Posts tagged ‘Itulah aku’

Tetap sama

Salam,

Ehem..terkesima sekejap bila tengok pelawat blog buruk ni mencanak naik sampai 600 lebih kelmarin. Errr..apa korang cari sebenarnya? Ahak!

Selamat berpuasa 9 Muharam hari ini. Nasib baik teman-teman ingatkan hari ini 9 Muharam, kalau tidak ter’miss’ lah bulan mulia kali ini. Esok jangan lupa teruskan puasa 10 Muharam ya…:)

Hampir setengah tahun tak update blog. Fuhhh! sibuk mengalahkan menteri. Sibuk layan malas..ngehngehngeh .

Sedar tak sedar akhir tahun semakin menghampiri. Apa akhirnya kisah hidupku? status? kerjaya? kewangan? Sebenarnya satu sahaja jawapan; worst! Huhu…sila menangis di bawah tangga sambil makan julap.

Kisah hidup
Nothing better than last year. Tetap seorang yang biasa, cita-citanya juga biasa, yang luar biasanya kewujudannya tetap sama, ada tiadanya dia tiada yang peduli. Huargggghhhh! Sudah menambah hutang lain, selain hutang PTPTN dan pinjaman ASB. Ya, my baby boo…kereta la.
Dia tetap orang yang sama empat tahun lalu. Misi dan visinya harus berubah tiap tahun baharu, tetapi pencapaiannya masih ditampuk lama. Laaaaaaaaaaaammmeeeeeeeeeee…^____^

Status
Unjuran umur semakin kalut menaik. Orang sekeliling risau akan diri, tetapi empunya diri membuat muka tapai tak sedar diri sudah status andartu. What to do?
Orang pergi umrah, sibuk minta doa. Orang pergi haji kalut kirim doa minta jodoh, kan jodoh, rezeki dan kematian di tangan Allah.

Heh! Life must go on, even alone..>___<..yuckkk! sebenarnya pujuk diri dan orang lain yang bosan tengok aku sendiri kut..:)
Umur dia berhenti takat 21 tahun hari itu..tujuh tahun lalu.

Kerjaya
Ya, tiga tahun masih di sini. Kuli katak.Kalau kuli batak boleh lagi dibebaskan oleh majikan. Tapi kuli katak sangat selesa deng sekeliling, tidak mahu pindah dan cuba persekitaran baru.

Alahai, sudah tua cenggini, tak ada masa mahu cari pengalaman dan kawan baru..:)

Kewangan
JIka diaudit oleh bank negara, mungkin dia termasuk dalam berpuluh ribu remaja Malaysia yang muflis. Sila angguk kepala sayang.

Kenapa saya perlu bersyukur?

Salam,

Perlu, sangat perlu untuk saya dan kamu untuk bersyukur kepada Ilahi. Banyak perkara yang mewajibkan kita berterima kasih kepada Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah.

1. Saya ada keluarga bahagia

My big family ever. I love you all with my heart.

My big family ever. I love you all with my heart.

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Keluarga saya, keluarga besar, sangat besar dan meriah…^___^
Saya ada Mak dan Bapa yang outstanding gojes dan sangat mulia. Tanpa mereka entah apalah jadi kami adik beradik. Banyak budi dan jasa mereka terhadap saya dan adik beradik. Mereka sangat memahami, sangat cool dan penyayang.
Saya ada abang dan kakak yang baik, pengasih dan sangat membantu dikala susah. Saya ada 3 orang abang dan 3 orang kakak.
Saya ada 4 orang adik, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Saya ada 10 orang anak saudara-yang-cute-comel-loteh-dan-penghibur. Betapa bertuahnya saya kan?. Syukur ya Allah.
Opppsss! belum termasuk ipar duai saya..abang ipar 3 orang, dan kakak ipar 2 orang..:P
Dulu masa sekolah rendah dan menengah Mak dan Bapa yang bertanggungjawab ke atas saya. Meningkat remaja masuk universiti turn akak dan abang menjaga saya, beri saya perbelanjaan semasa di universiti, jadi kaki dan tangan serta kenderaan yang saya perlukan. Hari ini saya masih bergantung pada mereka. Merekalah penunjuk dan teladan saya. Saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya tidak ada mereka semua.
Syukur teramat ya Allah..:)
Seronok kan?

