Posts from the ‘dedicate’ Category

Hari Kekasih Tanpa Kekasih

Salam,

Credit: terima kasih pakcik google..:)

Credit: terima kasih pakcik google..:)

Saya sangat TIDAK berkenan dengan perbezaan pendapat mengenai status menyambut hari 14 Februari ni. Apa istimewa sangat hari tersebut.

Di antara BUDAYA dan AGAMA pun tak boleh hendak beza para bijaksana di luar sana.

Setiap tahun juga isu yang sama, perbalahan yang sama, alasan yang juga sama, fatwa yang juga sama dan orang-orang berfikiran liberal itu jugalah macam kera termakan cili yang sama, heboh, kepoh pasal status haram halalnya Valentine Day.

Eh! adik, abang, akak, tuan, puan, suka hati kaulah nak sambut ke tak, nak berkasih dan sayang ke tak, janganlah kecoh sangat macam kau seorang saja ada kekasih. Eiii! geli ketiak tau tak.

Kau nak kepit kekasih kau seharian suntuk sampai lembik macam biskut kena celup dalam teh panas pun orang tak kisah. Tak payahlah kecoh tak boleh tu tak boleh ini sampai babitkan agama. Ikut suka kaulah kalau agama kau suruh, buat, kalau tak tinggal, senang kan. Nak kecoh pesal, buat menyemak…<—-tetiba memanas..hehe..:)

Entri ini khas untuk mereka yang 'bijaksana'.

Nah untuk muslim yang bijaksana..credit: pakcik googel

Ok, bagi yang beragama Islam pihak yang ‘berwajib’ sudah meningatkan anda bahawa Valentine Day TIDAK dibenarkan menyambutnya, dalam kata lain menyambut bersama KEKASIH YANG TIDAK SAH, perkara itulah yang di HARAM kan. Tetapi, HALALNYA anda hanya boleh menyambut hari tersebut bersama KEKASIH YANG HALAL seperti mak, bapa, suami atau isteri, dan tidaklah berniat untuk menyambut HARI KEKASIH itu bersempena 14 Februari ini, semata-mata. Ok, anda dapat? Bukannya hukum agama itu yang kejam sangat wahai kalian. Bahagian HARAM itu terletak pada status perhubungan.

Mencegah lebih baik daripada merawat, betul tak wahai para bijaksana? Tak tahu pula kalau melakukan perhubungan intim sebelum berkahwin dan melahirkan anak luar nikah, kemudian campak tepi longkang boleh diamalkan oleh agama lain, hamba kurang arif. Sila tanya para bijkasana di luar sana.

Kebiasaanya, para PASANGAN KEKASIH TIDAK SAH akan menyambut HARI KEKASIH mereka dengan cara yang BERLAINAN sedikit daripada HARI KEKASIH biasa-biasa ditambah dengan coklat, bunga-bungaan, dinner, special gift, surprise! dan macam-macam lagilah.

Kebiasaannya juga, kebanyakan PASANGAN KEKASIH YANG TIDAK SAH sahaja baharu nak tergedik-gedik tunjuk sayang bagai, caring sungguh konon, serius bagai nak mati ‘nak kahwin’ dengan kau, akhirnya akan membawa kepada hubungan seks. Sebab telah berjanji sehidup semati kita ye sayang, sanggup serah jiwa dan badan, alang-alang sayang, badan melayang ye sayang, esok-esok dah TERmengandung. Suami isteri yang sah tak pun mengada-ngada beli itu beli ini, bagi surpise segala, diorang ni relaks je. Korang je gedik!

Ok, sila label saya tipikal-Melayu-Islam. Memang pun..^___^

Kemudian, yang bijaksana, kenapa 14 Februari ini sahaja baru nak kecoh pasal hari kekasih? Baru kecoh nak tunjuk sayang bagai? tak ada hari lain kah? Adakah coklat, bunga dan tempahan meja makan di restoran hanya dijual dan dibuka pada tarikh ini. Tidak, bukan?

Hmm…atau hanya tarikh ini sahaja HALAL mengungkap kan sayang?meluahkan perasaan? menunjukkan sikap kasih? Tidak, bukan?

Errrmm..atau hanya tarikh ini barulah hati-hati para KEKASIH terbuka untuk menerima cinta dan sayang? rasa terharu yang melampau? bahagia yang tiada tara?

Tak faham betullah saya. Tak usah kecohlah. Mari kita berdamai. Maaf kalau ada individu dan pasangan KEKASIH TIDAK SAH yang terasa dengan ayat saya. Mohon muhasabah, akak nasihatkan.

