Salam,

Ehem..terkesima sekejap bila tengok pelawat blog buruk ni mencanak naik sampai 600 lebih kelmarin. Errr..apa korang cari sebenarnya? Ahak!

Selamat berpuasa 9 Muharam hari ini. Nasib baik teman-teman ingatkan hari ini 9 Muharam, kalau tidak ter’miss’ lah bulan mulia kali ini. Esok jangan lupa teruskan puasa 10 Muharam ya…:)

Hampir setengah tahun tak update blog. Fuhhh! sibuk mengalahkan menteri. Sibuk layan malas..ngehngehngeh .

Sedar tak sedar akhir tahun semakin menghampiri. Apa akhirnya kisah hidupku? status? kerjaya? kewangan? Sebenarnya satu sahaja jawapan; worst! Huhu…sila menangis di bawah tangga sambil makan julap.

Kisah hidup
Nothing better than last year. Tetap seorang yang biasa, cita-citanya juga biasa, yang luar biasanya kewujudannya tetap sama, ada tiadanya dia tiada yang peduli. Huargggghhhh! Sudah menambah hutang lain, selain hutang PTPTN dan pinjaman ASB. Ya, my baby boo…kereta la.
Dia tetap orang yang sama empat tahun lalu. Misi dan visinya harus berubah tiap tahun baharu, tetapi pencapaiannya masih ditampuk lama. Laaaaaaaaaaaammmeeeeeeeeeee…^____^

Status
Unjuran umur semakin kalut menaik. Orang sekeliling risau akan diri, tetapi empunya diri membuat muka tapai tak sedar diri sudah status andartu. What to do?
Orang pergi umrah, sibuk minta doa. Orang pergi haji kalut kirim doa minta jodoh, kan jodoh, rezeki dan kematian di tangan Allah.

Heh! Life must go on, even alone..>___<..yuckkk! sebenarnya pujuk diri dan orang lain yang bosan tengok aku sendiri kut..:)
Umur dia berhenti takat 21 tahun hari itu..tujuh tahun lalu.

Kerjaya
Ya, tiga tahun masih di sini. Kuli katak.Kalau kuli batak boleh lagi dibebaskan oleh majikan. Tapi kuli katak sangat selesa deng sekeliling, tidak mahu pindah dan cuba persekitaran baru.

Alahai, sudah tua cenggini, tak ada masa mahu cari pengalaman dan kawan baru..:)

Kewangan
JIka diaudit oleh bank negara, mungkin dia termasuk dalam berpuluh ribu remaja Malaysia yang muflis. Sila angguk kepala sayang.