2) Saya mempunyai pekerjaan
Alhamdulillah, selepas saya habis belajar saya tidak menganggur sampai sekarang. Saya hanya bercuti rehat sahaja selama lebih 3 bulan (kunun..:)
Biarpun bukan kerjaya pilihan, tetapi syukurt tetap memberikan saya nafkah setiap bulan. Kerja pun bukan berat sangat. Duduk 9 jam di pejabat dan mengajar whatever you want…:P
Tapi saya happy! happy! happy!
Please, ya Allah! please give me a full gratitude on your fate..and I’ll try my best..syukur alhamdulillah.

3) Saya masih sihat walafiat

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Saya masih boleh berjimba-jimba, berzumba-zumba, bersalsa (konon!). Ya, saya masih mampu makan sendiri, berjalan ke kedai sendiri membeli makanan, colgate, sabun mandi, masih mampu meningati resepi dan memasak, berupaya untuk mandi sendiri, pergi tandas tanpa bantuan orang lain, bernafas menggunakan hidung, makan menggunakan mulut, kencing secara normal dan masih boleh memakai pakaian sendiri serta mengemas tempat tidur sendiri. BUKAN dengan bantuan orang lain. BUKAN itu satu kewajipan untuk saya bersyukur?
Ya, saya teramat bersyukur.
Rasa malu jika kita rasa kita paling miskin, paling sakit, paling malang dan paling susah. Shame on you!

4) Saya ada kawan-kawan

My friends of MINE..<3

My friends of MINE..<3

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you'll a lot..

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you’ll a lot..

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Ya, walaupun kadang kami tidak sefahaman, tapi itulah kawan kan?saya ada pelbagai ragam kawan, kawan dari sekolah rendah, menengah, uni dan terbaru di tempat kerja.
Syukur, merekalah pengganti ketika kita jauh daripada keluarga..:)
Saya masih boleh hang out dengan mereka, berjimba, lepak, makan-makan, gelak-tawa..semua kami kongsi bersama. Mereka yang bersama saya ketika saya maih belajar memahami hidup dan masih cuba untuk bersahabat dengan keperitan dan tipu helah manusia. Ya, merekalah yang menjadi buku panduan dan kamus perjalanan kehidupan saya. Ceeewwwaahhh! tak boleh blah ayat. Sila kalau mahu muntah!
Syukur..syukur…

5) Saya ada ‘boyfriend(s)’

Hahaha..melawak..saya ada BF yang selalu cari gaduh..ni hah..

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Actually, there have a lot of things and circumstances that you can make as a reason to be thankful and grateful. The things that I mentioned above is actually four main things that every person has, right?

Starting today, I’ll learn to be grateful, which means, me and you can ‘MUHASABAH’ every day and listing all the good things that happen in a day and if you can, please do every day. Unconsciously, we will smile and be grateful .. believe me .. ūüôā

Syukur alhamdulillah…:)

Acara main masak-masak

Salam,

Sifat manusia memang hetrogeneous..pelbagai, kadang kau sendiri tidak faham. Betulkan?

Nak faham dan adaptasi perangai orang lain memang sah-sah tak dapat, sedangkan perangai diri sendiri pun tak terlayan..~sigh~

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru..(^_^)..

Ok, tak nak cerita pasal perangai orang. Jom kita cerita pasal makan-makan. Aku memang tak suka memasak, tapi itu dulu..duuuuuluu..sekarang pandai sudah jejakkan kaki ke ruang itu. Kalau dulu nak tengok dapur pun aku alergik. Cehhhh..tapi sekarang sila tengok kaki siapa yang bertempek di sana. Kihkih..

Antara resepi yang cuba untuk memasaknya:

1) Kerabu kaki ayam

Resepi yang aku copy dari internet..:)

Yummmyyyy..

