Salam,

Credit: terima kasih pakcik google..:)

Credit: terima kasih pakcik google..:)

Saya sangat TIDAK berkenan dengan perbezaan pendapat mengenai status menyambut hari 14 Februari ni. Apa istimewa sangat hari tersebut.

Di antara BUDAYA dan AGAMA pun tak boleh hendak beza para bijaksana di luar sana.

Setiap tahun juga isu yang sama, perbalahan yang sama, alasan yang juga sama, fatwa yang juga sama dan orang-orang berfikiran liberal itu jugalah macam kera termakan cili yang sama, heboh, kepoh pasal status haram halalnya Valentine Day.

Eh! adik, abang, akak, tuan, puan, suka hati kaulah nak sambut ke tak, nak berkasih dan sayang ke tak, janganlah kecoh sangat macam kau seorang saja ada kekasih. Eiii! geli ketiak tau tak.

Kau nak kepit kekasih kau seharian suntuk sampai lembik macam biskut kena celup dalam teh panas pun orang tak kisah. Tak payahlah kecoh tak boleh tu tak boleh ini sampai babitkan agama. Ikut suka kaulah kalau agama kau suruh, buat, kalau tak tinggal, senang kan. Nak kecoh pesal, buat menyemak…<—-tetiba memanas..hehe..:)

Entri ini khas untuk mereka yang 'bijaksana'.

Nah untuk muslim yang bijaksana..credit: pakcik googel

Ok, bagi yang beragama Islam pihak yang ‘berwajib’ sudah meningatkan anda bahawa Valentine Day TIDAK dibenarkan menyambutnya, dalam kata lain menyambut bersama KEKASIH YANG TIDAK SAH, perkara itulah yang di HARAM kan. Tetapi, HALALNYA anda hanya boleh menyambut hari tersebut bersama KEKASIH YANG HALAL seperti mak, bapa, suami atau isteri, dan tidaklah berniat untuk menyambut HARI KEKASIH itu bersempena 14 Februari ini, semata-mata. Ok, anda dapat? Bukannya hukum agama itu yang kejam sangat wahai kalian. Bahagian HARAM itu terletak pada status perhubungan.

Mencegah lebih baik daripada merawat, betul tak wahai para bijaksana? Tak tahu pula kalau melakukan perhubungan intim sebelum berkahwin dan melahirkan anak luar nikah, kemudian campak tepi longkang boleh diamalkan oleh agama lain, hamba kurang arif. Sila tanya para bijkasana di luar sana.

Kebiasaanya, para PASANGAN KEKASIH TIDAK SAH akan menyambut HARI KEKASIH mereka dengan cara yang BERLAINAN sedikit daripada HARI KEKASIH biasa-biasa ditambah dengan coklat, bunga-bungaan, dinner, special gift, surprise! dan macam-macam lagilah.

Kebiasaannya juga, kebanyakan PASANGAN KEKASIH YANG TIDAK SAH sahaja baharu nak tergedik-gedik tunjuk sayang bagai, caring sungguh konon, serius bagai nak mati ‘nak kahwin’ dengan kau, akhirnya akan membawa kepada hubungan seks. Sebab telah berjanji sehidup semati kita ye sayang, sanggup serah jiwa dan badan, alang-alang sayang, badan melayang ye sayang, esok-esok dah TERmengandung. Suami isteri yang sah tak pun mengada-ngada beli itu beli ini, bagi surpise segala, diorang ni relaks je. Korang je gedik!

Ok, sila label saya tipikal-Melayu-Islam. Memang pun..^___^

Kemudian, yang bijaksana, kenapa 14 Februari ini sahaja baru nak kecoh pasal hari kekasih? Baru kecoh nak tunjuk sayang bagai? tak ada hari lain kah? Adakah coklat, bunga dan tempahan meja makan di restoran hanya dijual dan dibuka pada tarikh ini. Tidak, bukan?

Hmm…atau hanya tarikh ini sahaja HALAL mengungkap kan sayang?meluahkan perasaan? menunjukkan sikap kasih? Tidak, bukan?

Errrmm..atau hanya tarikh ini barulah hati-hati para KEKASIH terbuka untuk menerima cinta dan sayang? rasa terharu yang melampau? bahagia yang tiada tara?

Tak faham betullah saya. Tak usah kecohlah. Mari kita berdamai. Maaf kalau ada individu dan pasangan KEKASIH TIDAK SAH yang terasa dengan ayat saya. Mohon muhasabah, akak nasihatkan.

Esok sama sahaja macam tarikh-tarikh dalam bulan dan tahun yang lain. Paling penting esok kerja bagi pekerja, sekolah bagi yang pelajar, kuliah bagi siswi-siswa, bagun pagi macam biasa, pastinya matahari akan terbit kalau cuaca elok, coklat dan bunga ada jual adik, restoran itu buka jugalah adik..apa susah mahu tunggu setahun sekali baru mau makan spesial, baru mahu kasi itu hadiah cokolat sama itu bunga sama kekasih..alamak adik..kampung sungguh akal kamu kan.

Eh! ok..siapa mau belanja saya coklat dan bagi bunga hari-hari pada saya sila PM. Saya ON sahaja..:)

Oh! tahun ini saya menyambut hari kekasih tanpa kekasih..^___*..lagi!

Tapi siapa yang peduli kan? Tiada.

Sila tempelak saya dengan berkata ‘kau tiada kekasih itulah yang kau dok mengutuk orang yang ada kekasih sambut hari kekasih, memang kau tak faham sebab kau tahun-tahun sambut HARI KEKASIH TANPA KEKASIH’ kemudian caci maki lah hamba yang hina ini. Saya redha di dunia untuk redha di ‘sana’..

^_______^

Jangan lakukan, pleaseee!