Posts from the ‘dedicate’ Category

‘Kahwini’lah keluarga saya!

Salam,

Baiklah. Hari ini sehari-hari bergosip dengan internet. Semua buat dalam bilik dan atas katil. Sarapan pagi, lunch, minum, minum petang, lipat kain, baca doa pagi dan petang serta menyanyi (erk?). Dasar pemalas, pengotor dan..dan..dan..emmm…tiada masa depan yang cemerlang. Satu saja yang aku tak buat atas katil iaitu basuh kain..haha..

Sekarang dah tak best main facebook. Bosan. Macam tak ada hala tuju masa talakan mukaku di papan skrin lappy. Itu-itu sahaja. Itu-itu juga. Tiada apa-apa yang menarik. Betul tak?

Kawan-kawan pun ramai dah tak aktif berFB. Sama macam aku. Apatah lagi sang boipren. No. Itulah aktiviti orang yang tak ada pasangankan. Alhamdulillah. Kalau ditanya dan diberi pilihan aku lebih rela tak ada boipren daripada kehilangan kawan. Dan kalau disuruh pilih lagi aku rela hilang kawan daripada keluarga. Semua pun begitu. Hari itu, ofis mate tanya. “Ada boipren tak?”…aku jawab tak ada, dan dengan muka simpati dia tanya balik “Tak rasa sunyi?”…aku dengan muka terkejut pun jawab..”Hah?!..emm..t…ta…taklah, sebab keluarga saya besar, full of love”..kasihankan? Eh, tak adalah, lagi kasihan orang yang ada kekasih, bermakna diorang tak cukup kasih sayang di antara ahli keluarga, tu yang pergi cari kasih sayang di luar dengan orang yang bukan muhrim…hehe..ampun..tak bermaksud nak meng’harming’kan korang ya. Tapi tak ada hal lah semua itu.

Apakah akan aku lakukan kalau tak ada keluarga?(keluarga di sini mama, bapa, abang, kakak, adik)

1. Tiada tempat tuju kalau balik kampung. Where is my home?my mom and dad, my sister, my brother, my chicken (is it include?)

2. Tiada bahan kalau nak ngumpat dengan kawan-kawan.

3. Tiada tempat ceti haram atau ah long…(selalunya kakak aku no. 2 jadi mangsa aku pinjam duit..hihi..)

4. Tiada tempat nak marah-marah..(adik no. 10 selalu jadi punching bag…)

5. Tiada tempat nak berlagak menjadi akulah kakak paling garang, paling baik, paling manis, paling ayu dan cantik serta kakak paling pandai..kan?kan?..mesti adik-adik jadi mangsa.

6. Nak tunjuk gambar apa dengan kawan-kawan selepas raya?tak ada gamabr family pun..huhu..sadis

7. Tak ada orang nak marah kita macam mana mak, bapa, abang atau akak marah kita..pure..bukan kepuraan dan tiada terselit pun perasaan benci..sebab sayang.

8. Tak merasalah air tangan mak..hmm..delecious bah..sangat.

9. Taklah gaduh dengan bapa bab nak tengok channel apa..hehe..bapa suka sangat tengok sukan dan wayang yang fighting serta WWF..huh!

10. Hmm..tak ada anak-anak sedara yang cute-cute-bikin-geram-rasa-nak-gomol-gigit-gigit-pipi diorang.

11. Taklah merasa berebut-rebut makan mangga muda cecah belacan..huargh..ni part yang paling kami suka buat time gathering adik beradik, kena cari buah masam-masam cam mangga muda, nenas, jambu batu or apa-apalah yang boleh buat rojak.

12. Tak adalah orang nak kutuk kalau kau masak tak sedap. Teringat time masak spageti masa raya hari tu..semua cakap macam muntah kucing, siap geleng-geleng dengan muka kegelian..hish…melampau betul!tapi syukur jugalah adik aku sorang (je?) suka..

13. Tiadalah yang komplen kalau dahi kau berjerawat…”akak tengok dahi kau tu sudah bergiuk (berulat)..”kata kakak no.2 saya baru-baru ini.

14. Tak boleh pinjam baju-baju yang cantik dari adik kau..almaklumlah saiz kami sama rata..hihi..adik no.9.

15. Tak ada orang tolong topup atau transfer kredit phone waktu kau sesak..(tapi selalunya akulah jadi mangsa setan-setan kecil tu (adik-adik akulah!)..

16. Tiadalah orang yang kau ‘patut’ diarah dan disuruh masa kemalasan kau ditahap gaban..:)..adik no.8.

17. Tiadalah kakak yang kau harapkan beli baju secara online..dan guna kad kredit mereka..akak no.2..

18. Tiadalah orang yang akan telefon kau pada setiap hari Jumaat bertanya “Kau balik kampungkah minggu ni?”..ni habit bapa dan akak no. 6 aku ni.

