Archive for Mac 2008

Wanita tukar jantina hamil

LONDON: Seorang lelaki Amerika Syarikat, yang dulunya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, mencetuskan kejutan selepas mendakwa hamil lima bulan dengan bayi perempuan.
Laporan akhbar Guardian menyebut, Thomas Beatie, 34, dari Oregon, mengirim gambar dan artikel ke laman web majalah gay Amerika, The Advocate, menerangkan kegembiraannya menjadi lelaki hamil.
Beatie dilahirkan sebagai Tracy Lagondino, yang tinggal di Hawaii, yang menyaksikan dia menjadi aktivis hak gay terkenal, yang berkempen menghentikan jenayah benci dan memberikan pasangan sama jenis hak untuk mengambil anak angkat. Selepas jatuh cinta dengan isterinya, Nancy Roberts, Beatie menjalani pembedahan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii melarang perkahwinan sama jenis.
Pasangan berkenaan berpindah ke sebuah bandar di Oregon dan berusaha memulakan keluarga selepas 10 tahun bersama tetapi Roberts, 45, menjalani pembedahan membuang rahim berikutan masalah kesihatan 20 tahun lalu.
Beatie, yang turut melakukan pembedahan pembinaan semula dada dan mengambil terapi testosteron, tetapi mengekalkan organ reproduktifnya, kini sah lelaki. Dia berhenti mengambil suntikan hormon dan membolehkan putaran haidnya kembali. Katanya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma dan bercadang meneruskan kehidupan sebagai lelaki ketika perutnya semakin membesar. – Agensi

Sumber:Berita Harian Online 28 Mac 08

Aku teramat bosan sehingga menjadi seorang puitis….

Aku bosan sangat ari ni, kelas memang takde..aku cuba2 buka video kisah mutaffifin..tapi tak faham sangat, yang peliknya time tengok video boleh pulak aku terlayang kejap..hampeh, buat pengetahuan korang video ni dalam bahasa arab, tu yang ngantuk. Minggu depan dah nak hantar. Jadi dalam keadaan separa sedar aku terhasilkan satu puisi (ntah bole anggap puisi ke?)…Aku bagi tajuk ‘AKU TERAMAT BOSAN’

Biar apa orang nak kata

Aku bebas buat apa saja

Jangan ditanya itu dan ini

Yang penting aku tahu

yang mana betul yang mana salah

Aku bosan hidup begini

Asyik tunggu dan lihat

Menunggu bulan jatuh keriba

Laksana pungguk meroyan gila

Itulah kita yang digelar manusai

Lebih tepat rumpun yang

Kononnya bertatasusila penuh beradat bertimpuh bersila

tidak tahu bangun sudah terjatuh

Sudah terhantuk baru terngadah Teruskan membaca…

Aku dulu pun bukan baik sangat

Salam semua..

Hari ni nak kongsi petua macam mana nak jadi baik sikit dari diri anda sekarang. Dulu aku tak lah baik jahat macam diri aku sekarang ni. duuluuu…lama dah 4 tahun yang lalu akulah anak paling degil, adik yang kureng ajar akal sikit banyak, cucu yang tak suka ngan atuknya, kawan yang makan kawan (ni auta je tau, saje nak sedapkan jalan cerita).

Tapi di suatu hari yang damai, waktu petang aku rasa..aku ada dengar tazkirah dalam stesen radio swasta, dia kata bukan senang nak jadi baik ni yang penting niat dan azam.

Hmm..lepas tu aku muhasabah diri, teringat kedurhakaan aku dengan mak bapak aku daulu2.. zaman aku masih naif, daif dan kebudak-budak-kan. Lepas tu aku berfikir semasak-masaknya berazam nak buang jauh2 perangai buruk yang tak bermanfaat lagi tidak berfaedah tersebut.

Jadi, di sini hari ini aku ingin perturunkan petua yang aku buat cantheek dan telus punya petua. Mari sama-sama kita selusuri dan praktik-kan.

Petua aku ada 5 fasa:

Perangai buruk itu tidak boleh dibuang begitu saja dari tingkap, ia mesti melalui beberapa langkah.

Pertama:Niat di hati serta azam yang kuat tak nak lakukan kejahatan lagi.

Kedua:Bawalah ia menuruni tangga(kalau umah 2 tingkat le) sehingga melepasi beberapa ruang iaitu ruang tamu(otak dan pemikiran), ruang bilik(hati), ruang dapur (rongga2 hidung, mata, telinga, tangan dan kaki). Teruskan membaca…

Sedih, gembira, kecewa

Salam semua…

Hari ni aku terima 3 buah berita yang bermacam2..toing-toin-toing kepala hotak aku..

1) Ketua program komunikasi USIM Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad yang selama ni menjadi ayahanda kami yang sangat berdedikasi tak lagi menjadi ketua. Sedih sangat…Thanks Prof. kerana sudi menjadi pembimbing kami..you are the best.

2) Cik Mazni dilantik menjadikan Ketua Program Komunikasi, tapi lum kompom lagi, Beliau baru dioffer dari pihak atasan, beliau lum terima tapi secara rasmi akan mengumumkan pengesahannya pada 15hb April ni. Tahniah miss..hope u will give us the fresh air..

3) Tautan muhabbah yang dah dirancang dilangsungkan pada 18hb April ni di BATAL kan berikutan karenah birokrasi (cam tu ke spelling)…

Walahu’alam…

Orang Cina tunjuk taring, belang, dendam

Salam semua ..

Meh baca artikel ni, mesej ni aku terima dari seorang pensyarah aku, beliau forward melalui email. Meremang bulu roma baca, rasa cam nak bom wilayah2 orang cina pendatang ni.

(‘,’);maaf semua, aku terpaksa delete entry ni sebab kawan2 kamcheng aku kata ‘bahaya’, bagi sapa2 yang dah baca tu kongsi2 ngan orang lain tau..maaf..

Mengenali lelaki melalui zodiak

Salam semua..

Post yang lalu aku bagitahu rahsia wanita melalui unsur. Post ni pulak mengenai lelaki. Terima kasih bebanyak kepada penulis(Wan Mohd Muzri) aku celok ‘benda alah’ ni dari laman web beliau.. minta halal yerk..Meh kita tengok…

Leo (24 Julai – 23 Ogos)

Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego… (jejaka leo memang gitu).

Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

 Virgo (24 Ogos – 23 September)

Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng..kuat merajuk)

WARNING: Bilapergi dating, jgn pakai yg ter “over welming”..virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.   Teruskan membaca…

Rahsia wanita melalui kelahiran

Salam semua…

Tadi aku tersesat masuk ke alam maya istimewa2u.blogspot hak milik insan mana aku pun tak tahu. Tapi content blog dia superb gila..habis riuh member-member aku time baca entries beliau. Contohnya ’tilikan’ mengenai personaliti melalui tarikh lahir, zodiak, hari dan macam-macam lagi lah. Walahua’lam, betul ke tidak..tapi beliau ada juga sertakan pesanan berbunyi begini “baca boleh percaya 100% jangan” (something like that)..ingat tu..tapi sekurang2nya adanya blog macam ni boleh dijadikan salah satu jalan untuk mendidik amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia, seperti yang kita tahu ‘manusia’ zaman sekarang ni (termasuk aku juga) suka baca benda yang pelik-pelik dan sikit punya tak berfaedah. Ni aku sertakan salah satu post..meh tengok siapa anda…

Wanita Tanah

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. Teruskan membaca…