Posts tagged ‘Orang yang ku sayang’

Kenapa saya perlu bersyukur?

Salam,

Perlu, sangat perlu untuk saya dan kamu untuk bersyukur kepada Ilahi. Banyak perkara yang mewajibkan kita berterima kasih kepada Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah.

1. Saya ada keluarga bahagia

My big family ever. I love you all with my heart.

My big family ever. I love you all with my heart.

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Separuh daripada anak-anak buah yang pelbagai ragam..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Cute kan?nilah anak-anak buah yang jauh nun di Semenanjung..tapi itu tidak menghalang kami untuk saling mengasihi..makcik sayang kamu semua..:)

Keluarga saya, keluarga besar, sangat besar dan meriah…^___^
Saya ada Mak dan Bapa yang outstanding gojes dan sangat mulia. Tanpa mereka entah apalah jadi kami adik beradik. Banyak budi dan jasa mereka terhadap saya dan adik beradik. Mereka sangat memahami, sangat cool dan penyayang.
Saya ada abang dan kakak yang baik, pengasih dan sangat membantu dikala susah. Saya ada 3 orang abang dan 3 orang kakak.
Saya ada 4 orang adik, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Saya ada 10 orang anak saudara-yang-cute-comel-loteh-dan-penghibur. Betapa bertuahnya saya kan?. Syukur ya Allah.
Opppsss! belum termasuk ipar duai saya..abang ipar 3 orang, dan kakak ipar 2 orang..:P
Dulu masa sekolah rendah dan menengah Mak dan Bapa yang bertanggungjawab ke atas saya. Meningkat remaja masuk universiti turn akak dan abang menjaga saya, beri saya perbelanjaan semasa di universiti, jadi kaki dan tangan serta kenderaan yang saya perlukan. Hari ini saya masih bergantung pada mereka. Merekalah penunjuk dan teladan saya. Saya tidak tahu apa akan jadi kalau saya tidak ada mereka semua.
Syukur teramat ya Allah..:)
Seronok kan?

2) Saya mempunyai pekerjaan
Alhamdulillah, selepas saya habis belajar saya tidak menganggur sampai sekarang. Saya hanya bercuti rehat sahaja selama lebih 3 bulan (kunun..:)
Biarpun bukan kerjaya pilihan, tetapi syukurt tetap memberikan saya nafkah setiap bulan. Kerja pun bukan berat sangat. Duduk 9 jam di pejabat dan mengajar whatever you want…:P
Tapi saya happy! happy! happy!
Please, ya Allah! please give me a full gratitude on your fate..and I’ll try my best..syukur alhamdulillah.

3) Saya masih sihat walafiat

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Ya, saya masih boleh naik Canopy Walk yang beribu kaki tinggi..ya itu kaki saya..:P

Saya masih boleh berjimba-jimba, berzumba-zumba, bersalsa (konon!). Ya, saya masih mampu makan sendiri, berjalan ke kedai sendiri membeli makanan, colgate, sabun mandi, masih mampu meningati resepi dan memasak, berupaya untuk mandi sendiri, pergi tandas tanpa bantuan orang lain, bernafas menggunakan hidung, makan menggunakan mulut, kencing secara normal dan masih boleh memakai pakaian sendiri serta mengemas tempat tidur sendiri. BUKAN dengan bantuan orang lain. BUKAN itu satu kewajipan untuk saya bersyukur?
Ya, saya teramat bersyukur.
Rasa malu jika kita rasa kita paling miskin, paling sakit, paling malang dan paling susah. Shame on you!

4) Saya ada kawan-kawan

My friends of MINE..<3

My friends of MINE..<3

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you'll a lot..

Lucu..miss all friends and kind of gila things yang kami buat time di uni dulu..hai, dearest all..miss you’ll a lot..

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Nilah geng keras pergi dating selalu..Mair Ipa..you all awesome!

Ya, walaupun kadang kami tidak sefahaman, tapi itulah kawan kan?saya ada pelbagai ragam kawan, kawan dari sekolah rendah, menengah, uni dan terbaru di tempat kerja.
Syukur, merekalah pengganti ketika kita jauh daripada keluarga..:)
Saya masih boleh hang out dengan mereka, berjimba, lepak, makan-makan, gelak-tawa..semua kami kongsi bersama. Mereka yang bersama saya ketika saya maih belajar memahami hidup dan masih cuba untuk bersahabat dengan keperitan dan tipu helah manusia. Ya, merekalah yang menjadi buku panduan dan kamus perjalanan kehidupan saya. Ceeewwwaahhh! tak boleh blah ayat. Sila kalau mahu muntah!
Syukur..syukur…

5) Saya ada ‘boyfriend(s)’

Hahaha..melawak..saya ada BF yang selalu cari gaduh..ni hah..

