Salam,

Kenapa lama tak update blog? Jawapannya mestilah MALAS mengarang, padahal idea melimpah-ruah. Hatta sambil tertonggeng di tandas pun boleh terfikir benda apa nak tulis. Tapi, biasalah, tangan dan hati sangat tidak ‘supporting’ untuk membantu siidea memuntahkan karangan. Kesimpulannya, walau kreatif dan pintarnya kamu, jika MALAS menjadi raja, alamatnya, idea kamu dah basi.

Macam aku. Tiba-tiba terajin pulak hari ini, tetapi tak ada idea dah. Hampeh!

Apa-apa pun sebelum otak beku dan mampat kerana MALAS, buat kesimpulan sajalah. Erkkk? Rangkuman dua bulan punya cerita.

1. Hari-hari selepas bercuti raya adalah hari paling mencabar. Dengan masalah pelajar, kerja juga ‘anak-anak’ jagaan di bawah aku.

2. Hari selepas bercuti raya adalah kali pertama ‘bom nuklear’ pecah di dalam dan di hadapan pelajar. En. sabar hilang entah ke mana sudah.

3. Hari-hari selepas cuti sangat memenatkan; menyediakan paper test dan quiz untuk pelajar, mengemaskini course file, draft soalan exam, setiap subjek kena sediakan 2 set berserta skema jawapan. Sekejap-kejap pitam.

4. Editing kertas soalan tak pandai selesai sehingga semalam. Merdeka.

5. Minta maaf, oleh kerana terlalu sibuk sampai barang nak kirim untuk ibu mengidam pun tertangguh. Kesian dia. Hari ini saya akan pos ya.

6. Kotak barang kiriman itu aku angkut ulang-alik dari rumah ke ofis. Lunyai sudah bungkusannya..^___^

7. 3 Minggu aku duduk dalam bilik tak keluar berjoli dan hang out dengan member. Mesti diorang cakap aku temberang dan lupa kawan. Sigh!

8. Ada pesta buku di KK hari tu, jadi saya beli enam buah buku dengan harga rm39.90. Semua harga buku ada diskaun 30% hingga 70%. Murahkan? Walaupun edisi terbitan satu abad yang lalu..ada aku kesah?tak!

9. Sangat berpuas hati dengan semua buku-buku yang terbeli waktu itu walaupun sengkek.

10. Sudah sebulan lebih tak jumpa member kamcheng. Sorry sayang-sayang. Minggu depan ya kita curi-curi keluar..:)

11. Sudah 3 minggu tak balik kampung dan sudah masuk sebulan juga mak dan bapa ‘balik’ KL, erk! Rindu.

12. Saya dan seorang pelajar telah bersengkongkol mencuri line wifi orang lain. Sangat jahat kan? saya terpaksa (sangatlah). Halal ya! janji lepas saya bayar BB saya tak curi lagi. Terima kasih.

13. Kelmarin saya baru nampak di FB, best friend saya bertunang. Happy for her. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. Tetapi yang sedihnya, saya tak tahu menahu. Sepatah pun dia tak bagitahu. Daripada itu saya tahu, what’s friend for! -___-”

14. Hari Isnin sewaktu pergi pasar Filipin di KK, ada beli mangga. Kena tipu sipenjual mangga. Display punya main ranum, sekali balik rumah buka mangga tu pucat dan masam. Berguni-guni sumpah dia dapat. Peniaga tamak. Aku benci kau!

15. Addicted dengan video Shila Amzah, Asian Wave 2012. Setiap malam buka youtube dan meremang-remang bulu roma sendiri. Gila!

16. Semakin malas buka FB. (Ada kau kesah ke aku tak aktif FB?)hehe..

17. Kelmarin dan hari ini hari ulangtahun kelahiran orang-orang yang sangat bermakna, Maira (Kawan baik) dan K.Ina (Akak). Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sukses selalu dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Saya sayang kamu berdua.

18. Tersangat malas memasak, walhal, sangatlah craving spagethi. Siapa nak masakkan untuk saya?sila inbox saya..:)

19. Tahun depan saya akan terima anak buah lagi. Yippi! semoga akak sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan.

20. Buat lawatan pergi RTM Sabah kelmarin, mengiringi pelajar-pelajar Kewartawanan. Dua perkara: pertama,saya tak arif mengenai bidang penyiaran, kedua, tetapi bidang ini sangat menarik dan berura-ura ingin ‘rapat’ dengan bidang ini. Mari kita gelar dia ‘en.broadcater’.

21. Gaji tersangat lambat bulan ini. Sampai berkakai <—-orang Sabah cakap merangkak —-> lepastu tunggu floating dalam 3 hari. Bank Islam sudah bersengkongkol. Jahat! tukar bank lain baru tahu.

22. Dalam pada masa saya tertekan, saya terlalu kuat makan. Ya Rabbi! tak dapat bayangkan, hanya duduk di kerusi atau atas tilam sambil menaip, kemudian mulut asyik mengunyah sampai jam 1 pagi. Boleh bayangkan?

23. Saya tak balas mesej kawan. Kesian dia. Sorry Ipa..-__-“..malam baru teringat..

24. Pertama kali menangis sebab marah dan kecewa dengan perangai adik-adik lelaki. Macam mau cekik sorang-sorang.

25. Sudah dekat sebulan saya tak makan KFC. Pelik!

26. Wayar TV kena gigit tikus, lepas tu pandai-pandai pergi sambung balik, akibatnya satu rumah sot tak ada elektrik. Hahaha..macam tikus membaiki labu. Al-maklumlah tersangat perasan diri hebat, semua kerja boleh buat. Konon!

27. Beberapa hari kemudian, member rumah beli gam tikus. Tikus mengena jerat. Padan muka. Dengan rasa kasihan dan geli, tugas aku yang membuang di dalam tong sampah besar. Sikit mau termuntah. Nah, siapa suruh gigit wayar TV kami..weeekkk!

28. Sebuah novel; Sepasang kasut dan selipar Jepun, saya sudah abis menelaahnya, tersangatlah best. Kemudian saya kongsi buku dengan pelajar sebab berkaitan dengan dunia kewartawanan. Mereka tersangat gembira dan mempunyai penilaian seperti saya. BEST!

29. Tak mahu dengar bajet 2013.

30. Bye.