19. Tiadalah orang yang akan sms dan telefon kalau kau sunyi tak ada khabar berita, FB tak online, blog tak aktif, apatah lagi muncul di depan dia..haha..ni adik aku yang no 8 selalu buat. Concern banget. Kadang aku rasa macam dia yang kakak, bukan aku. Bagus-bagus.

20. Tak adalah orang yang bank in duit kalau kau perlu sangat masa study dulu…akak no.2, akak no.4, abang no.5..

21. Tak adalah orang amik kau di asrama Nilai atau komuter Kajang masa study dulu….abang no.1

22. Tak adalah orang yang ikut susah-susah hati waktu kau belum dapat kerja, dan mendoakan kau waktu interview dan menangis bila kau berjaya dapat kerja..wah..terharu…

See, betapa bermaknanya ahli keluarga saya kepada saya. Banyak lagi. Tapi dah tak mampu nak senaraikan. Saya ada 11 adik beradik. Saya ada 3 abang, 3 akak dan 4 adik (2 lelaki dan 2 perempuan). Bertuah tak saya?Jadi adakah saya kisah (ehem..sebenarnya kisah tuuuu…) kalau saya tiada boipren?

Saya adalah family based. Apa-apa hal rujuk dengan famili. Jadi, kalau nak kahwin dengan saya kena ‘kahwin’ dengan famili juga ya..(n_n)..hehe..

Ok….adiosss..Saya Sayang Kelurga Saya!

 

 

Doakan dia..^_^

Salam,

Pernahkah kamu terima mesej yang akan membuatkan kamu ingin menangis dan terharu. Sudahlah mesej itu diterima pada pukul 2.30 am, di saat hati kita di bawah sedar dan paranormal.

Selepas membaca mesej tu, aku buang telefon di tepi, tapi hati still memikir dan terharu. Oleh kerana rasa ngantuk itu lebih nikmat daripada rasa terharu-dan-rasa-ingin-menangis-meraung, aku abaikan, sehinggalah selepas mandi dan bersiap nak pergi kerja.

Terasa macam mimpi pula, aku fikir, betulkah mesej yang aku baca semalam?terus buka inbox, dan for sure, there it is.

Mesej itu berbunyi…

Akum, terima kasih belanja aku dan tidak berkira dengan aku selama ini…aku terharu, family aku pun tidak begitu, Aku sayang kau, kalau boleh aku mahu jadi sebahagian dari family kau nih, Mak aku pun tidak macam Mak kau. Sentiasa ingat aku. Thanks. 

(mesej ini aku alih bahasa, dari bahasa SMS ke bahasa baku..)

Mesej itu dari seorang kawan. Cerita itu begini, oleh kerana sudah gaji, jadi aku ajak dia makan di luar dan belikan dia sehelai baju. Kebetulan balik dari kampung kelmarin, aku bawakan (emm..merangkap mak aku lah) dia ikan bilis dan udang kering (patutkah dibagitahu?hehe..). Lepas itu, kami outing sehingga nak patah kaki weh..

Nasib kawan aku itu tidak sebaik nasib kita atau aku sendiri. Dia anak yatim-piatu, dia tidak kenal siapa pun mak dan ayah kandung dia sendiri. Dia dibesarkan oleh mak dan ayah angkat nun jauh di Selatan Semenanjung tanah air tetapi sekarang merantau mengikut suami pergi Sabah. Labih malang lagi, dia berkahwin dengan suami orang. Menjadi isteri nombor dua bukan semudah yang kita tengok di tv. Sekian, terima kasih.

Cukuplah.

Sedihkan. Kita doakan dia terima kebahagiaan dalam hidupnya ya. Terharu. Nanti tak berhenti kau nangis kalau aku sambung lagi cerita sedih dia. Biar aku dan dia sahaja berkongsi semua cerita. Cuma, doakan dia ya. Terima kasih.

Lelaki ini

Salam,

Belum baca berita lagi. Datang ofis terus buka Facebook..ngehngeh..konon mahu baca Berita Harian Online, tetapi jumpa satu article yang diupload oleh teman FB mengenai pencarian jodoh.

“KalaU Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti..”

Sebenarnya itu bukan tajuk untuk mengajak manusia membuat kebaikan, tetapi satu kenyataan berbentuk sindiran kepada lelaki yang terlalu memilih calon isteri. Mahu tahu cerita lanjut sila ke sini, mohon share ya Ustaz, syukran!.

Realiti, lelaki tetap memilih perempuan yang ada package yang nampak secara luaran untuk buat isteri. Contohnya, cerah melepak, mulus, cantik, lemah lembut, ada pelajaran DLL yang positif.