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Hahaha..nilah BF yang suka cari pasal..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Mereka berdualah make my day..:P

Actually, there have a lot of things and circumstances that you can make as a reason to be thankful and grateful. The things that I mentioned above is actually four main things that every person has, right?

Starting today, I’ll learn to be grateful, which means, me and you can ‘MUHASABAH’ every day and listing all the good things that happen in a day and if you can, please do every day. Unconsciously, we will smile and be grateful .. believe me .. ūüôā

Syukur alhamdulillah…:)

Sahabat kau dalam doa ku.

Salam,

Tiga hari lepas, ada seorang kawan yang telah hilang hampir 3 tahun muncul kembali. Sebelum ini tiada sebarang berita aku dengar daripada dia. Kali terakhir jumpa dia hari raya 2009 kemudian hilang begitu sahaja.

Hmmm…tak tahu kenapa¬†tiba-tiba¬†dia kembali¬†menitipkan¬†mesej¬†untuk¬†aku¬†dengan¬†soalan¬†ringkas¬†bertanya¬†aku¬†apa¬†khabar¬†dan kerja¬†di mana sekarang. Itu¬†sahaja, lepas¬†aku¬†jawab¬†dan tanya¬†dia di mana sekarang, dia pun lesap¬†kembali. Hanya¬†dua¬†mesej. Ya, sahaja. Setelah¬†tiga¬†tahun¬†dia menyepi. WTHeck!

Entahlah, kadang-kadang benda yang tiba-tiba itu membawa mesej tertentu. Hati berdebar tidak tentu arah. Alahai sahabat, kenapa buat begitu. Kau buat aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku. Jauh-jauh ya Allah. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada mu dan keluarga.

Satu sahaja kau ingat, aku sentiasa mengingati kau dan mendoakan kesejahteraan mu..

Anak saudara ke-11

Salam,

Syukur alhamdulillah, saya menyambut kelahiran anak saudara yang ke-11 tahun ini pada 02 Ogos hari tu. Tumpang gembira dengan akak dan abang ipar kerana sudah menunggu cahaya mata hampir lima tahun. Tahniah. Nama si baby belum lagi ada. Kita tunggu nanti ya.

Sayang, membesar jadi anak solehah ya..^___T

Nenek Safiah dan atuk Misni sangat gembira, tak sabar nak turun Melaka September nanti.

Antologi Seseorang Bergelar Sahabat

Salam,

Si dia di tengah-tengah..^___^..

Aku¬†kenal dia tak lama, dalam setahun setengah. Tetapi rasa macam sudah 10 tahun..^_____^..Pertama kali berjumpa semasa temuduga menjadi ‘ahli akademik’ di tempat aku bekerja sekarang. Kami duduk berhadapan sementara menunggu kena panggil masuk bilik temuduga.

Aku terperasankan dia, sebab dia sangat lemah-lembut, cantik dan sangat bersopan-santun. Gadis cantik dan lemah lembut siapa tidak perasan kan? Ok, aku perhatikan dia bercakap, berbual-bual dengan temannya. Tak jemu. Kadang-kadang tersampuk juga aku dalam perbualan dia. Tetapi hati tetap juga memuji-muji dia. Wah! ayunya dia..manisnya dia..bersopan santunnya dia..alahaiii..sejuk perut ibu mengandung.

Lepas tu borak-borak sikit, tanya-tanya sikit pasal latar belakang dia dan kawan-kawannya. Serius, macam tak puas tengok muka dia. Adakah aku lesbian?oh no!!!! tidak sama sekali, cuma terkagum tengok cara dia.

Kemudian, kali kedua kami berjumpa semasa report duty. Dia adalah orang pertama yang aku kenal di tempat baru. Syukur yang teramat apabila anda di tempat yang baru, tidak kenal sesiapa, tak tahu arah tujuan tiba-tiba berjumpa dengan orang yang sangat ramah. Apa lagi aku terus tegur dia. Mulanya dia terkejut, dia tak cam aku kut. Lepastu aku terangkan, kan kita sama-sama pergi interview hari tu. Oh! dia baru ingat (uhuukkk…biasalah aku kan tak comel untuk diingati..hihi..)

