Posts from the ‘general’ Category

Sepintas lalu 1

Salam,

Sepintas lalu hari ini ialah:

UNIFIL puji 10 serikandi ATM laksana misi pengaman PBB di Lubnan

TIADA siapa boleh mempertikaikan kemampuan wanita dalam pelbagai bidang, malah sumbangan mereka dalam bidang ketenteraan juga turut diperakui banyak pihak. Bukan saja berkhidmat menjaga keamanan dalam negara, keupayaan wanita turut diuji apabila pembabitan Kontinjen Malaysia bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut menyenaraikan pegawai dan anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baca lanjut di sini.

Kerajaan agihkan wang ehsan RM4.7 juta galakkan karya lebih bermutu

SERAMAI 11 pembikin filem menerima wang ehsan kerajaan berjumlah lebih RM4.7 juta sempena Malam Penghargaan Industri Perfileman yang berlangsung kelmarin. Wang berkenaan disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Bantuan Khas Produksi Perfileman itu diberikan kepada kesemua 29 filem yang diterbitkan tahun lalu bagi memberi galakan kepada produser berkuat kuasa Julai ini.

“Apa yang harus kerajaan bantu, kita akan cuba bantu. Dana Pinjaman bernilai RM50 juta sudah berakhir. Dana sebanyak RM200 juta juga sudah hampir habis. Penerbitan filem pula, kian lama kian meningkat. Pada 2008 sebanyak RM 44 juta kutipan diperolehi, tahun 2009 meningkat kepada RM 50 juta, tahun lalu melonjak lagi sehingga RM 86 juta.

“Produser kita juga semakin bijak menghasilkan filem yang bagus dan menarik perhatian generasi yang ditumpukan, seperti KL Gangster yang sudah pun memungut RM 8 juta (selepas seminggu tayangan). Oleh itu, apabila wang duti hiburan diberhentikan, ia tentunya menyukarkan produser. Jadi wang ehsan ini diwujudkan supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak karya terbaik,” kata Rais. Baca lanjut di sini.

Graduan belum kerja disaran sertai SL1M

PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian harus merebut peluang menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan bermula Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata fasa kedua pula akan membabitkan 5,000 lagi graduan dengan sasaran lebih banyak pemain industri dari GLC.

Program itu dijangka dapat mengurangkan kadar pengangguran graduan selepas mereka tamat pengajian yang berjumlah 20,000 orang pada 2010.

Fasa pertama program SL1M membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan 25 buah GLC adalah bagi penyertaan 3,000 graduan yang akan dibayar elaun RM1,000 sebulan.

Graduan yang berminat boleh melayari laman web SL1M di http://www.epu.gov.my/sl1m. – BERNAMA. Baca berita penuh di sini.

Penganjur diberi amaran keras

KUALA LUMPUR: Penganjur dan peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) perlu bertanggungjawab atas sebarang kesan yang berlaku kepada negara dan impak perbuatan mereka kepada rakyat secara keseluruhan hasil perbuatan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mereka perlu memikir semasak-masak tindakan itu yang jelas menyalahi undang-undang negara kerana tidak mendapat permit dari pihak berkuasa.

“Polis tidak keluarkan permit kerana banyak aduan diterima ia boleh mencetuskan keadaan tidak selamat, ikut undang-undang negara, kalau buat sesuatu tidak ada permit, bermakna gerakan haram, menyalahi undang-undang. Baca berita penuh di sini.

 Okey, itu sahaja, selamat membaca!

Rebut Peluang Pekerjaan-Hidup Najib!

Salam,

Wah…banyaknya peluang pekerjaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sebanyak 362,396 peluang pekerjaan baru akan wujud. Biar betul? Macam tak percaya. Dan kelmarin Najib baru umumkan 9 lagi inisiatif membabitkan pelaburan RM2.77b. Kaya..kaya..kaya..

Tapi tidak tahulah jenis pekerjaan apa yang ditawarkan. Mungkin itu termasuklah kerja di tapak pembinaan, di kawasan perladangan dan buruh-buruh…hehe…

Patutlah ramai orang soksek-soksek cakap orang Malaysia pilih pekerjaan, walhal banyak peluang terbentang luas.