Serius, kalau perempuan (bercakap bagi diri sendiri), mereka hanya mencari suami melihat pada aspek sifatnya seperti bertanggungjawab, beriman, berkepimpinan, DLL yang positif untuk keluarga.

Betul?

Ok. Tak tahu buktinya di mana. Tetapi melalui pemerhatian. Wah macam hidup 50 tahun sudah kau ya. Boleh buat research master untuk Sains Sosial sudah. Hihi..

Ayat dari kawan-kawan: (bila sesi mengumpat)

“Lelaki ni, biar diorg jahat macam mana, kaki clubing, tukar pempuan sana-sini, last-last pi cari bini yang lain juga. Sapa nak pempuan yang yang sudah diangkut sana-sini.”

Emmmmm?

Ayat Mak aku: (bila aku duduk ‘berkangkang’ dan ketawa kuat-kuat)

“Elok-elok skit perangai tu, nanti tiada laki nak ambil wat isteri”

Haaaaaaa?

Ayat kakak aku: (bila aku keluar rumah tak pakai bedak atau make-up, dan fesyen aku t-shirt n jeans, xda baju ladies)

“Cubalah pakai baju ladies skit, pakai bedak, make-up, baru lelaki pandang.”

ewwwww????

Ayat dalam majalah:

“Lelaki mana yang tidak inginkan seorang perempuan yang sejati, yang masih memiliki ciri-ciri kemelayuan, kelembutan, ketatatertib-an sebagai wanita Timur, sopan, beragama dan pandai mencuri hati lelaki mereka untuk dijadikan permaisuri mahligai mereka?”

Kannnnnn???

Ayat dalam TV:

“Perempuan yang menarik, cantik, cerah dan mempunyai kulit yang mulus akan menjadi tumpuan para lelaki yang sedang mencari suri hidup mereka, jadi gunalah produk kami ……….. untuk menjerat dan memikat hati lelaki idaman anda.”

Seeeeee????

Nah, betulkan kalian. Kalau salah haraf maaf wahai para jejaka di luar sana.

Chow….(^_^)

Bercakap bila perlu

Salam,

Pernah baca buku motivasi baru-baru ini, yang membuatkan badan kita lemah adalah kerana terlau banyak makan, banyak tidur, banyak bercakap dan banyak buat jimak.

Betulkah?. Kemudian aku google mencari. Jadi jumpa blog ni, jadi minta izin ‘copy’ ya..

Rasulullah SallAllahualaihi wasallam juga bersabda : Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.(Riwayat at-Tirmizi).

Pesan Rasulullah sallAllahualaihi wasallam: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.(Diriwayatkan oleh Baihaqi.)

Kemudian aku baca lagi..

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Kemudian ada lagi..

Rasulullah sallAllahualaihi wasallam ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan keindahan akhlak. Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: Kejahatan mulut dan kemaluan. Sabda Rasulullah sallAllahualaihi wasallam lagi: Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya. (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.)

Ok, cukup?

Aku dedicate entri kali ini kepada sesiapa yang terlalu banyak bercakap. tak kisahlah dia banyak bercakap perkara apa, yang membuatkan telinga aku bernanah mendengar. Hihi..

Adiosss..amik pengajaran sekalian.

Sakit hati!

Salam,

Serius sakit hati. Terasa sangat. Huhu..terus down. Oh….Ya Allah!

Entahlah, aku tak pernah rasa begini kalau orang lain yang cakap dan buat, tetapi kalau dia, senang saja. Ghost!!!!! Benci sangat. Rasa macam mau santau je dia tu, pastu hantar ‘orang’ kucar-kacirkan hidupnya. Huarghhh…jahatnya fikiran.

Dengar sini, aku ini tidaklah sejahat, sekejam, sekeji, sehina kawan sebegitu. Aku punya perasaan. Rasa hormat, kasih dan toleransi itu masih lagi aku titikberatkan.

KAU, kalau kau tidak ada rasa hormat sekalipun dengan aku, aku masih, ya masih boleh ada rasa hormat dengan kau. Aku masih boleh bersemuka dengan kau, rasa sakit dan benci akan aku buang jauh-jauh. Manusia, aku tahu selalu buat silap. Kau dimaafkan.

Hehe..melankolik betul ayat. Tak apa kali ini aku buat-buat tak tahu, buat-buat kau tak pernah rosakkan hati aku, buat-buat kau tu baik macam ‘malaikat’, tapi selepas kali ini, jangan harap.

Ok. Pedulikan entri sakit hati di atas.

 

 

 

Do You Know?-Enrique Iglesias

 http://www.youtube.com/watch?v=UqON44CLaQM&feature=related

 

“Do You Know? (The Ping Pong Song)”

Do you know [x3]

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away.
(Do you know [x3])
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed.