Hari pertama di tempat kerja baru, ya, kami hanya sembang-sembang kosong sambil mata mahu terlelap. Aku semakin mengenalinya. Dia pandai English, master holder produce dari UPM, anak sulung, sudah berpunya, degree in IT, seorang yang sangat setia pada cinta (ehem) dan macam-macam lagi yang kami bualkan. Sebenarnya kami masuk berempat masa tu. Semuanya gojes-gojes kawan-kawan baru yang aku dapat..^___^

Petang tu aku balik rumah sewa tumpang kereta si ehem dia. Sangat baik kan dia?

Lepas tu kami kerja satu bumbung, duduk berhadapan di dalam ofis, keluar lunch, sarapan, supper, semuanya bersama, macam belangkas. Eh..salah, ada tiga lagi kawan kami, berlima lah..:) <—adegan ini sebelum kami rapat dengan officemate lain.

Dia kan, sangat prihatin dengan kawan-kawan sekelilingnya. Dia selalu ingatkan aku pasal benda-benda yang aku malas ambil peduli. Tetapi dia sangat memahami, sangat bijak bila berkata-kata, siap bagi bukti dan fakta, sangat tegas dalam kelembutannya, selalu menyokong aku dan rakan-rakan.

Itulah semenjak ketiadaannya rasa sangat kosong, sunyi dan rindu.

Dia selalu rasa masakan aku yang tak berapa nak sedap, dia selalu berdiri di tepi peti ais dekat dapur sambil tengok aku memasak, dia selalu basuh pinggan lepas kami makan, dia selalu introduce kedai-kedai makan yang sedap-sedap, dia selalu amik aku di rumah waktu pagi kalau aku tak ada siapa nak tumpang pergi kerja, selalu hantar aku balik, selalu bagi snack baru yang¬†tak pernah makan¬†untuk aku kunyah-kunyah waktu petang, selalu kirim dia belikan pisang goreng, dia selalu tegur aku ‘wah..Ida sudah sibuk ada kelasss…’, dia selalu olok aku bab-bab makan McD (sebab aku hantu fastfood), selalu tumpang payung dia waktu pergi lunch, selalu pinjam kamus dia, dia selalu bagitahu kalau ada beli buku baru, dia supply tisu bila stock tisu aku da kering…aduhaiii…banyak sangat perkara yang membuatkan aku tidak boleh lupa dia. Bukan aku seorang, bahkan teman-teman lain.

Geng lima..ya, inilah kami pada awal kemunculan..:)

Sangat sedih…:(

(Lap-lap air mata, tarik hingus…)

Tetapi, siapalah kita untuk menegahnya dari pergi.

Satu hari dia pergi KL. Bercuti dua minggu. Sekembalinya dia dari KL semuanya berubah. Waktu itu, aku sudah tahu, ya dia akan pergi. Mencari penghidupan yang lebih baik, mengejar cintanya demi perhubungan mereka dan untuk masa depan yang lebih baik..mungkinkan. Serius, hati aku berdetak sakit. Kali ini akan berlaku kehilangan kedua selepas seorang kawan kami juga pindah kerja di syarikat lain. Dua-duanya aku sayang.

Selepas ini siapa yang akan makan masakan aku?siapa kawan aku berbual benda-benda logik yang aku kutip dari buku?siapa yang akan pinjamkan aku kamus lagi? kalau tisu habis siapa aku nak minta?

Ya, semua tu membuat aku rasa sangat sedih.

Saya dan dia..:)

Waktu tahu yang dia sudah hantar surat berhenti, rasa sangat tidak bermaya. Tetapi aku kuatkan hati juga, supaya dia tidak rasa keputusan yang diambilnya sia-sia dan salah. Dua minggu sebelum dia pergi, aku tidak dapat memenuhi masa berharga itu di sisinya. kebetulan aku cuti seminggu, kemudian cuti lagi untuk jaga mak di hospital. Jadi tinggal dalam tiga hari dapat bersama dia.

Malam sebelum dia berangkat, sambil kami berpeluk, dia cuba tahan tangis, aku sudah basah lencun dengan air mata..huhu..dia masih kuat biarpun air  matanya sudah bergenang, dia cakap dia cuma sekejap saja di KL, amik aura KL, bila puas di sana dia akan kembali juga.

Dia sempat tinggalkan pesan untuk aku. Pergi klinik, habiskan ambil lesen kereta..ingat itu! dua perkara.

