuk-sibuk juga kami macam pelancong, siapa peduli kan..:)

Pastu mission complish, kami sekumpulan pergi Bukit Bintang untuk cover event mengenai makanan Yee Sang terpanjang yang masuk Malaysian Book of Record pada 2007 kalau tak silap.

Here we come!

Here we come!

Nah..inilah Yee Sang tersbut..sangat panjang..:)

Nah..inilah Yee Sang tersbut..sangat panjang..:)

Siap tunggu sampai tengah malam, tertinggal LRT yang terakhir, kena hujan, interview pelancong asing, pastu terpaksa kena rescue di KL Sentral..haha..

Syukurnya aku kenal apa itu Yee Sang dan berpeluang merasa di Bukit Bintang dan ikut sama-sama ‘menggaul’ Yee Sang. Epik betul. Dahlah tak pandai pegang chopstick. Kalau diingat kembali sangat merindui saat busy being a siswi..how I missed that kind all of things.

Alhamdulillah, for the result we all got A for that subject..^___^

Paling best mestilah melihat kemeriahan tarian Singa dan Naga kan? Masa kecil sangat takut benda yang diusung dan dibawa menari bersama tu (naga dan singa la)..haha..asal saja ‘singa’ masuk kedai terus bertempiaran lari tak jadi membeli..lucu..budak-budak kan..:)

Lepas daripada itu, pelan-pelan aku mula adapt budaya masyarakat lain. And I felt that its sometimes make we proud being born in Malaysia, multiracial, multiculture..

Ya, dari sebiji buah limau kiata boleh mewujudakn perhubungan dan mengeratkan persahabatan..simboliknya limau dan CNY..:)