Meh aku petik keratan berita dari Berita Harian Online:

Najib umum 9 lagi inisiatif bawah ETP babit pelaburan RM2.77b

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan sembilan lagi inisiatif projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan bernilai RM2.77 bilion, yang akan menjana pendapatan negara kasar (PNK) RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 peluang kerja baru.

 Ini menjadikan secara keseluruhan projek di bawah ETP sejak dilancarkan Oktober tahun lalu kepada 87, termasuk enam projek yang diumumkan pada laporan perkembangan terakhir program itu 19 April lalu.

Secara keseluruhan, 87 projek itu membabitkan pelaburan RM170.28 bilion yang mampu menjana PNK bernilai RM220.15 bilion dan mewujudkan 362,396 peluang kerja baru.

“Sejak dilancarkan 25 Oktober tahun lalu, sebanyak 50 peratus atau 65 daripada 131 projek permulaan (EPP) yang diletakkan di bawah ETP sudah dimulakan.

“Hampir lapan bulan sejak ETP dilancarkan dan dalam tempoh secara relatifnya agak singkat itu, perubahan atau transformasi ekonomi kita sudah mula kelihatan.

“Berdasarkan prestasi ini, sasaran kerajaan mencapai pertumbuhan purata ekonomi enam peratus setahun sehingga 2020 bukanlah angan-angan Mat Jenin tetapi satu realiti yang bakal kita rasai bersama,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis menyampaikan laporan kemajuan keenam ETP di sini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama lalu, adalah jelas ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat dan stabil.

“Walaupun pertumbuhan KDNK berada pada tahap sederhana iaitu 4.6 peratus, pertumbuhan perbelanjaan dan pelaburan masing-masing pada 6.6 dan 6.5 peratus menggambarkan keyakinan pengguna dan pelabur yang semakin meningkat,” katanya.

Antara projek terkini yang diumumkan Perdana Menteri semalam termasuk rancangan pembangunan bandar pendidikan perubatan bersepadu bernilai RM850 juta oleh Kumpulan UCSI di atas kawasan seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.

Konsortium lapan pembekal latihan pusat jagaan dan didikan awal kanak-kanak (ECCE) diterajui Kumpulan Pendidikan SEGi pula melabur kira-kira RM1.2 bilion untuk membina pusat latihan ECCE di kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’ serta pusat berkaitan di seluruh negara.

Kumpulan Perubatan Sime Darby akan membina dua pusat perubatan pakar, iaitu Sime Darby Medical Centre Ara Damansara serta Sime Darby Medical Centre Desa ParkCity yang masing-masing bernilai RM240 juta dan RM40 juta.

Sementara itu, JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd melabur RM575 juta untuk menerajui satu inisiatif bagi membangunkan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran global dan halal dengan membangunkan usahawan tani di kawasan luar bandar.

Yanming Resources Sdn Bhd pula melabur RM5 juta bagi menambah keupayaan pengeluaran sarang burung untuk dimakan dengan meningkatkan usaha penggunaan jentera dalam barisan pemprosesannya daripada 10 peratus sekarang kepada 60 peratus.

Firma tempatan, VADS Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan gergasi teknologi maklumat global, Cisco untuk membina Infrastruktur Pertukaran ‘TelePresence’ yang pertama di Malaysia, bernilai RM11.3 juta bagi menawarkan perkhidmatan ‘TelePresence’ Terurus kepada sektor swasta dan dan awam di dalam negara dan serantau.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerajui inisiatif dibiayai kerajaan bagi merangsang jualan peralatan kecekapan tenaga bernilai RM50.2 juta tahun ini untuk menambah baik kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.

Satu lagi projek membabitkan program 1Malaysia Unified Sale yang akan menyatukan tiga acara jualan murah utama negara kepada acara berpusat dan diselaraskan, di mana ia akan mula diperkenalkan 15 Jun ini hingga 31 Ogos, membabitkan penyertaan kira-kira 50 sektor peruncitan.