Esok sama sahaja macam tarikh-tarikh dalam bulan dan tahun yang lain. Paling penting esok kerja bagi pekerja, sekolah bagi yang pelajar, kuliah bagi siswi-siswa, bagun pagi macam biasa, pastinya matahari akan terbit kalau cuaca elok, coklat dan bunga ada jual adik, restoran itu buka jugalah adik..apa susah mahu tunggu setahun sekali baru mau makan spesial, baru mahu kasi itu hadiah cokolat sama itu bunga sama kekasih..alamak adik..kampung sungguh akal kamu kan.

Eh! ok..siapa mau belanja saya coklat dan bagi bunga hari-hari pada saya sila PM. Saya ON sahaja..:)

Oh! tahun ini saya menyambut hari kekasih tanpa kekasih..^___*..lagi!

Tapi siapa yang peduli kan? Tiada.

Sila tempelak saya dengan berkata ‘kau tiada kekasih itulah yang kau dok mengutuk orang yang ada kekasih sambut hari kekasih, memang kau tak faham sebab kau tahun-tahun sambut HARI KEKASIH TANPA KEKASIH’ kemudian caci maki lah hamba yang hina ini. Saya redha di dunia untuk redha di ‘sana’..

^_______^

Jangan lakukan, pleaseee!

Kenapa saya perlu bersyukur?

Salam,

Perlu, sangat perlu untuk saya dan kamu untuk bersyukur kepada Ilahi. Banyak perkara yang mewajibkan kita berterima kasih kepada Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah.

1. Saya ada keluarga bahagia

My big family ever. I love you all with my heart.

My big family ever. I love you all with my heart.

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Keluarga saya, keluarga besar, sangat besar dan meriah…^___^
Saya ada Mak dan Bapa yang outstanding gojes dan sangat mulia. Tanpa mereka entah apalah jadi kami adik beradik. Banyak budi dan jasa mereka terhadap saya dan adik beradik. Mereka sangat memahami, sangat cool dan penyayang.
Saya ada abang dan kakak yang baik, pengasih dan sangat membantu dikala susah. Saya ada 3 orang abang dan 3 orang kakak.
Saya ada 4 orang adik, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Saya ada 10 orang anak saudara-yang-cute-comel-loteh-dan-penghibur. Betapa bertuahnya saya kan?. Syukur ya Allah.
Opppsss! belum termasuk ipar duai saya..abang ipar 3 orang, dan kakak ipar 2 orang..:P
Dulu masa sekolah rendah dan menengah Mak dan Bapa yang bertanggungjawab ke atas saya. Meningkat remaja masuk universiti turn akak dan abang menjaga saya, beri saya perbelanjaan semasa di universiti, jadi kaki dan tangan serta kenderaan yang saya perlukan. Hari ini saya masih bergantung pada mereka. Merekalah penunjuk dan teladan saya. Saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya tidak ada mereka semua.
Syukur teramat ya Allah..:)
Seronok kan?

2) Saya mempunyai pekerjaan
Alhamdulillah, selepas saya habis belajar saya tidak menganggur sampai sekarang. Saya hanya bercuti rehat sahaja selama lebih 3 bulan (kunun..:)
Biarpun bukan kerjaya pilihan, tetapi syukurt tetap memberikan saya nafkah setiap bulan. Kerja pun bukan berat sangat. Duduk 9 jam di pejabat dan mengajar whatever you want…:P
Tapi saya happy! happy! happy!
Please, ya Allah! please give me a full gratitude on your fate..and I’ll try my best..syukur alhamdulillah.

3) Saya masih sihat walafiat

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Saya masih boleh berjimba-jimba, berzumba-zumba, bersalsa (konon!). Ya, saya masih mampu makan sendiri, berjalan ke kedai sendiri membeli makanan, colgate, sabun mandi, masih mampu meningati resepi dan memasak, berupaya untuk mandi sendiri, pergi tandas tanpa bantuan orang lain, bernafas menggunakan hidung, makan menggunakan mulut, kencing secara normal dan masih boleh memakai pakaian sendiri serta mengemas tempat tidur sendiri. BUKAN dengan bantuan orang lain. BUKAN itu satu kewajipan untuk saya bersyukur?
Ya, saya teramat bersyukur.
Rasa malu jika kita rasa kita paling miskin, paling sakit, paling malang dan paling susah. Shame on you!

