Posts from the ‘Macam-macam’ Category

Memori Si Buah Limau dan CNY

Salam,

Budak rumah ada bawa balik buah limau oren dari ofisnya yang super-duper marvelous! sedap! manis! bermadu! Mula-mula kena pelawa malu-malu kucing lagi mau tak mau makan, sekali sebiji masuk perut macam semua mahu bawa masuk bilik..weekkk..gila tamak kan?

Tapi, seriously sedap. ^_____^

Teringat zaman kerja di Putrajaya dulu, asal dekat-dekat nak CNY terus banjir ofis dengan kotak-kotak limau, berbandal-bandal kena longgok tepi meja bos.

Heaven! syurga oren. Ada yang pelbagai gred. Ko pilih mana satu mahu sumbat dalam mulut. Syukur, kerana bagi masyarakt Cina, buah oren lambang murah rezeki (Ye kut?). Itulah pasal semua berebut-rebut bersedekah. Syukur juga, kita hidup dalam pelbagai kaum dapat juga merasa, berbagi rasa, berkongsi nikmat..:)

Aku bab buah limau bagilah sebanyak manapun, mampu aku telan. Tak kisah limau oren, limau manis, limau tambun..semua bedal.

Aku dulu mana kenal buah oren ni. Ingat buah ni tiap-tiap musim ada kena jual di pasaraya, rupanya bermusim. Sila gelak-guling-guling. Sebab tak ambil ‘pot’ punya pasal terus jadi gadis ketinggalan zaman yangg baru keluar dari gua.Huarghhhhhh!

Pastukan, kenal buah oren ni masa praktikal di Utusan Malaysia pada tahun 2009. Hairan juga kenapa buah oren bersepah saja di ofis, sana-sini semerbak bau limau. Pastu senior wartawan sibuk offer makan limau. Erk?apasal tetiba jak ofis pesta limau ni. Gila innocent.

Mula-mula tak kisah juga. Tapi perasan curious tu tinggi, like a cat walk on the thin ice lah kan, budak gila innocent dan bendul, terus tanya ntah dengan siapa pun aku dah tak ingat.

“Kan nak CNY tu yang supplier bagi limau”
“Hah?apa relevan limau, supplier dan CNY?” (Budak dungu bertanya)
“Kebiasaanya bila tiba CNY orang Cina akan bagi limau…”
“Ok” (Takut kena lempang baik pura-pura ngerti dong!)

Haha..kelakar kan, padahal ada saja google, kenapa tak google-toggle jak kan? pastu budaya tu semakin boleh adapt dengan persekitaran aku bila mula masuk alam pekerjaan.Hinssssh!hinsshhh! bila ingat saja betapa ‘pure’ nya lah general knowledge dulu-dulu, rasa macam mahu humban diri sendiri dalam gaung. Alah! lek la, bukan aku sorang saja tak tahu, korang-korang pun tak tahu juga kan? (sila angguk untuk menenangkan aku..please..)

Kemudian, bukan memori buah limau saja aku ingat, bab CNY ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku rasa macam nak balik zaman muda-mudi dulu yang aktif..:)

Aku dan kawan-kawan pernah buat rakaman di sebuah rumah keluarga Cina di Melaka ketika mereka makan besar. Sangat meriah. Mereka juga sangat supporting. Oh! dapat makan limau dan kena bagi ang-pow lagi..hehe..terliur juga tengok menu keluarga tu,semua nampak sedap..hihi..

Interview tuan rumah yang tak fasih bahasa Melayu dan tak juga boleh berbahasa Inggeris, sangat mencabar, berpeluh-peluh kami cuba memahamkan beliau. Syukur, kemudian nasib baik ada cucunya yang pandai berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris.

Inilah keluarga Cina yang baik hati..:)

Inilah keluarga Cina yang baik hati..:)

Haha..memang muka innocent semua..lawak..

Haha..memang muka innocent semua..lawak..

Antara hidangan makan besar famili ini..:)

Antara hidangan makan besar famili ini..:)

???????????????????????????????