Opppsss…maaf, selalu pandang rendah dengan usaha kerajaan untuk memajukan rakyat. Sebenarnya banyak lagi peluang pekerjaan lain yang ditawarkan seperti yang dinyatakan di atas. Dalam bidang perubatan, cikgu di taska, petani moden, bidang komunikasi, dll.

Jom rebut peluang wahi ‘penanam anggur sekalian’…

Selamat Maju Jaya!

Inilah jadinya

Wah..lama tak masuk laman blog sendiri. Sungguh merinduinya. Sungguh rindu untuk menulis, berkongsi rasa. Ini adalah kerana penangan Facebook. I hate that. But can’t help it.

Dulu, tahun akhir di universiti, ramai member ajak buat facebook, tapi aku menolaknya. Kerana pasti, aku akan abaikan blog ini. Aku amat sayang laman ini. Dan benar seperti tekaan ku. Blog ini semakin terbiar, kalau kebun sudah lama tumbuh lalang dan dijadikan sarang ular. Labah-labah sibuk tumpang sekaki membuat sarang. Nasib baik ini bukan laman sesawang. Hanya sebuah blog yang dibiarkan. Kalau tidak benarlah ia bersawang.

Kitaran hidup aku juga sudah berputar 180 darjah. Tidak seperti dulu. Semua perkara yang aku suka dan sering buat tidak menjadi sesuatu yang wajib dalam kamus harian lagi. Kalau dulu dalam seminggu dua buah buku akan khatam aku baca. Sekarang, sebuah buku mengambil masa dua minggu.

Kalau dulu ada masa jejakkan kaki ke librari negara atau ke kedai buku, cari buku-buku terbaru, tetapi hari ini sudah aku ketepikan untuk memberi laluan kepada tuntutan kerja. Kalau dul buku berkulit tebal itulah aku hadap semasa tensi, tetapi sekarang tangan terlalu malas mahu mencoret sesuatu. Kesian diari aku itu. Dari bulan Jun terbiar putih, tanpa sepatah coretan.

Huh..beginilah aku mengalami tranformasi kedewasaan. Perlu membuat jadual baru kembali. Tidak adil untuk diri sendiri.

Hmm..Sabtu yang lalu sempat pulang ke Melaka. Jumpa abang dan akak. Hal ini juga aku abaikan. Sudah 7 bulan aku tidak menjejaki kaki ke rumah itu. Kekangan masa bekerja.

Benarlah, kenapa orang dewasa selalu memberi alasan sibuk bekerja jika tidak sempat balik ke kampung, menjenguk orang tua. Baru aku faham.

Merungut-memebebel-tak puas hati-mengeluh selalu aku lakukan. Nasib sesungut je tak keluar..hihi..

Moralnya, jangan biarkan anda dipengaruhi oleh perkara remeh temeh sehingga menjejaskan diri sendiri. Ourself always come first.

 

 

Pilihan ditangan anda

Mana satu kamu pilih? Ada dua pilihan sama ada berhenti kerja atau kerja tiga hari dalam seminggu?

 

Isu krisis kewangan global sekarang ini membawa kepada pembuangan pekerja-pekerja kilang atau syarikat-syarikat besar.

 

Siang tadi aku buat tinjauan orang ramai, mereka setuju atau tidak dengan saranan kerajaan itu. Menurut kerjaan perkara tersebut untuk mengurangkan jumlah individu yang diberhentikan kerja oleh majikan.

 

Rata-rata orang ramai yang aku temui bersetuju jika itu boleh membantu mereka menampung kehidupan harian.

 

Secara peribadi aku juga bersetuju daripada dibuang kerja lebih baik kerja tiga hari seminggu. Sekurang-kurangnya ada juga income masuk.

 

Sementara tunggu ekonomi stabil kita buat kerja apa yang ada.

 

 

 

Saling melengkapi, memerlu..huhu..

Sadis je tajuk aku kat atas. Clise sangat. Menggelikan pun ada. Tapi…what can we do?

Ni cerita aku kat kampus. Cerita yang membuktikan bahawasanya pelajar lelaki memang kurang di dalam IPTA.