Siapa¬†reti¬†makan¬†kaki¬†ayam?sila ngaku…tak payahlah nak¬†geli¬†bagai. Ekeleh…pura-pura tak pandai¬†makan, padahal¬†di sudut-sudut¬†dapur¬†kau¬†gigit-gigit¬†kaki¬†ayam kan?hihi..

Resepi ni aku selalu makan di KL hari tu. Kalau pergi makan di restaurant ala-ala Thailand memang ada menu ni, selain kerabu perut..yummmy..sangat sedap.

Wanna try this first!

2) Dim sum

Pelbagai bentuk dan rasa..I wanna try..:)

Dim sum pula¬†ala-ala Chinese style ni memang¬†dari¬†zaman¬†aku¬†masih¬†menuntut¬†di universiti¬†lagi¬†sangat¬†teringin¬†dan menyiasat¬†macam¬†mana dim sum tu dibuat. Pernah¬†try buat¬†tepungnya/kulit¬†luar¬†dim sum guna¬†tepung, tapi hasilnya¬†aku¬†termuntah¬†sendiri..serius, benda¬†tu rasanya¬†macam¬†nak¬†membunuh¬†pun ada..ahahaha..first try always like that kan?tak ada pun orang yang terus-terus¬†mencuba¬†dan menjadi..<—cover my ownself..kihkih..

Serius, lepas¬†berjaya¬†masak¬†kerabu¬†kaki¬†ayam, you’ll be second wahai¬†DIM SUM sayang..(^_^)..

3) Mashpotatoe

Really yummy right?

Gonna make it 'macam' itu juga..:)

Resepi yang tuan blog copy dari Pakcik google..

Emmm…yang ini tak susah¬†sangat¬†pun. Melenyek-lenyek, memicit-micit¬†je¬†kejanya. Tapi¬†nak¬†buat¬†kuah¬†sosnya¬†yang belum¬†berjaya¬†lagi. Tak apa¬†hasil¬†pertolongan¬†pakcik¬†google masalah¬†akan¬†selesai¬†nanti…:)

4) Nasi kepal atau onigiri

Comel kan?tak sampai hati mo makan..

So cute...alololo..

Paling latest masakan¬†INI…rice ball, nasi kepala, onigiri..sangat-sangat ingin BUAT!

Semua¬†resepi¬†di atas¬†sangat¬†senang¬†penyediaannya. Haruslah, kalau¬† tidak¬†maka¬†tak menjadilah¬†acara¬†main masak-masak¬†aku. Kang¬†dapur¬†hangus, kuali¬†terbakar, jari¬†melecet¬†sebab¬†masak¬†yang susah¬†tahap¬†alam. Terus¬†terang¬†aku¬†tak pandai¬†masak¬†benda¬†yang banyak¬†guna¬†rempah¬†bagai¬†ni. Tu boleh¬†pas kepada¬†mak, akak¬†dan adik¬†aku¬†yang diciptakan¬†memang¬†‘kepandaian’ mereka, memang¬†ditakdirkan¬†‘lahir’ di dapur..>_^..

Kita tunggu dan lihat, adakah si tuan blog berjaya mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari dari pakcik google dan diadaptasikan kepada praktikal dan menjadikan masakan itu kenyataan..huarghhhh..kalau jadi haruslah berdarah hidung sebab admire dengan diri sendiri kan?kan?

Sangat gembira mahu memulakan acara main masak-masak. Siapa mau ikut?

Senarai impian 2012

Salam,

(Orang lain sibuk buat entri tahun baru aku pun sibuk jugaklah..hihi…)

Apakah yang kamu hendak lakukan/tunaikan/capaikan/dahulukan pada tahun 2012? Bagi saya pula terlalu banyak yang hendak dicapai dan tunaikan. Paling teruk kena dahulukan impian yang belum tercapai pada tahun lalu. <—tiada usaha yang bersungguh tu yang jadi macam tu.