DSC03191

Hehe..itulah kami yang sedang cari bahan..:)

Hehe..itulah kami yang sedang cari bahan..:)

Malam tahun baharu kami pergi Jonker Street di Melaka, interview local people pula mengenai sambutan tahun baharu mereka tahun ni. Happening gila. Sesak pasar malam di situ. Memang ramai pelancong yang ikut ‘sibuk’ membeli belah. Hehe..pastu sibuk-sibuk juga kami macam pelancong, siapa peduli kan..:)

Pastu mission complish, kami sekumpulan pergi Bukit Bintang untuk cover event mengenai makanan Yee Sang terpanjang yang masuk Malaysian Book of Record pada 2007 kalau tak silap.

Here we come!

Here we come!

Nah..inilah Yee Sang tersbut..sangat panjang..:)

Nah..inilah Yee Sang tersbut..sangat panjang..:)

Siap tunggu sampai tengah malam, tertinggal LRT yang terakhir, kena hujan, interview pelancong asing, pastu terpaksa kena rescue di KL Sentral..haha..

Syukurnya aku kenal apa itu Yee Sang dan berpeluang merasa di Bukit Bintang dan ikut sama-sama ‘menggaul’ Yee Sang. Epik betul. Dahlah tak pandai pegang chopstick. Kalau diingat kembali sangat merindui saat busy being a siswi..how I missed that kind all of things.

Alhamdulillah, for the result we all got A for that subject..^___^

Paling best mestilah melihat kemeriahan tarian Singa dan Naga kan? Masa kecil sangat takut benda yang diusung dan dibawa menari bersama tu (naga dan singa la)..haha..asal saja ‘singa’ masuk kedai terus bertempiaran lari tak jadi membeli..lucu..budak-budak kan..:)

Lepas daripada itu, pelan-pelan aku mula adapt budaya masyarakat lain. And I felt that its sometimes make we proud being born in Malaysia, multiracial, multiculture..

Ya, dari sebiji buah limau kiata boleh mewujudakn perhubungan dan mengeratkan persahabatan..simboliknya limau dan CNY..:)

Aku, kerja dan pelajar

Salam,

Sambil memantau pelajar-pelajar ambil ujian hari ini, rajin pulak tangan mengupdate entri..haisshhh..buat-buat lupa padahal banyaknya kerja kena settle kan ni. Tapi, aku kan gila kentang slumber-badak buat kerja last minute, so the outcome of course as you wish will get ‘somethingfancy’ from ‘the last minute’ punya kerja.

Oppss! adik-adik jangan ikut ahkak, ahkak dah 45 tahun hidup di dunia, terlalu banyak makan garam tu yang otak sewel sikit. Ingat tu, yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan pengajaran..:P

Mungkin beginilah aku tua nanti kan..hahaha..perasan..credit:tuan punya gambar dan pakcik google

Mungkin beginilah aku tua nanti kan..hahaha..perasan..credit:tuan punya gambar dan pakcik google

Ok, the things that I should settle down in short day ini ialah
i. Proposal to organize World Book Day middle of Mac..<—- yang ini sepatutnya pelajar yang buat tapi I kan murah hati..:)
ii. Notes; should be my note will updated every semester, but emmm..emmm..I malas..so, students, just bersyukur dengan adanya nota itu, tak perlu mahu yang lates bagai ok..sama saja pon! (larriiii…)
iii. Kena design flyers untuk meminta bantuan orang ramai menyumbangkan buku-buku terpakai mereka. Ok, I got it, its terrible one, sebab aku tak pandai design.
iv. Belum terfikir mahu bagi tugasan apa kepada pelajar.
v. Belum mengupdate 'bank soalan'..dekat-dekat nak exam nanti baru separuh mati 'mencipta' soalan kreatif.

Dan banyak lagilah..huhu..

#Lucu aku perhatikan riak wajah pelajar-pelajar..susah le tu soalan aku. Terkebil-kebil, pandang siling, pandang kertas semula, ada yang termenung jauh..hey, macha! aku dah inform korang ada ujian dari minggu lalu lagi kan? Hujung minggu korang buat apa?

