Archive for Julai 2009

Satu Malaikat

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia……

 Dia bertanya kepada Tuhan : ” Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?”

Dan Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini; didalam syurga  ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia”

 “Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?”

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.”

“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?”

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa”

 “Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?” “Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya”

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi”

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu”

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

“Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?”

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ” IBU”

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.

Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa…..

Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat…

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar…. sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan

dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”

Terharu kan?..

Itulah mengapa seorang anak perlu TAAT dan MENGASIHI IBUNYA..

If dia adalah putera mahkota

1 Ogos ini suatu penentuan. Penentuan yang aku tak pasti apa keputusannya.

 Aku maksudkan si dia yang berjanji akan datang waktu aku konvokesyen.

 Dan aku sedang buat pertimbangan, jika dia datang pada hari keramat itu, aku akan terima dia.

Ya, dia berjanji akan berjumpa mak dan bapa aku. Argh!! Moment yang aku tak akan ingat, jika ia tidak menjadi.

Ya Allah! Macam mana kalau dia jadi datang, mahukah aku terima dia, walhal persaan aku tiada terhadapnya.

Bodohnya kau mempertaruhkan masa depan dengan janji yang tidak boleh terima dek akal.

Lantas, aku teringat daram bersiri Korea, Princess Hour.

Drama yang berulang kali aku tonton. Setiap kali itulah aku akan menangis dan perasaan tidak puas hati bertapak.

Kenapa lelaki susah sangat nak ekspresikan perasaan suka, gembira dan paling penting perasaan cinta mereka kepada seseorang yang dia sayang. Langsung tak faham.

Sebab ego ke?

Ya, aku rasa. Bukan, hanya rasa, tapi pasti. 

Tapi, si dia yang satu ini lain. Dia berani tunjukkan. Permulaannya, aku hanya bergurau dengan mencabarnya, jika ingin memiliki aku silalah bercakap terus terang dengan mak bapa aku, then dia tunaikannya.

Aku cabar si dia kerana aku yakin dia tidak akan sanggup terbang ke Sabah semata nak jumpa mak dan bapa aku, dan sudah memang nasib baiknya, dia terhidu aku akan konvo dan sudah pasti mak bapa aku datang. Sejak itulah aku tidak tenteram.

Fuh, maunya tak tenteram.

Cubalah si dia seperti Putera Mahkota dalam drama Korea itu. Tidak berani meluah perasaan.

What should i do? Aku tak bersedia.

PRO ke mereka?

Terasa? ya aku terasa sangat. Tidak bolehkah berlagak secara profesional, as who they are, the PRO.

Aku cuba sedaya upaya bercakap dengan perlahan dan lemah lembut, cuba bertegur sapa. Apa yang aku dapat? NO RESPONDs. NO FEEDBACK. NULL. DULL.

Sepatutnya, aku yang perlu marah bukan mereka. Mereka buat aku seperti barang. Sewaktu tenaga kerja aku diperlukan, aku dilayan begitu baik. Cakap lembut gigi daripada lidah. Senyum memanjang. Bila aku tidak diperlukan ditolak tepi.

Hey..cuba fahami keadaan. Siapa yang perlu marah dan terasa. Pihak siapa? Aku tidak tahu apa-apa. Semua yang berlaku di antara pihak atasan. Aku hanya pekerja bawahan. Kenapa perlu libatkan aku?

Bodoh sangatkah aku digula-gulakan sebegitu. Aku juga punya perasaan.

Buat pengetahuan. PRO adalah bukan diri mereka. Depan senyum dan melayan kita bagai menatang minyak yang penuh. Di belakang mereka bukan seperti mereka yang di hadapan kita. Ya..itu betul.

Aku tak suka, bila perkara peribadi yang tidak bersangkut paut dengan kita terkena tempias. So stupid!!!

Siap kamu layan aku sebegitu?

Konvokesyen

Alhamdulillah, seminggu dari sekarang aku akan konvokesyen. Segunung harapan terpikul di bahu aku untuk menunaikan harapan seluruh ahli keluarga. Jadi apakah aku selepas menamatkan pengajian? Buat 1 tahun setengah ini, aku bertuah menjadi yang terpilih sebagai kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), tapi selepas itu aku tidak tahu di mana arah ku. Perancangan sudah aku buat. InsyaAllah dipermudahkan Allah perjalanan hidup seorang hambanya, iaitu aku.

Tahniah. Aku terharu. Berjaya menamatkan pengajian walaupun sudah tercatat keputusan aku tidak begitu memuaskan tetapi aku beroleh segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam Kewartawanan.

Mudahan beroleh manfaat dan sentiasa diberkati Allah. Selalu dikurniakan rezeki yang tidak terhitung. syukur.

Diari..

Akhir-akhir ini, semenjak aku memasuki alam pekerjaan, satu rutin aku tinggalkan. Menulis diari.

Dulu, diari adalah peneman aku. Sedih dan gembira semua aku kongsi bersamanya. Hanya kertas putih terdampar dalam bulan enam dan tujuh. Kosong. Bersih. Tanpa sepatah perkataan pun. Apa yang akan aku baca bila mengenangkan saat-saat itu, tarikh-tarikh yang mengumpul segala memori yang aku tidak mampu ingatinya. Sungguh rugi.

Tidak. Aku akan kembali menulis. Pasti.

Sebagai peringatan

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ‘ Orang tua ‘

Murid 2 = ‘ Guru ‘

Murid3 = ‘ Teman

‘Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’

 Murid 1 = ‘ Negeri Cina

‘Murid 2 = ‘ Bulan

‘Murid 3 = ‘ Matahari

‘ Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘

Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ? ‘

Murid 1 = ‘ Gunung ‘

Murid 2 = ‘ Matahari ‘

Murid 3 = ‘ Bumi ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

‘IMAM GHAZALI’ Apa yang paling berat didunia?

 ‘Murid 1 = ‘ Baja ‘

Murid 2 = ‘ Besi ‘

Murid 3 = ‘ Gajah ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

‘Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ? ‘

Murid 1 = ‘ Kapas ‘

Murid 2 = ‘ Angin ‘

Murid 3 = ‘ Debu ‘

Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘

Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

‘Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

‘Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘

Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

‘sampaikanlah walau satu ayat’..

Rumah sewa baru

Aku pindah rumah kelmarin, menyewa di presint 9 bersama member ofis. Alhamdulillah, aku berdikari sendiri, tidak susahkan orang lain lagi. Tetapi, aku masih kekok lagi, rindu dengan rumah di kajang, semalam, first night aku tidak nyenyak tidur, setiap setengah jam aku akan terjag. Tidak tahu kenapa. Rindu barangkali dengan rumah.

Aku masih kekok tinggal di rumah itu. Itu yang pasti. Suasana baru. Semua masih ganjil. aku cuba sedaya upaya menyesuaikan diri.

Di ofis hari ini, mungkin tidak cukup tidur, aku ada terasa tensi sedikit. Berkaitan dengan mood, aku tak boelh nak kawal.

Arghh! aku rindu nak balik…