4) Saya ada kawan-kawan

My friends of MINE..<3

My friends of MINE..<3

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you'll a lot..

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you’ll a lot..

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Ya, walaupun kadang kami tidak sefahaman, tapi itulah kawan kan?saya ada pelbagai ragam kawan, kawan dari sekolah rendah, menengah, uni dan terbaru di tempat kerja.
Syukur, merekalah pengganti ketika kita jauh daripada keluarga..:)
Saya masih boleh hang out dengan mereka, berjimba, lepak, makan-makan, gelak-tawa..semua kami kongsi bersama. Mereka yang bersama saya ketika saya maih belajar memahami hidup dan masih cuba untuk bersahabat dengan keperitan dan tipu helah manusia. Ya, merekalah yang menjadi buku panduan dan kamus perjalanan kehidupan saya. Ceeewwwaahhh! tak boleh blah ayat. Sila kalau mahu muntah!
Syukur..syukur…

5) Saya ada ‘boyfriend(s)’

Hahaha..melawak..saya ada BF yang selalu cari gaduh..ni hah..

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Actually, there have a lot of things and circumstances that you can make as a reason to be thankful and grateful. The things that I mentioned above is actually four main things that every person has, right?

Starting today, I’ll learn to be grateful, which means, me and you can ‘MUHASABAH’ every day and listing all the good things that happen in a day and if you can, please do every day. Unconsciously, we will smile and be grateful .. believe me .. ūüôā

Syukur alhamdulillah…:)

Sahabat kau dalam doa ku.

Salam,

Tiga hari lepas, ada seorang kawan yang telah hilang hampir 3 tahun muncul kembali. Sebelum ini tiada sebarang berita aku dengar daripada dia. Kali terakhir jumpa dia hari raya 2009 kemudian hilang begitu sahaja.

Hmmm…tak tahu kenapa¬†tiba-tiba¬†dia kembali¬†menitipkan¬†mesej¬†untuk¬†aku¬†dengan¬†soalan¬†ringkas¬†bertanya¬†aku¬†apa¬†khabar¬†dan kerja¬†di mana sekarang. Itu¬†sahaja, lepas¬†aku¬†jawab¬†dan tanya¬†dia di mana sekarang, dia pun lesap¬†kembali. Hanya¬†dua¬†mesej. Ya, sahaja. Setelah¬†tiga¬†tahun¬†dia menyepi. WTHeck!

Entahlah, kadang-kadang benda yang tiba-tiba itu membawa mesej tertentu. Hati berdebar tidak tentu arah. Alahai sahabat, kenapa buat begitu. Kau buat aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Jauh-jauh ya Allah. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada mu dan keluarga.

Satu sahaja kau ingat, aku sentiasa mengingati kau dan mendoakan kesejahteraan mu..

Mak adalah superhero saya

Salam,

Seperti biasa, apabila tiada tempat atau tiada sesiapa mahu mendengar celotehku (sebenarnya bebelan kau!..) mesti En. blog jadi mangsa. Nasiblah kau en. blog dapat tuan yang bila perlu baru cari, dan bila tak nak dia abaikan saja kau..^__^

Dua minggu tak balik kampung, ya, minggu pertama pergi outstation, minggu kedua menjadi bodyguard kakak dan anak-anak buah di KK, jadinya dapat balik cuti sempena Kaamatan, itu pun sekadar 3 hari 2 malam, syukur jugalah dapat menjenguk orang tua yang tinggal berdua saja.

Minggu akan datang akan bercuti seminggu..yay..love it..jangan pernah rindukan kehadiran saya ya..haha..

Mak akan buat pembedahan mata sebab katarak, doakan keselamatan dan kesejahteraan orang kesayangan saya ya. InsyaAllah pembedahan kecil ini akan berjalan dengan lancar.

Sebagai anak yang paling dekat keberadaannya dengan rumah, ditambah-tambah masih tiada komitmen sang suami dan anak-anak, makanya tanggungjawab menjaga ibuku menjadi sesungguhnya tanggungjawab aku..^___^..jadi anak solehah jap..kihkih…

Ok..ok, turn to serious parts pula, mak ada penyakit kencing manis yang dihidapinya almost 10 years. Minggu lalu bila buat review di hospital, doctor made decision¬†my mom should’ve take injection, seriously, not taking medicine as she used to it. At first thing, my mom won’t..but doctor advice she should by hook or by crook. Kesian mak, and you know what, a week after she taking the injection, dia tak bagitahu anak-anaknya. Hanya kakak aku sorang yang memang selalu ulang-alik ke rumah sahaja yang tahu. Amat sedih. Kesal. Mahu menangis apabila aku tahu, itupun selepas aku balik kampung. Mak..mak..