Do you know [x4]
Do ya

If birds flying south is a sign of changes
At least you can predict this every year.
Love, you never know the minute it ends suddenly
I can’t get it to speak
Maybe finding all the things it took to save us
I could fix the pain that bleeds inside of me
Look in your eyes to see something about me
I’m standing on the edge and I don’t know what else to give.

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away.
(Do you know [x3])
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed.

Do you know [x4]
Do ya

How can I love you [x4]

If you just don’t talk to me, babe.

It flows through my head
The question is she needed
And decide all the man I can ever be.
Looking at the last 3 years like I did,
I could never see us ending like this.
(Do you know)
Seeing your face no more on my pillow
Is a scene that’s never happened to me.
(Do you know)
But after this episode I don’t see,
you could never tell the next thing life could be

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away.
(Do you know [x3])
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed.

Do you know [x3]

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away.
(Do you know [x3])
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed.

Do you know [x7]

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away
(Do you know [x3])
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed

Do you know [x3]

[Chorus]
Do you know what it feels like
loving someone that’s in a rush to throw you away
(Do you know how it feels)
Do you know what it feels like
to be the last one to know the lock on the door has changed

Do you know [x4]
Do ya

Do you know [x4]
Do ya

Do you know [x4]
Do ya

Bila bahasa sudah maju

Salam,

Kelmarin minta semula handphone aku yang digunakan adik lelaki. Jadi sekodeng-sekodeng dalam inbox dan sent item (ini memang keja aku nak tengok mesej jiwang-jiwang orang bercinta..hehe..). Yewww! pelbagai bahasa yang aku jumpa. Budak-budak zaman sekarang ni bahasa bukan main canggih lagi. Sampai orang lain tak faham. Bukan itu sahaja panggilan untuk pasangan juga maju. Sayang, mama, papa, biey (hubby or baby), mamy, abang..yeww!!!!

Hah, mari aku senaraikan antara perkataan terbaru yang dicipta remaja sekarang. Semua ini aku ambil melalui pemerhatian dari adik-adik aku, pelajar aku sendiri dan facebook. Jom..

1) moe : mahu

2)skunk : sekarang

3) toe : itu

4) koe: kau

5) dye : dia

6) lha : -lah

7) kowang : korang

8) unk ; hang

9) aq : aku

10) gewdik : gedik

11) kew : ke

12) pes tym : first time

13) Eny, nyh, nie : ini

14) kmoo : kamu

15) mesty : mesti

16) bley : boleh

17) suka aty : suka hati

18) qw: ku

19) soe : so…

20) yunk: yang

Hah! ini di antara yang aku pernah baca. Tak tahulah dari mana budak-budak zaman sekarang dapat perkataan ni. Naik sakit kepala aku baca. Sudahlah tak faham erti. Huh!

Tapi peliknya, adik-adik aku kalau hantar mesej untuk aku proper je bahasa. Tak pula macam yang aku tulis kat atas. Boleh pun tukar bahasa, yang menggatal guna bahasa-tak-tahu-asal-usul-dan-tiada-erti-tu buat apa? Lebih parah lagi, semasa aku mengajar jadi guru Bahasa Melayu, ayat itu jugalah yang digunakan budak-budak tingkatan 4. Sedihkan? Bila menjadi pensyarah ni, sakit hati dan mata aku tengok kertas kerja mereka penuh dengan bahasa-bahasa shortform tu. Terpengaruh dengan penulisan mesej. Bila ditegur semua jawab ‘sudah biasalah miss tulis mesej macam ni..pendek’..eiiii..aku ketuk juga kepala kamu masing-masing. Bikin malu dengan guru BM kamu saja. Dan akhirnya, terpaksa juga aku bagi amaran, sesiapa buat assignment guna shortform atau bahasa mesej, saya buang dalam tong sampah.

Tolonglah adik-adik. Gunakanlah perkataan yang betul, baik, tepat dan sempurna. Akak (hehe..ini ditujukan untuk adik-adik bawah umur ok..) pun kalau tulis sms guna shortform tu, tapi bila memerlukan kita menulis untuk perkara formal, maka akak tanpa segan silu akan menukarkannya. Tolonglah adik-adik, bahasa adalah budaya kita, yang menggambarkan bijak atau tidak diri kita. Betul. Kalau dalam berbahasa juga kamu tidak bijak, jadi macam mana? Walhal, bukankah kamu dan akak sudah dididik dari sekolah rendah ke sekolah menengah mengenai bahasa yang betul. Tolonglah sedarkan diri sendiri. Tolonglah sedar diri. Tolonglah buang bahasa-tidak-tahu-asal-usul-dan-tiada-erti itu. (ehem..pesanan wakil daripada ibu-bapa, guru-guru, pensyarah, tutor dan kakak-kakak)