Saya rindu dia. Kami rindu dia.

Kami dan dia. Bilaha boleh berjimba-jimba lagi?

Hari pertama dia tiada di ofis, semua pakat kata rindu dengan dia.

“Selalunya, sis paling awal sampai,”

“Bila terpandang meja sis, rindu pula dengan dia,”

“Tiada sudah sis yang paling lemah lembut dan lawa,”

“Selalunya kereta sis park kat situ,”

Aku apatah lagi, hari-hari menghadap dia. Nampak dia marking paper pelajar, nampak dia tidur, nampak dia makan-minum, bercakap di telefon, nampak dia membaca. Rasa betul kosong. Mengalahkan orang bercinta. T____T

Kenangan bersama dia…:)

Apa-apa pun, kita doakan dia sentiasa sihat, bahagia, sukses dan kembali semula ke tanah tumpah darahnya…:)

Sila terima kenyataan, every hello, will ends with goodbye!

Jus dan Sis..T___T

Perbezaan SiBijak dan SiBodoh

Pinjam gambar google..kepada tuan empunya saya pinjam gambar ya..

 

Diceritakan, ada dua orang pekerja di istana. Seorang bekerja sebagai penasihat diraja, bernama si Suto, seorang bekerja sebagai pengawal diraja, bernama Kromo. Kerja siSuto duduk di sisi Raja, di dalam bilik yang selesa, makanan yang bagus-bagus dan berkhasiat, bergaul dengan pembesar-pembesar yang lain. Manakala kerja siKromo di luar istana, terkena panahan terik matahari, makan pun hanya lebihan dari dapur istana dan berkerja berat-berat.

Satu hari Raja teringin memburu di hutan. Maka dibawanya pengawal dan penasihatnya berburu. Sesampai di dalam hutan, Raja meminta para pengawal berburu bersamanya dengan membawa bujak, panah, senapang patah dan barang-barang memburu yang lain. Pengawal membantu raja yang berburu di atas kuda, manakala pengawal hanya berlari-lari. Si Suto hanya berada di atas kuda tunggangannya memberi nasihat kepada raja tanpa berusaha bersama-sama mengejar binatang buruan. Setengah jam kemudian, raja meminta semua pengawal berehat sambil menunggu binatang buruan masuk jerat.

Sedang mereka berehat, siKromo tidak berpuas hati terhadap Suto kerana dia tidak berpeluh dan penat. Kromo dan pengawal lain separuh mati mengejar binatang buruan. Kromo membebel seorang diri.

‚ÄúApa istimewanya siSuto dibanding aku. Kenapa bukan aku yang¬† menjadi orang kepercayaan Raja,‚ÄĚ bebel Kromo sendiri tanpa menyedari Raja mendengarnya.

‚ÄúAku mahu juga duduk enak-enak tanpa berkerja keras dan makan makanan yang sama macam Suto,‚ÄĚbebel Kromo lagi. Raja hanya mendengar luahan tidak puas hati Kromo. Kemudian Raja mendengar bunyi di dalam semak. Raja ingin tahu ada apakah disebalik semak itu. Kemudian Raja mendapat idea.

‚ÄúKromo! ke sini kamu,‚ÄĚpanggil Raja.

Dalam keadaan kelam kabut Kromo datang menghadap Raja.

‚ÄúAda apa Tuanku?‚ÄĚ

‚ÄúCuba kamu tengok apa di sebalik semak sana,‚ÄĚarah Raja.

‚ÄúBaik tuanku,‚ÄĚ Kromo pun berlari ke arah semak dan meninjau-ninjau keadaan di sana. Kemudian dia berpatah balik mendapatkan raja ingin melaporkan.

‚ÄúAda kamu nampak apa-apa dalam semak itu Kromo?‚ÄĚTanya Raja.

‚ÄúAda tuanku, anjing baru beranak tuanku,‚ÄĚJawab Kromo semacam takut.

‚ÄúOh begitu. Ada berapa ekor anak anjing di situ Kromo?‚ÄĚTanya Raja inginkan kepastian.

‚ÄúAh..saya tidak mengiranya Tuanku, sekejap saya pergi tengok semula,‚ÄĚKromo berlari-lari semula ke semak tadi. Kemudian kembali semula mendapatkan Raja.

‚ÄúAda tiga ekor, tuanku,‚ÄĚlapornya.

‚ÄúApa warna bulu anak-anak anjing itu Kromo?‚ÄĚTanya Raja lagi.