45 minit bagi peluang dengan pelajar menjawab ujian..Good Luck!
Gelagat pelajar, ada yang pengsan sudah, urut-urut batang leher, main pen..credit: terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Gelagat pelajar, ada yang pengsan sudah, urut-urut batang leher, main pen..credit: terima kasih tuan punya gambar dan pakcik google.

Hahaha..aksi terbaru melurut rambut dengan pen!
How creative you are student.
Eh! saya puasa ganti hari ini. Apa mahu makan buka puasa nanti ya?
Plan mau buat spageti ikan sardin, bahan ada yang ada kecuali tomato. Senang. Jom menu berbuka hari ini western sikit.
Ok, lah apa-apa pun GOOD LUCK me and you-student!

gd

Resepi pelik dan kreatif

Kamu perasankah ada beberapa jenis makanan tempatan yang tidak ngam atau ‘match’ kombinasinya tetapi sedap dan boleh diterima tekak?

1. Tempoyak (durian) dan ikan.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Aku memang tak boleh makan masakan gulai tempoyak dan ikan. Apa jenis ikan pun. Paling popular mestilah gulai tempoyak ikan patin. Bagi aku tak ngam langsung. Durian + ikan. OMG! seram.
Pernah juga mencuba, tetapi tetap tekak tak boleh terima. Bau durian dulu sampai kat tekak kemudian rasa ikan. Kau ingat apa rasa kalau durian dan hanyir ikan dicampur? huhu..Tetapi bagi orang lain sedap hingga menjilat jari kan. Ok, berbahagialah kamu dengan menu ini. Syukur, kurang satu kepala sebagai pesaing..^___^

2. Pulut dan mangga.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Pernah makan? memang diakui kreatif dan sedap. Aku pernah makan. Aku mula kenal benda ni pun daripada tuan rumah lama yang memang rajin dan kreatif memasak.
Kalau tidak silap resepi ini berasal dari Thailand kan?
Rasanya menu ni sedikit sesuai, sebab kombinasi, manis lemak dan masam manis. Superb gila! Tapi tak boleh makan banyak, sangat membunuh kesihatan badan. Yelah, belum kira pulut yang melembabkan otak, ditambah dengan pati santan yang manis leting (orang Kelate goyak) pekat memikat itewww..membuatkan anda koma kalau makan banyak..^___^

4. Karipap inti mee.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Hah! yang ni kat Sabah sahaja ada (kut). Baru kelmarin aku makan. Dulu semasa sekolah menegah ada lah sekali-sekala kena serve di asrama, masa tu confirm aku campak bagi kat member, sebab pelik, karipap inti mee? sungguh kreatif. Ok, aku admit. Aku tak pernah terfikir pun.
Paling-paling pun selalu kita melantak karipap inti kentang, ubi manis atau sardin kan tapi yang ini MEEEEE..sangat berterima kasih kepada individu yang mencipta resepi ini.
Orang cakap makan karipap ini dengan cecah sambal pedas dan manis. Ya, sangat sedap..^____^..tak cuba maka tak chentaaa!

5. Popiah pisang.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ya Allah! yang ini rasa macam nak lempang pencipta menu. Kreatif tahap Einstein. Tapi tak boleh blah bab bahagian rasa. Makanan ini pun tekak aku tak terima.
Aku tertipu dengan menu ini semasa meeting di tempat kerja hari tu. Berkobar-kobar nampak menu petang tu popiah. Kegemaran hamba ini. Semangat teruskan meeting. Bab makan sila serah pada aku..:P
Bila gigit je popiah rangup tu rasa pisang, sekali keluarkan dari mulut..apa ni?aku disabotaj ke?kenapa popiah ni ada pisang? lepas tu tanya member, popiah kau perisa pisang juga ke?hehhe..memanglah, satu kilang.
Apa lagi..terus ban resepi. Terima kasih tuan kafe sebab malas nak goreng sayur dan balut dengan kulit popiah atau bab nak save vajet! Itu persepsi aku. Lepas tu aku cuba tanya member-meber ofis lain pernah makan tak popiah pisang, diorang pun cakap pernah! sedap!..ok, aku selalu oudated..pastu minta pertolongan pakcik googel, ya, memang ada resepi itu. Sorry tuan kafe sebab buat andaian bukan-bukan pada kamu…^___^

6. Telur dan mayonis.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Ala-ala barat sikit. Selalunya ada di menu sarapan fast food restaurant kan? Boleh la terima. Tetapi tak boleh makan banyak-banyak sekaligus, muak!
Tapi kalau telur dadar macam kat gambar tu nampak sedap kan..hehe..