List impian yang tidak tercapai pada 2011: (Major)

Belum¬†dapat lesen kereta <—-malas pergi kelas memandu..bosan!

Kerja tetap <—-berusaha tetapi tiada rezeki kut..huhu..

Sambung Master <— belum cukup bajet, kekangan masa

Bayar PTPTN secara tetap <—emmm..aku bayar tapi bukan kurang, bertambah banyak pula..so aku stop..

List di atas antara yang paling penting bagi diri sendiri, untuk mak dan bapa serta keluarga tidak termasuk..T_______T

Ok. Jom kita tengok impian yang aku buat pula untuk tahun 2012..harap-harap dapatlah ditunaikan dengan jayanya..psttt..tapikan setiap tahun impian yang dibuat tak pernah termakbul..(^_^)..harhar..

Apa pun terjadi, tsunami¬†ka, puting beliung ka, taufan katrina ka, banjir ka, mesti dilaksanakan juga tahun ini¬†memandangkan usia sudah¬†lanjut. Takut tak sempat ‘menuai’ pula kalau dah sampai ajal..kuikui..ialah, orang lain seumur-umur aku sudah banyak pencapaiannya, aku satu pun belum ada..so sad…(-_-“)

Jadi, azam tahun ini kena buat dan tunaikan dengan sepenuh jiwa raga.

Pertama: Lesen kereta

Percaya atau tidak aku ni bangsa yang memang teruk! pemalas sangat pergi driving class..huhu..dah masuk dua tahun lesen L..jadi kena cari cikgu yang baik dan boleh mempengaruhi aku untuk belajar.

Kedua: Beli kereta

Huarghhhhh..payah nak gerak gi mana-mana. Limited. Biarpun aku ni penakut pegang stering tapi harus diusahakan agar dapat memilik sebuah kereta.

Ketiga: Kerja tetap

Ini sangat diimpikan. Sangat. Sangat. Tak kiralah kerja yang tiada kaitan dengan bidang aku. Tetapi kalau boleh biarlah kerja yang aku minat <—–ceh!!!demand lagi kau!

Keempat:Kerja sambilan

Kena usahakan dengan jayanya. Mahu menampung perbelanjaan sambung belajar. Jangan malas-malas, rajin-rajin, kena kuat semangat, ketahanan fizikal, mental juga boleh bertahan dengan apa-apa halangan sekali pun. Huarghhhhh! boleh kah saya bertahan sebegitu?bolehkah? T_______T

Kelima:Penuhkan tabung

Emmm…tabung tu bank maksudnya. Hari tu masa mula-mula dapat kerja, jagi tak masuk dalam 2 bulan, kemudian abis tabung-tabung aku pergi korek. Belum terbayar lagi..huhu..cam mana mahu kaya ni, asyik mengorek bukan menambah. Sedih..sedih…harap-harap dapatlah cari suami yang kaya..amin..amin..

Keenam:Amik kursus asas Taska dan Tadika

Cita-cinta mahu buka pusat asuhan kanak-kanak, tapi belum pernah pergi kursus pun, banyak kali dah arrange time mahu ikut kursus, tetapi sentiasa berhalangan. Harap-harap tahun ni pergi kursus tahun depan dah boleh buka taska, amik lesen juga..Ya Allah! permudahkan segalanya.

Setakat ni itu sahaja impian paling utama. Sebenarnya banyak sangat nak capai, tak mak aku cakap jangan tamak, buat satu persatu dahulu….^_^..

Semoga dipermudahkan segalanya…amin..amin..

Selesema manja awal tahun

Salam,

Alahai..hidung tersumbat, mata pedih, kepala berdengung.

Huarghhhhhh….penyakit manja awal tahun ni. Boleh pula balik dari Kundasang Sabtu hari tu terus selesema. Perubahan cuaca kut. Masa di Kundasang hari tu punya main sejuk, berketar-ketar, sekali balik KK punya main panas menala-nala. Tu yang buat sistem imunisasi tubuh berubah secara mengejut. Hishhhh!