‚ÄúOh, saya tidak perasan tuanku,‚ÄĚmaka berlari lagi Kromo ke semak tadi. Selepas memastikannya dia melaporkan kepada Raja.

‚ÄúSeekor berwaran hitam putih, seekor berwarna oren dan seekor lagi berwana hitam tuanku,‚ÄĚ

‚ÄúAda kamu tengok berapa jantan dan berapa betina anak-anak anjing itu Kromo?‚ÄĚtanya Raja lagi.

‚ÄúTidak pula tuanku,‚ÄĚbuat kesekian kalinya Kromo berlari ke semak. Kemudian melaporkannya.

‚ÄúDua jantan dua betina, tuanku,‚ÄĚ

‚ÄúTerima kasih Kromo, tapi kamu temankan saya di sini sebentar,‚ÄĚ

Kemudian Raja memanggil Suto pula.

‚ÄúSuto cuba kamu siasat apa yang ada di semak sana, saya mendengar bunyi,‚ÄĚpinta Raja kepada Suto.

‚ÄúBaik tuanku,‚ÄĚMaka dengan laju Suto pergi ke semak tadi. Beberapa minit kemudian dia kembali ke tempat Raja dan Kromo berada.

‚ÄúApa yang kamu lihat Suto,‚ÄĚtanya Raja.

‚ÄúAnjing tuanku, baru melahirkan anak,‚ÄĚ

‚ÄúBerapa ekor anaknya,‚ÄĚ

‚ÄúTiga ekor tuanku, dua jantan seekor betina, seekor berwarna hitam putih, seekor berwarna oren dan seekor berwarna hitam,‚ÄĚlapor Suto dengan lancar.

‚ÄúTerima kasih Suto, kamu berkerja dengan baik,‚ÄĚ kata Raja.

Kemudian Raja memandang Kromo. Sekarang baru Kromo faham kenapa dia tidak layak menjadai penasihat Raja seperti Suto.

Salam,

Sebenarnya ini cerita galakkan bapa saya sewaktu kami kecil sehingga besar sekarang. Sangat epik dan lagenda. Bapa saya walaupun tidak berpendidikan tinggi dan berpelajaran, tetapi cara menasihatnya sangat berlainan. Beliau menggunakan cerita teladan yang membuatkan anda berfikir.

SELAMAT HARI BAPA, PAK. Selalu menyayangimu. Didoakan agar bapa sentiasa dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang. ^___^

 

Mak adalah superhero saya

Salam,

Seperti biasa, apabila tiada tempat atau tiada sesiapa mahu mendengar celotehku (sebenarnya bebelan kau!..) mesti En. blog jadi mangsa. Nasiblah kau en. blog dapat tuan yang bila perlu baru cari, dan bila tak nak dia abaikan saja kau..^__^

Dua minggu tak balik kampung, ya, minggu pertama pergi outstation, minggu kedua menjadi bodyguard kakak dan anak-anak buah di KK, jadinya dapat balik cuti sempena Kaamatan, itu pun sekadar 3 hari 2 malam, syukur jugalah dapat menjenguk orang tua yang tinggal berdua saja.

Minggu akan datang akan bercuti seminggu..yay..love it..jangan pernah rindukan kehadiran saya ya..haha..

Mak akan buat pembedahan mata sebab katarak, doakan keselamatan dan kesejahteraan orang kesayangan saya ya. InsyaAllah pembedahan kecil ini akan berjalan dengan lancar.

Sebagai anak yang paling dekat keberadaannya dengan rumah, ditambah-tambah masih tiada komitmen sang suami dan anak-anak, makanya tanggungjawab menjaga ibuku menjadi sesungguhnya tanggungjawab aku..^___^..jadi anak solehah jap..kihkih…

Ok..ok, turn to serious parts pula, mak ada penyakit kencing manis yang dihidapinya almost 10 years. Minggu lalu bila buat review di hospital, doctor made decision¬†my mom should’ve take injection, seriously, not taking medicine as she used to it. At first thing, my mom won’t..but doctor advice she should by hook or by crook. Kesian mak, and you know what, a week after she taking the injection, dia tak bagitahu anak-anaknya. Hanya kakak aku sorang yang memang selalu ulang-alik ke rumah sahaja yang tahu. Amat sedih. Kesal. Mahu menangis apabila aku tahu, itupun selepas aku balik kampung. Mak..mak..