7. Kerabu kaki ayam/perut

Hehehe..kalau bab makanan masam serah pada aku. Sedap! aku suka kerabu-kerabu ni semua. Syukur, nasib baik tak hanyir..:)
Kerabu kaki ayam pernah dah aku buat sendiri, memang sedap, tetapi kerabu perut belum lagi. Ada orang geli nak makan kaki ayam dan bahagian dalam haiwan kan?
Hehehe..aku bagitau kamu, part-part organ dalaman macam hati ayam atau lembu, jantung ayam, lidah lembu, paru atau limpa lembu semua aku boleh makan. Sedap apa, kan?hatta, ekor dan kaki lembu pun aku makan…:P.
Aku kalau kena buang dalam hutan pun boleh hidup (yeke?!)..^___^

8. Kuih cara berlauk.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Dulu masa duduk Sabah tak tahu ada kuih ni. Masa belajar di Semenajung dan balik kampung bapa di Melaka baru makan kuih ni. Makcik-makcik kat sana buat untuk hidangan kenduri.
Mula-mula konfius sikit, kuih cara tu manis pas tu bubuh lauk (daging atau isi ayam dan sayur) apa rasanya ye?tak hanyir ke? Aku memang alah dengan makanan hanyir.

Sekali rasa ok pula. Ok, tekak boleh terima kemudian tersenarai dalam carta kuih kegemaran..:P
Tapi, kadang-kadang aku terbeli juga daripada tuan buat kuih yang tak pandai buat, haruslah berbau hanyir..amat malang lah aku dikala rasa ingin membuak, sekali rasa bau hanyir..ok, cik pah (tong sampah) lah jawabnya. Semoga Allah mengampuni aku (tsktsk..)

9. Paceri nenas.

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Credit: Terima kasih tuan punya gambar & pakcik googel

Biarpun menu ini sangat famous ketika kenduri kendara majlis kahwin atau kenduri arwah kat kampung aku dan mak adalah orang paling teror memasak menu ini, tetap aku tak pandai makan.
Nenas dimasak dan digoreng dengan minyak?
Nenas dan Minyak?
Nenas dan Minyak?
Oh…tak ngam langsung. Tolonglah mansuhkan resepi ini dari atas muka bumi. Akak-akak aku yang mempunyai test apa-apa-ntah memang tukang makan dan menu kegemaran.
Ok, kena admit, memang wangi dan menyelerakan. Sangat! tetapi apa boleh buat tekak I tak nak terima…:)

Berfikir Positif dan Optimis

Salam,

* Sticky post about Travelog Hati Yang Nanar!

Selesai. Aku dah campak di tepi katil. Kemudian, update status tak puas hati di Fb, kemudian masuk blog untuk mencacai. Tersangat sedih dan marah. A loooooooooooong day today.

Penat dari menghantar adik konvo di IKBN Kinarut belum hilang, ditambah dengan penat mental. Alahai, Sabtu, kenapakah kau begitu kejam dengan aku hari ini?am I so bad to you before?or am I had make sin to you? or make something fussy behind you from my past birth?

“Sepatutnya kelahiran kedua ini lahirkan sahaja aku menjadi seekor lipas, yang dibenci dan dikeji sebab tubuh ku yang hitam dan menggelikan, kematian selalunya di bawah tapak kaki atau di bulu penyapu!”

WTH! errr..kalau dalam filem begitulah dialognya. Dialog orang ‘frust’. Tumpang lalu…T______T

Sepatutnya, Sabtu untuk berlibur, bersenang goyang kaki, menghayun langkah merata bandar cari dosa, mengukur jalan, tak pun cuci mata di shopping complex, sambil-sambil menuai perhubungan (?), tak pun paling cikai tidur terbongkang sampai jam 11 pagi.

Tapi aku pula?bagaimana?Mengapa?kenapa aku?