Aku ni bukanlah seorang yang rajin ‘makan angin dalam kampus’. Tempat aku selalu pergi di bulatan Pahang(satu tempat yang dikhaskan tuk melepak, ia berbentuk bulatan, di tengahnya ditanam pohon2 dan rumput menghijau) dan kalau aku lapar kafe lah tempat ku tuju. Library? Hu..jauh sekali. 1 sem juz one or twist je aku pergi.

Sepanjang 3 tahun aku belajar di universiti ni, memang susah benar untuk aku tengok/jumpa sang lelaki dalam kampus aku khasnya. Kalau sesiapa yang baru masuk atau datang ke kampus aku, nescaya korang akan terkejut beruk atau tertanya-tanya. Universiti ini untuk perempuan saja ke?

Ha..ini kerana pemandangan di kafe fakulti atau pusat kemudahan pelajar hanya warna-warni(color tudung) je yang dapat kita lihat. Warna hitam berbentuk rambut hanya 10% je. Itu pun tertutup oleh pemandangan warna-warni ini.

Aku pun kadang-kadang terdetik dalam hati, mana pelajar-pelajar lelaki? teruk sangat ke kepupusan mereka dilanda kebanjiran pelajar perempuan? 

Satu lagi menakutkan, tanda-tanda awal atau akhir(i’m not sure) hari kiamat adalah bilangan perempuan lebih banyak dari lelaki. Seram!!

Satu lagi menghampakan, aku selalu dengar pensyarah aku kata, kalau nak cari calon suami universiti adalah tempat terbaik. Selalu juga aku dengar teman-teman sekuliah merungut tak dapat cari dan memilih lelaki idaman. Sebab kekurangan kaum adam ini sungguh ketara.hhuhu..hampa.

Cuba anda bayangkan, di dalam kelas aku hanya 5 orang sahaja dari ADAM, dan 26 orang HAWA. Kalau time grouping ‘mereka’ ini tak perlu cari group sendiri. Pasti mereka akan terpilih dan dipilih. Sebab tenaga mereka memang diperlukan untuk kerja berat. Hhuhu..susah.

Wahai kaum ADAM, di manakah anda menghilang?

Ini bukan bermakna kami memerlukan sangat-sangat kehadiran anda. Ini juga bukan bermakan kami tak boleh buat sesuatu tanpa bantuan anda. Ini juga bukan bermakna anda adalah tulang belakang kami. Tapi, hakikatnya yang terpaksa kami akui dan juga kamu akui, ADAM dan HAWA dicipta berpasangan dan saling melengkapi. Jika hilang salah satu daripada ADAM atau HAWA maka pincanglah kehidupan ini.

Hmmm…ini adalah salah satu masalah negara malah dunia yang lebih teruk berbanding kenaikan harga minyak.

Wassalam..

 

 

Kampung Haji Abdullah Hukum, Tinggal Kenangan

Jika anda anak jati Kuala Lumpur, pasti anda mengetahui Kampung Abdullah Hukum yang terletak di Bangsar.

 

Kampung Haji Abdullah Hukum adalah antara kampung Melayu terawal di Malaysia pada  era 1850-an.

 

Menurut sejarah, kampung ini telah wujud kira-kira 200 tahun yang lalu di tepi Sungai Putih, kini dikenali Jalan Bangsar.

 

Dahulu, Kampung ini dikenali sebagai kampung orang Melayu yang terletak ditengah-tengah bandar  penuh dengan ciri-ciri dan adat kemelayuan.

 

Tetapi tidak hari ini. Seiring dengan kemajuan yang pesat Kampung Abdullah Hukum juga turut berubah.

 

Rumah yang dulunya rumah kampung, beratap daun nipah dan zink, berdindingkan papan kini berubah lebih maju dengan pembinaan Apartment Abdullah Hukum.

 

Kawasan yang sebelum ini dipenuhi dengan kawasan-kawasan kampung digantikan dengan kondominium, bangunan-bangunan pejabat, pusat membeli belah dan perhubungan transit awam.  

 

Ketika di tanya kepada penduduk asal kampung mengenai pembinaan rumah flat oleh dewan Bandaraya Kuala Lumpur menggantikan rumah papan, sedikit sebanyak mereka bersetuju untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga. Teruskan membaca…

Baru aku tahu..