Mak kau seorang insan yang azimah, yang bahagianya berbeda, terlambung ke langit menjadi bintang, rebah ke bumi menjadi berlian, dilahirkan dengan pola pemikiran melawan arus..tapi masih, ya aku masih menyayangimu selamanya. Sayang mak.

Huhu..lap air mata dulu..^____^

Itulah mak saya, seberat mana bebanan yang dipikulnya, semampu mungkin dia menggalasnya, dia tidak akan kongsi rasa sakitnya dengan kami, anak-anaknya.

Semoga sihat-sihat selalu, bahagia selalu dan Mak dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama bapa dan golongan orang-orang beriman yang menerima rahmat kasih sayang ilahi, juga pertolongan rasul junjungan kita. Amin. Amin. Amin.

Dia yang terpilih, semoga dia tabah

Salam,

Kelmarin, dari pagi sehingga malam mata bawah sebelah kiri asyik bergerak-gerak, tak selesa sangat. Hati aku berdebar-debar. Apakah yang akan berlaku?selalunya, mak cakap kalau mata sebelah kiri bergerak akan ada perkara yang tidak baik akan berlaku. Semalam sebelum tidur mata masih bergerak-gerak. aku cuba untuk tidak memikirkan nya, hati aku menafikan.

Tiba-tiba semalam terima mesej dari kawan baik. Subhanallah. Ya Allah! terhenti sebentar jantung berdengup. Macam tidak percaya perkhabaran yang dibawanya. Ya Rahim!

Aku tidak mampu berbuat apa-apa, hanya doa dan kata-kata semangat yang boleh aku utuskan untuk memberinya kekuatan. Serius. Aku dapat rasakan betapa dia memerlukan seseorang di sisinya saat ini. Menggosok-gosok belakangnya, membelai bahunya, bersama-sama menangis menghilangkan rasa tekanan, cuba menenangkan dia supaya berfikiran positi, ataupun hanya sekadar duduk diam disisinya supaya dia tidak rasa sunyi. (^_^)..

Ya Allah, Engkau pinjamkan sahabatku kekuatan,
Kurniakan dia hati yang tenang sentiasa,
Percaya pada qada dan qadar-Mu daiman,
Titipkan padanya berita gembira,
Betapa Engkau mengujinya kerana Engkau MENYAYANGINYA,
Kembalikan keceriaan dan rasa bersyukur di wajah dan hatinya,
Pesan padanya doaku sentiasa bersamanya. Amin.
Semoga dia redha dengan apa yang menimpanya. Allah akan menguji apa yang sedaya dan semampu hambanya.
Cepat-cepat sembuh ya. Nanti kita boleh hang out tengok wayang,¬†lepak berjam-jam di McD atau KFC, ‘berjaur’ berjam-jam di kompleks tanpa arah tujuan, bergelak ketawa dalam bas,¬†curi-curi sekodeng lelaki handsome…tolonglah,¬†cepat-cepat sembuh ya, jangan lemah, kami ada di sini, ngadulah apa-apa saja, kami akan dengar, tadah telinga berjam-jam pun tak apa. Kami mahu kau ceria, cool dan¬†buat-buat tiada perasaan¬†macam sebelum ni.¬†Ya?
Serius, semalam aku yang over-over nangis, sampai dalam tidur pun aku menangis betul-betul. Masa tulis entri ni pun air mata aku mahu mencurah-curah, nasib baik boleh cover tak menitis <—hahaha..
Emmm…tolong doakan kawan kesayangan saya cepat sembuh,¬†tabah, kuat semangat,¬†dan kembalikan keceriaan dia seperti dulu. Tolong ya kawan-kawan, tolong. Semoga Allah membalas segala doa kamu dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Syukran. T______T

Update dan upgrade amal ibadat kita seperti kita mengupdate status FB

Salam,

Tadi baru saja melawat blog-blog orang lain yang bersepah-sepah di alam maya sambil ber FB-ing. Jadi ada seorang member FB shared link bertajuk “Saya Sudah Bertunang”.¬†Ok, dalam hati “eh..dah bertunang pun nak kecoh,”..ngeh ngeh <—-ayat jeles sebenarnya, sila mengaku.