Dari situlah datangnya gila meroyan tuan blog. Grrrrrrrrrr…

Ah! baru tadi petang aku merungut sendirian, persoalan kenapa itu, kenapa ini, kenapa begitu, kenapa begini. Maghrib tu konon mahu mengadu dengan tuhan betapa terbebannya aku dengan ‘masalah’ (yang aku sendiri pun tak tahu). Konon!. Nangis bagai, kemudian ambil surah Yassin, baca. Baca ayat 21: dengan terjemahan sekali. Sebak, rasa aku disindir, kemudian ditampar bertubi-tubi didahi, kemudian dikutuk,”Nah, padan muka!”.

[21]“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk”.

Cuba kamu baca. Tiada rasa apa-apa kan? sebab kamu tidak dirundung dengan masalah. Serius, apabila kamu ditimpa rasa tidak bersyukur, rendah diri, rasa akulah paling malang, rasa kamu diabaikan, rasa dipinggirkan, miskin dan daif, ulang balik baca terjemahan di atas. Kamu akan tahu  betapa ajaibnya ayat itu.

Sebab itu jugalah, aku tambah menangis.

Itu pertama.

Hati jadi suam-suam kuku, elok sikit daripada yang mula-mula tadi. Kemudian godeh-godeh youtube. Menakjubkan. Dalam berjuta-juta video dalam youtube, aku jumpa ini

.

Menangis lagi. Ya Allah! betapa tidak tahu bersyukurnya aku. Manusia yang sempurna akal dan fizikal, tetapi masih merungut.

Terasa bodohnya aku membebankan fikiran dengan perkara remeh, benda yang sambil ‘menyahut-panggilan-alam’ pun boleh fikir penyelesaiannya, berfikir seolah-olah semua masalah dalam dunia ini diikat dalam karung dan pos ke alamat rumah kau. ^______^

Sedangkan, orang yang tidak sempuran fizikalnya, berusaha untuk menghiburkan orang lain, bukan setakat menghibur malah menyedarkan betapa Tuhan sangat sayang pada kita.

Ya Allah! the old myself, please go away. I don’t want you anymore. I’m so tired having you around become my trusted and old friend for long long times, is enough for you, and for me. Say good-bye and find your own destiny. Sometimes, the precious one, is the one that we should let they go. But, you are not ‘my-pride-precious-thing’!

Ini kedua.

Sudah-sudahlah merungut dan berfikiran sangat pesimis, tukar pergi caj optimis.

Selalu fikir ‘kenapa asyik-asyik aku sahaja kenapa bukan orang lain?”. Apa kau ingat kau fames sangat sampai Tuhan nak fokus kau seorang sahaja. Walaweh..lebih-lebih nampak!

Cuba fikir macam ini, ya, aku tahu sangat klise tapi aku tetap mahu kongsi ‘setiap apa yang terjadi ada hikmahnya’. Ok, sila, sila kalau mahu  muntah atau tampar diri sendiri kerana terlalu bosan dengar phrase itu.

Lagi, Allah ada perancangan sendiri. Allah is a great planner. T_______T

Tak pun cuba kata-kata positif ini pula “always look on the bright side of life.”

Boleh muntah hijau kalau mahu. 😛

Kita, biar segunung kata semangat dan positif kalau tak ubah attitude tak juga menjadi. Paling dekat, sila pukul dada sendiri. Sakit? ya, kitalah tu contoh paling terdekat.

Sedang membaca buku ini, kalian…hehe

Sekian Travelog Hati Yang Nanar.

#####################

FUHHHHHH!!!!

Feel very relieved to be able to write and share my feelings in this deary blogs. Writing is my therapy to recovery my internal sickness. Writing, for me like firework that can make people amaze, mesmerize, flabbergasted, giggling, smiling and clap their hand when they saw colorful light shine in vast sky. There same goes to me. When I’m start to write, my mind are everywhere, and think what should I write first, about this or this? Actually, I’m not a good writer, oh memanglah tidak, tapi cukuplah boleh lepas gian dalam blog..see then!

*Mesti tertanya-tanya apa yang aku campak tepi katilkan? Jawapannya: Skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar. ^____^

Provokasi Jodoh

Stickypost: Maaf, entri ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang tidak beremosi!

