Penulisan adalah sumber dan aset yang boleh digunakan dalam melancarkan serangan saraf, perasaan, dendam, pandangan, rasa tidak puas hati, mendidik, kongsi dan segala-galanya secara telus dan halus. Jadi aku buat blog sendiri untuk memeriahkan lagi industri blog di Malyasia yang semakin mendapat tempat dihati-hati rakyat jelata. Bukan sahaja dihati-hati rakyat bahkan dihati-hati pemimpin. Mereka telah membuka mata untuk mengiktiraf blog sebagai wadah untuk ‘mengocak’ pemikiran dan pilihan rakyat. Tapi di sini aku menulis bukan untuk mengapi-apikan hati pembaca yang sememangya sudah marak dengan perasaan-perasaan asing, tapi aku menulis untuk memenuhi tuntutan hati yang suka menulis dan berkarya ntah-apa-apa-ntah, walau hakikatnya bukan menulis bahkan lebih tepat menaip.

Kepada pembaca yang sengaja masuk ke dalam blog ni terima kasih, dan kalau nak meninggalkan wasiat dialu-alukan. Manakala bagi sesiapa yang tersesat di alam maya ini teruskan usaha mencari jalan keluar dan kalau ada masa singgah lah lagi. Tapi satu pesan ku jangan teringat-ingat atau terbawa-bawa dalam alam realiti setelah membaca post-post yang aku postkan di sini. Ini sekadar meluah apa yang tersangkut dalam hati, terkesan di dalam kalbu, teringat di minda dan terbaca yang pelik dari yang biasa. Jangan jadikan Parasitblog sebagi parasit di dalam hati kalian. Selamat membaca…