Semalam tidur pun susah, rasa macam nak demam. Basahkan tuala kecil lap-lap di kepala dan leher. Baru nyaman nak lelapkan mata. Tapi masih susah nak bernafas. Akhirnya terlelap sehingga pagi. Sembahyang subuh malas sangat nak bangun. Kepala rasa berat. Hehehe..sikit lagi nak amik EL hari ni, berura-ura nak sambung tidur selepas Subuh..akhirnya gagahkan diri dan terus amik towel masuk toilet dan basahkan badan. Wahhhhhh…terus segar. Kalau ikutkan rasa jahat mesti aku masih bertengkumus dalam selimut yang nyaman..

Hehehe..ini akibat ketemberangan aku dengan member, cakap aku jarang sakit, selesema atau batuk. Badan memang tahan penyakit. Ubat pun jarang ambil. Tiba-tiba Allah nak tunjuk, Dia bagi juga selesema kali ni. Huhu…

Lagi satu aku ni spesis yang memang tak makan ubat hatta ubat yang basic seperti panadol. Serius, aku rela sakit berpanjangan dari nak makan ubat. Selalunya kalau aku kena sakit kepala atau selesema hanya bawa tidur. Lepas bangun tidur ok da..:)

Janganlah suruh aku makan ubat. Ada yang kena buang je tu. Macam hari tu aku tak dapat bangun sebab pening yang bukan alang kepalang, jadi roomate bagi tinggal ubat atas meja make-up suruh makan. Dia siap ugut kena makan. Ok! aku jawab. Aku amik satu tablet kemudian campak ke luar tingkap. Rumah flat 5 tingkat senang je nak hapuskan bukti..hehe..sekurang-kurangnya dia percaya aku telan ubat…kan?kan?<—-jangan ikut ya, satu pembaziran.

Sebab kenapa aku tak makan ubat? aku ngeri nak telan ubat sebab banyak sangat baca di media massa mengenai keburukan dan side effect apabila kita makan ubat tu. Memang kesan untuk anti kesakitan ada, tetapi untuk jangka pendek. Kesakitan untuk jangka masa panjang akan tinggi kebarangkaliannya. Betul. Kalau terlalu kerap amik penahan sakit, iya, mula-mula sebiji, bila sebiji dah tak berkesan, tambah sebiji, kemudian seterusanya. Benda tu tak imun dengan sistem tubuh badan kita lagi. <—-ceh!macam doktor jak kan?

Ok, lah, harap-harap aku cepat sembuh.

 

 

Dua Enam; kau sudah pelupa

Salam,

Pssstttt!!! ada orang tu kan, orang tu kan…kan..kan..akan tua dalam masa 10 hari lagi..hehe..ting tong..~sigh~

Boleh pulak aku lupa, tahun ini aku menyambut birthday yang ke berapa, terpaksa amik kertas dan pen pastu kira. Gila pelupa kan?

Buruk kan tulisan?