Salam,

Tadi saya dan kawan borak-borak mengenai jodoh. Eh, jodoh lagi! alamak ketahuan. Banyaklah isu yang bersangkut-paut dengan jodoh kami bincangkan (seriuslah sangat!) sambil menikmati makan malam di McD. (Lepastu burger tertinggal atas meja -__-“)

Isu pertama- Tiada rasa keinginan.

Kenapa pada umur saya yang menjangkau ke blablabla ini masih tiada rasa ingin kahwin?kemudian kawan saya cakap, memang macam tu, tapi ada satu masa nanti kau akan melalui fasa itu.

Oh! kalau boleh jangan dulu ya Allah! pintaku senyap-senyap dalam hati. Saya belum bersedia fizikal dan mental.

Serius. Sangat serius, bila agaknya fasa ‘merasa-ingin-dipunyai’ itu akan datang?gila tak gila. Boleh bayangkan apa jadinya kalau sudah berperasaan begitu tetapi tiada calon?kau mau meminang lelaki?mau mengurat lelaki?nauzubillah. Dijauhkan.

Jawapannya: Terserah kepada takdir, lambat atau cepat ketentuan Allah.

Sila simpati!

Ok, itu isu pertama.

Isu kedua-Kalau calon sudah ada tetapi tidak menepati ciri-ciri suami yang kamu inginkan, lalu bagaimana?

Errrr…mahu jawab yes, I do! atau Sorry, I’m not ready, yet!

Alamak! jangan reject si dia. Mengikut kajian (hehehe..) dan pendapat kawan-kawan yang sudah terlebih makan garam, mereka berkata, jika, jika lelaki sudah meluahkan hasrat hatinya ingin menyuntingmu, maknanya pada waktu itu sidia sudah bersedia, ya, fizikal, mental dan kewangan. Jika kamu menolaknya, mungkin ada kali kedua, tetapi tidak untuk kali ketiga, sebab lelaki jiwanya sangat sensitif apabila ditolak. Betulkah?

Tetapi, apa cerita jika pihak kita pula yang tidak bersedia?

Jawapannya: Tampar pipi, sila fikir sendiri.

Isu ketiga: Kita bersedia, tetapi lelaki tidak berani luah.

Erk, bikin takut kalau jumpa lelaki penakut. Lepastu pemalu meluahkan. Alahai, cik abang. Tak kan kami yang pergi masuk meminang. Ada sanggup?pecah tradisi. Kami yang bawa cincin dan rombongan cik kiah pergi rumah kamu sambil berpantun. Hehe..lawak.

Sebenarnya, ramai perempuan sudah layak dan bersedia, tetapi pasangannya pula tak berani mahu merisik, atau pun kawan-tapi-mesranya tidak ada keberanian bagitahu yang ‘saya suka awak’ kepada kawannya secara bersemuka.

Kata kawan saya, kalau lelaki pun malu meluah apa lagi perempuan,  memang naluri perempuan sangat malu. (Psssttt! kalau tak malu tu bukan perempuanlah namanya). Jadi tugas meluah secara konvensionalnya adalah tugas LELAKI.

Dalam sms bukan main berani, tapi bila berhadapan macam-macam isu kau kasi keluar..^___^

Isu keempat: Dua-dua bersedia tetapi jodoh tersangat berat.

Masalah keluarga, kewangan, jarak, kerjaya, bekas kekasih (termasukkah tu?), perbezaan peganggan agama.

Kawan-kawan (lagi!), ya saya bergelumang dengan cerita kawan-kawan di sekeliling, jadi perlulah mereka dijadikan role-model. Kau ada kawan?hehe..—->

Saya kerap dibuai diceritakan dengan kisah kekecewaan, kesedihan, keputusan mendadak, kemarahan dan macam-macam lagilah mengenai jodoh. Ada yang sudah bertunang tapi putus sebab yang berselisih pendapatnya di antara mak dan bakal mak mentua, jadi kenapa anak terlibat? ermm..dah merancang nak buat majlis pada sekian-sekian tetapi bekas kekasih muncul membuat onar, yang kau peduli buat apa, dah ex, maknnya, ex la.