Salam semua..

Tahu dan kenalkah anda dengan tokoh sejarah Haji Abdullah Hukum?

Pasti, ramai yang tidak tahu siapa tokoh yang pernah berjasa kepada Selangor dan Kuala Lumpur ini. Hatta, saya sendiri tidak mengetahuinya. Padahal dahulu matapelajaran sejarah adalah subjek kegemaran. Tapi bukan salah saya, ini kerana dalam buku sejarah sekolah tidak ada disebut.

Tapi, baru-baru ini saya diberi tugas untuk membuat kajian mengenai Kampung Haji Abdullah Hukum yang terletak di Bangsar.

Sedikit sebanyak saya kenal dan tahu siapa Abdullah Hukum, yang namanya dipinjam dan diguna pakai disalah sebuah stesen LRT.

Alhamdulillah, setelah berjumpa dengan cucu Abdullah sejarah kampung setinggan Abdullah Hukum yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur terbongkar.

Cucu beliau, Muhammad Amir yang kini sudah berumur 77 tahun, masih kelihatan sihat dan masih kuat pendengaran sungguh mengujakan saya. Tidak sangka saya boleh berjumpa dengan waris tokoh ini.

Nanti saya lampirkan salinan skrip yang dibuat untuk dokumentari pendek radio. Semoga dengan adanya skrip ini dapat membantu anak-anak muda kita tahu sejarah kewujudan Kampung Haji Abdullah Hukum, yang kini telah digantikan dengan Apartment Abdullah Hukum. Skrip ini telah diubah formatnya untuk pembacaan.

Okey..selamat membaca..

Wassalam..

 

Novice Journalist Mass Comm Student second generation

Salam semua..

Post kali ini aku tampilkan muka-muka pelajar Pelajar Kewartawanan USIM. Hanya tujuh orang..

Aku, Che, Indah, Mala, Biey, P-ja, Maira…cute tak???Ada muka jadi wartarawan ke diorang ni? 

Wei..takde pose lain lagi ker?

Wartawan yang ada semangat patriotism, tabik tiang bendera pun jadilah..hehe..tapi yang spoil lubang idung..haha..

Cantiknya…cantiknya..cantiknya air pancut tu..katna ni??

Ha..tulah gambar aku dan kawan-kawan. Hmm…biarpun hanya bertujuh sudah cukup mengamatkan kampus. Macam mana pra-praktikal? Budak Utusan? BERNAMA? Doaku..

Wei…korang buat yang terbaik pra-praktikal nanti ye. Jangan nangis-nangis kalau kena marah editor. Kalau nak nangis, nangis belakang pintu. Kuat kan semangat, keringkan hati dan hempedu, buat berita yang best-best yup. Wish you all the best…be strong macam gaban.

Untuk group aku, indah dan biey..kita pun buat yang terbaik sekali yek…hidup BERNAMA..haha..Dah buat preparation ker?fizikal or mental?..

Apa-apa pun..kita adalah yang terbaik daripada yang terbaik kalau kita buat yang terbaik..pening ker? Whatever..

K..chow…

Wassalam..

Bergadai nyawa untuk sesuap nasi

Antara mangsa-mangsa yang sesak nafas..

BANGKOK 10 April – Lima puluh empat pendatang Myanmar, kebanyakannya perempuan, mati akibat sesak nafas dalam sebuah trak kontena di selatan Thailand ketika cubaan menyeludup mereka ke Pulau Phuket.

Jurucakap polis, Kolonel Kraithong Chanthongbai berkata, mereka yang terbunuh dan 67 yang lain cuba memasuki Thailand untuk mencari pekerjaan di pulau berkenaan.(petikan utusan onlie 110408)

Sungguh menyayat hati. Sedih sangat bila fikir nasib mereka yang meninggal dalam trak ni.  Teruskan membaca…

Isu babi lagi, lagi isu babi

Salam semua…

Aku soal: Projek yang tidak menguntungkan rakyat. Kenapalah binatang itu juga nak dikomersialkan. Kenapa tidak lembu, kerbau , kambing atau binatang yang lebih sihat?

No komen. (mereka jawab) Teruskan membaca…