Hah?sebegitu tua?taaaaaaaakk percayaaaaaaaaaaaaaaaa
Pang!
Budak hilang ingatan selektif perlu kena tampar untuk sedar ke dunia nyata supaya tidak meracau-racau sampai menakutkan orang sekeliling.
Dua-enam. Aku masih juga seperti dulu. Diri aku yang berumur dua tahun dan 6 tahun..(^_^)..
Dua-enam. Masih banyak lagi impian yang aku belum capai.
Dua-enam. Masih banyak lagi benda yang perlu aku lalui, pahit, manis, getir, gembira.
Dua-enam. Aku masih tunggu pokok krismas betul sebagai hadiah hari jadi.
Dua-enam. Aku masih bujang dan tiada calon bakal suami.
Dua-enam. Aku belum ada master.
Dua-enam. Aku belum mahu tamatkan zaman bujang.
Dua-enam. Aku tidak dapat lagi duit raya..huhu…
Dua-enam. Aku belum ada lesen kereta dan kereta.
Dua-enam. Aku belum bertukar jadi Jessica Alba. Heh??
Hehe..buat-buat tak nampak aku punya list yang belum tercapai dikala umur masuk penghabisan waktu muda tu. Budak hilang ingatan selektif tidak sepatutnya merapu maraban seperti tu. Entah mana lah penjaga budak ni.
Teringat, tahun 2009, aku masih bekerja di sebuah kementerian (kalau korang baca entri sebelum ini, tahulah korang aku pernah menabur bakti di mana..hihi..). Aku make a wish dengan bos, satu sahaja hadiah yang aku mahu masa birthday nanti, iaitu pokok krismas. Jadi, bos aku memang sangat baik dan pemurah (love you sis!), jadi lepas cuti krismas aku datang ofis macam biasa.
Cuba teka?aku dapat tak hadiah tu?
Yeahhhhhhhhh! ada box atas meja. Besar. Hati aku berdebar-debar. Mungkinkah pokok krismas?mungkinkah? Bos cakap bukalah. Buka-buka aku nampak benda hijau tapi keras. Pokok krismas tak keras pun. Rupanya, memang cristmas tree, tetapi berbentuk pasu. Cute. Nanti aku upload gambarnya ya.
Thanks boss!
Bos bagi aku sehelai baju, cute, ada riben color merah di leher. Memang cantik. Bos cakap dia sudah round semua shopping complex tapi tak ada jual pokok krismas yang real. Tak apa bos, yang palsu ni pun buat hati saya sayu..huhu..
Jadi, tahun ini kau buat permintaan nak pokok krismas real lagi ka?yup!
Aku tetap minta pokok krismas betul. Tapi…tak minta dengan sesiapa pun. Aku buat permintaan dalam hati je..hehe..
Tadi aku google, cari info, haram atau tidak kita sebagai muslim mempunyai pokok krismas di dalam rumah. Sila baca di sini (al-Hakam.net), thanks ya tuan tanah saya ambil info kamu.
Member-member ajak tukar-tukar hadiah sempena krismas dan advance birthday aku nanti. Sebab diorang akan cuti seminggu untuk sambut krismas ni. Yalah, tiga orang member kamcheng aku non-muslim.
Patutkah aku minta pokok krismas dengan diorang?heheh..(^_*)

Gelap gelita

Salam,

Masa aku ketuk-ketuk papan kekunci si puan lappy ni, rumah tengah blackout. Ya mati karan, urang kampung bilang.

Hehe..

Tadi sampai rumah dari  office around 6.15pm, seluruh blok apartment gelap-gulita-tiada-cahaya. Ya Allah!

Hampeh. Baru plan mau siap-siap nak pergi Centre Point. Gelap pulak dah.

Tadi juga aku cipta sejarah mandi dalam gelap. Meraba-raba-meramas-ramas perkakas mandi di dalam tempat sabun. Huargh sengsara beb.

Mandi kerbau jak tadi, sebab mahu kejar waktu Maghrib terpaksa mensucikan diri dalam keadaan buta.

Hehe..

Kawan aku sibuk pergi kedai cari lilin, aku selamba dengan pakai telekung lagi duduk menghadap lappy. Sungguh tiada consideration kawan rumah kau ni kan. Nasiblah.

Aku selamba kodok je mandi tanpa cahaya.

Tak jadi nak upload gambar berjimba-jimba di KL hari tu. Line lembab sangat. Kalau aku upload juga alamatnya sakit jantung kau tak tahan sabar. Aku ni bukan penyabar sangat.

Alhamdulillah, elektrik dah mari. Kesian kawan aku belum sempat balik dari kedai beli lilin. Erk!

Kalau di kampung, manada guna lilin bagai ni.

Mak aku selalu guna lampu minyak makan.

Mak letak minyak dalam bekas dan buat sumbu guna kain perca atau kain sarung batik untuk nyalakan api.

Lagi tahan dan tidak membazir.

Orang dulu-dulu memang kreatif. Kita saja sekarang minta puji cari lilin bagai.Haipp!!

Ok, lah memandangkan api sudah ada, aku mahu bersiap lu..