Kalaulah semua orang begini, alamatnya…ermm…

Isu kelima: Kena paksa kawin.

Lari!

Hahaha..yalah, kena larilah, dah kena paksa, paksa bermaksud tanpa rela. Kau mahu tidur ke dengan orang kau tak kenal, kau nak ke tinggal sebumbung dengan lelaki yang kau tak tahu?kau nak anak kau..ok..ok..faham..

Sebenarnya, bukan itu jalan penyelesaiannya, cuba kenali lelaki itu terlebih dahulu, lihat personalitinya, uji mindanya, korek isi poketnya, jeling-jeling keretanya..kihkih..kalau semua ok, teruskan, kalau K.O boleh lari..^____^

Tapi serius, kalau dulu boleh kut kahwin dengan lelaki tak kenal macam cerita mak bapa kita kan, tetapi perubahan sosial hari ini tidak memungkinkannya. Lelaki zaman dulu keturunan baik-baik, lelaki zaman sekarang tak tahu dari planet mana. Dibuatnya terkahwin dengan….

Oklah, saya berhenti sampai di sini, takut ada yang cakap saya tak betul.

Bye…wasalam..^_____^

Wordless Thursday

Salam,

Hari ini:

1. Tiada makna saya mahu berbaik-baik dengan orang yang tidak mahu berkawan dengan saya.

2. Melawat pelajar  berlatihan industri. Saya tahu pasti ada yang tidak berjalan dengan lancar. Banyaknya masalah yang akan dilakukan oleh pelajar.

3. Saya makan nasi lemak yang dibahagi dua, separuh untuk sarapan, separuh untuk lunch. Untuk lunch saya add on dengan ayam masak lemon. Tak sedap langsung. Ayam masak lemon seketul rm1.60.

4. Saya beli  kuih-muih Rm2: 7 biji, karipap dan keria. Ada lagi ke tempat korang jual kuih dengan harga ini?tak ada kan?..hihihi..

5. Adik saya buat lawak dengan mengatakan bakal mentua dia akan datang pada hari raya nanti.

6. Sewaktu mengajar tadi saya terlupa perkataan ‘amusing’. Malu dengan pelajar. Hewhewhew…^_^

7. Kasut berbau busuk, sebab masih lembab kena hujan kelmarin. Oleh kerana saya malas mahu pakai heel, terpaksa sarung kasut flet itu juga. Jadi, kaki saya turut sama berbau ‘nyaman’ busuk.

8. Saya sedang sibuk menyudahkan kerja yang seminggu tak pandai siap ini.

9. Saya tukar gambar profile di FB hari ini..^__^

10. Ada kawan foward mesej untuk kupon McD, beli satu Chicken Foldover dapat percuma satu.

11. Saya sibuk cari buku rujukan Asas Komunikasi, Introduction To Mass Communication, Communication Theory, untuk disumbat dalam silibus.

12. Saya belasah Master Potato member office, sangat memalukan.

13. Internet sangatlah lembab, macam siput.

14. Saya sangat susah hati terhadap satu perkara itu, tetapi saya buat-buat tak tahu..(-_-“)

15. Bye, wasalam.

Pondan/mak nyah Golongan ketiga

Seorang gadis seksi, hanya memakai tube dan skirt ngam-ngam paras bontot. Berjalan dengan lenggang dan lenggok menggoda yang bertujuan. Ya, bertujuan memikat sang jejaka yang buta mata dan buta hati. Rambut panjang ala-ala model (haruslah!), bermake-up tebal, memakai bra, bercukur kening, bertumit tinggi, tetapi tiba-tiba, di sana kamu nampak dia kencing berdiri..oh mannnnn! Jelek bukan?pitam sekejap.

Maaf, sekadar gambar hiasan, kredit tuan punya gambar..

Seorang rakan ada bercerita, memang depan mata dia sigadis itu kencing berdiri. Tak perlu duduk mencangkung macam perempuan, dia hanya berdiri dan singkap skirt..^___^..