Mak kau seorang insan yang azimah, yang bahagianya berbeda, terlambung ke langit menjadi bintang, rebah ke bumi menjadi berlian, dilahirkan dengan pola pemikiran melawan arus..tapi masih, ya aku masih menyayangimu selamanya. Sayang mak.

Huhu..lap air mata dulu..^____^

Itulah mak saya, seberat mana bebanan yang dipikulnya, semampu mungkin dia menggalasnya, dia tidak akan kongsi rasa sakitnya dengan kami, anak-anaknya.

Semoga sihat-sihat selalu, bahagia selalu dan Mak dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama bapa dan golongan orang-orang beriman yang menerima rahmat kasih sayang ilahi, juga pertolongan rasul junjungan kita. Amin. Amin. Amin.

Bila Makcik Single jaga anak-anak

Salam,

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kenduri cukur jambul anak saudara sangat meriah. Sayang, Amirul Azmi membesar menjadi juara ya, menjadi anak yang baik dan soleh.

Biarpun penat tapi bersyukur dapat berjumpa dan berkumpul adik-beradik, mak cik dan sepupu-sepapat. Entah bila dapat berkumpul dan ‘berseronok’ lagi.

Sangat penat menjadi babysitter sementara mama-mama budak menolong memasak di dapur. Kerja aku membancuh susu, menidurkan baby dan jadi pengadil anak-anak sedara yang bergaduh. Huisshhh..boleh bergegar kepala lutut melayan karenah diorang. Taubat.

Emmm…cuba bayangkan kalau 3 orang aku masih boleh handle. Tapi kalau sudah enam orang, orang gaji pun lari balik Indonesia. Percayalah. Baby ada dua orang, dua orang gangster yang kuat membuli, dua orang kakak yang tak peduli adik asyik tengok TV. OMG!

Bila dua gangster bergaduh, seorang menangis, baby dua orang pun terkejut dari tidur juga menangis, dua orang kakak buat-buat tak dengar. Boleh bayangkan betapa riuh dan bingitnya rumah. Aku dah berpeluh-peluh berlari-lari pergi buat susu, seorang gangster berpaut di kaki takut kena buli gangster yang sorang lagi. Gangster sorang kejar-kejar di belakang. Ya Rabbi!..kalau aku jadi pembantu rumah sah gulik-gulik atas tanah pura-pura pitam kena sawan babi.

Dua orang gangster..(^_^)..

Ok...yang ini keadaan masih terkawal..masih boleh berkongsi makanan

Bila abang Akim suda mula membuli abang Azwa..haha..cuba perati muka Azwa, muka sebel..nghe..ngeh.."Akim jangan kacau abang la!"ayat Azwa selalu..

Ok..yang itu perangai dua orang gangster. Sebenarnya Akim sangat pembuli. Suka kacau abang Azwa yang hati sensitif. Tapi peliknya, ada masa-masanya dua orang budak ni menjadi ‘sahabat baik’ yang akrab —> seperti gambar pertama di atas. Hahaha…(^_^)…so cute..sayanglah abang berdua ni.

Si baby..

Baby dua orang ni yang dijaga. Baby Fiza sangat manja, asyik menangis kalau tak selesa, selalu terkejut dan tak suka suasan bising. Paling supporting baby Azmi, sangat pendiam, tak banyak karenah, suka bercakap.

Baby Fiza baru sebulan 8 hari, manakala baby Azmi genap dua bulan 8 hari. Kedua-duanya lahir pada 27hb, bezanya hanya bulan..n_n..

Haha..abang-abang yang penyayang..hihi..

Hah..ni aktiviti diorang..:)

See..:0

Dua orang kakak yang tak pedulikan adik, lepas berbaring, amik posisi duduk pula tengok TV...hehe..

Bila baby Fiza dan baby Azmi nangis aku tak cukup tangan nak buai, minta pertolongan kak long tapi tak diendah..huhu…bila minta amik pampers dengan kak ngah juga tak diendah..ayoooo…

Sampaikan nak makan pun terpaksa bergilir-gilir. Tapi bila dah tak larat, siap la budak-budak ni kena ‘ngauman’ mak cik..kihkih..

Sampaikan kakak-kakak aku cakap siapa suruh masih single, kalau tak mahu kena jaga budak kahwin la..yewwww…tak mahu!

Ok, raya tahun ini semua anak buah balik berkumpul, confirm makcik-makcik single jadi mangsa. Jadi kena cari suamilah sebelum hari raya tahun ini..(>_^)..