Tak adalah. Sebenarnya tertarik dengan komen dan feedback dari rakan-rakan FB tu. Kisah yang menyayat hati. Kemudian aku lapang-lapangkan lah dada klik dan baca.

Ya Allah! aku kan minah yang sensitif. Air mata sikit lagi berderai-derai. Nasib boleh tahan. Tetapi kembang juga bulu roma la. Serius rasa insaf dan bersyukur.

Betapa tabahnya watak Insyirah itu. Tak tahulah ini kisah benar atau tidak. Hanya penulis yang tahu. Kemudian aku berfikir betapa beruntungnya mereka-mereka yang menemui ajal kerana penyakit. Kerana mereka akan tahu bila mereka ditakdirkan akan pergi. Mereka ada peluang untuk bertaubat serta memperbaiki amal ibadat mereka sebagai bekalan di akhirat nanti. Maha Pengasih Allah. Tetapi bagi orang yang akan mati secara mengejut, tidak sempat berbuat apa-apa kan? bayangkan sedang kita bergelak ketawa tiba-tiba Allah cabut nyawa kita. Tak pun, sedang kau mandi di laut, tiba-tiba lemas, sedang memandu dan kemalangan, mengunyah makanan dan tercekik. Allah pernah berfirman, bahawa tidak akan ditangguhkan ajal setiap manusia walaupun satu saat. Nauzubillah.

Aku berharap sangat-sangat janganlah aku menderita penyakit yang merbahaya. Itu doa setiap usai solat untuk diri sendiri juga untuk keluarga. Aku minta jauh-jauh. Tetapi semuanya perancangan Allah. Kita tidak tahu.

Paling baik kena sentiasa redha, sentiasa lapang hati menerima segala macam ujian dari Allah. Sentiasa ‘update’ amal ibadat, amalan kebaikan bukan asyik update status FB, masukkan entri baru dalam blog tapi ‘simpanan’ untuk akhirat kosong.

Kadang, aku ni insaf hanya sebentar, lepas tu jadi balik perangai apa-apa-ntah tu. Alhamdulilah, aku tetap tidak tinggal tiang agama juga membaca al-quran. Sentiasa ingat pesan bapa, kena ingat solat, baca al-quran setiap hari supaya hati akan rasa tenang, hidup bertujuan, akhlak terjaga <—-hehehe..jarang aku jadi baik macam ni tau..(^_^)

Allah akan melihat, menjaga dan menguji setiap hamba-hambanya.

Mak selalu pesan, masa kami adik-beradik sambung belajar di Semenanjung tanah air, jaga tingkah laku, akhlak dan maruah apabila berjauhan daripada keluarga. Ramai yang akan menjadi liar bila jauh daripada keluarga, tiada pengawasan dan kongkogan orang tua. Itu yang mak takut sangat anak-anaknya akan jadi seperti itu. Jadi ayat keramat mak adalah “Kalau kamu tidak takut mak sama bapa sebab kami jauh, tapi takut pada Allah,” atau “kalau kamu tidak malu pada orang lain, pada diri sendiri malu pada yang di atas,”..hmmm…alhamdulillah..sehinggakan bila otak gila-gila dan biul aku datang kata-kata itu sentiasa terngiang-ngiang dalam minda. Wah…gila kentang mujarab jampi mak aku tau. Terus ngeri mahu buat dajal. Taubat.

Mulai hari ini kena sentiasa upgrade amalan baik kita ya saudara-saudara seagama ku. <—ini serius tak boleh main-main. Ingat!

Untuk diri sendiri, juga, mesti buat, jangan lalai depan En. Lappy ni mengupdate status FB sampai 3 hingga 6 kali sehari, atau pun masuk kan entri baru dalam blog sehari satu entri. Baca al-quran 5 hingga 6 muka surat setiap hari, jangan lupa sembahyang sunat dan lain-lain <—ini pun serius juga!

Allah ada caranya untuk memberi amaran tentang kematian kita. Lambat dan cepat sahaja bezanya. Takut.

 

Maka bergembiralah wahai kaum IBU

Salam,
Entri ini berada dalam draft.
Saya pun tak tahu bila saya dapat info ini. Hmmmmm….
Macam nak menangis saja rasanya betapa pemurahnya yang ESA.
Betapa agungnya wanita di sisi-NYA.
Maka, kamu wahai wanita beruntung kamu diciptakan dari tulang rusuk ADAM.
Jadi, mari kita selusuri kenapa kamu perlu senyum dan bergembira gila bila jadi IBU.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
‚Äé
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.