Kemudian, dalam fikiran jahat aku, kalau mereka pergi tandas pun, pintu mana yang mereka pilih, yang bertanda orang pakai skirt atau pakai seluar. Mereka sendiri keliru. So, make sense-lah diorang buang merata-rata hatta di tiang lampu dan dinding tangga. Please imagine!

^____^…(terima kasih tuan punya gambar)

Jom, kita mengenali siapa golongan yang mengalami krisis identiti ini. Maaf, bukan untuk mengolok atau menjahati golongan ini, sekadar berkongsi. Kongsi maknanya kita ambil peduli. T____T

Pondan atau maknyah adalah golongan yang mengalami krisis identiti atau dari sudut sains disebut Sindrom Klinefelter. Pendek kata mereka mempunyai masalah psikologi. Mereka dilahirkan mempunyai jantina lelaki (maka sah-sah mempunyai alat kelamin lelaki) tetapi mempunyai naluri keperempuanan, suka kepada keindahan, kelembutan juga belaian. Sila klik sini untuk info lanjut.  Manakal pengertian dari segi perundangan sila ke sini. Terima kasih pakcik google kerana memudahkan kerja..>_<..

Golongan ini bukan khunsa (iaitu individu yang dilahirkan mempunyai dua alat sulit, alat sulit wanita dan lelaki), mengikut kajian (sila klik sini) 98.63% mak nyah dilahirkan sebagai lelaki, dan hanya 1.37% dilahirkan sebagai khunsa.

Dalam negara kita golongan ini dipanggil golongan ketiga(?), dan penukaran status jantina di dalam kad pengenalan tidak dibenarkan di mahkamah. Sila rujuk artikel ini. (kita tunggu sampai bila akta ini digunapakai).

Kebanyakan golongan ketiga ini mencari ‘rezeki’ dengan menjual badan body. Hasil pertolongan pakcik google, didapati rata-rata pondan/maknyah menawarkan harga yang lebih murah (RM20-Rm50) dan berbaloi untuk dilanggan oleh golongan yang mempunyai nafsu serakah. Mengejutkan, industri pelacuran (wow! aktiviti pelacuran menjadi salah satu sumber ekonomi negara, akan datang, mungkin..>_<) di negara kita sudah dimonopoli oleh golongan ketiga ini, tak kira pondan/maknyah tempatan atau dari negara sempadan. Pelacur-pelacur tegar wanita sudah dikalahkan. Ermmmm…

Di Thailand, golongan ketiga ini sudah diiktiraf. Ini kerana di negara Gajah Putih ini, podan/maknyah diiktiraf sebagai warganegara. Malah, kerajaan negara itu menubuhkan sebuah universiti khas untuk golongan ini. Universiti Suan Dusit. Gila kau nyah, marvelous, fabulous, meletops. Tapi jangan salah sangka, silibus dan model pembelajaran universiti ini sama macam institusi pendidikan lain. Tak ada silibus yang lucah-lucah-macam-mana-mau-belajar-cari-pelanggan-bagai. Percayalah…^___^..tak percaya lagi?hmmm…di sana ada sudah pertandingan ratu cantik pondan juga golongan ini diberi peluang menjadi pramugari..(sila kelip-kelip mata). Maka, apa yang ditunggu, silalah berhijrah ke Thailand.

Fakta lain, golongan ketiga ini mempunyai bahasa tersendiri, seperti nyah, noks, mak, uols, hanjeng dan lain-lain lagilah. Mahu belajar lebih lanjut sila ke sini.

Oklah, tak payah kongsi lebih-lebih, buat dosa kering saja. Maaf. Tiada niat mahu memalukan golongan ini, Mari kita bacakan al-fatihah untuk mereka (bagi yang muslim) untuk kembali ke pangkal jalan.

Satu lagi, kalau diorang ini jadi lelaki mungkin lebih kacak kan?sebab masa diorang ‘bertukar’ jadi wanita cantik gila, perempuan tulin pun kalah..^___________^..larikkkk.

Ok..ok..fine…jom doa ramai-ramai agar mereka sempat bertaubat……………………………….amin…amin..

p/s:pondan-pondan dan mak nyah yang sesat masuk sini, sila berkongsi perasaan anda. Terima kasih…:)