Salam,

Dulu minat sangat dengan penulisan Sophie Kinsella, tapi start terbaca novel Wedding Night terus hilang mood nak teruskan pembacaan. Novel satu ni macam tiada ‘UMPH’ yang saya cari seperti novel-novel tulisan Sophie sebelum ni. Biasa. Terlalu biasa. Mungkin perubahan umur nak masuk angka tiga membuatkan genre novel yang lucu, fun dan imaginasi ala-ala remaja baru naik bukan jadi pilihan lagi. Kut!

Cecilia Ahern. Wah, sebut saja namanya terus teruja. Cecilia, novel pertama awak yang saya baca ialah “One Hundreds Name”. Serius, saya sangat suka. Lebih-lebih lagi watak utama novel tu bekas seorang wartawan-yang-dimalukan-kerana-satu-insiden dan berusaha mengejar dan mengorek apa cerita disebalik 100 nama yang diwasiatkan oleh editor yang telah meninggal dunia. “Every Heart has story to tell” . Rasa sangat dekat dengan jiwa saya. Cecilia, saya sudah habis baca novel awak “How To Fall in Love”. Novel ni watak utama cuba memujuk hero bagaimana untuk terus hidup walaupun kita kehilangan orang yang kita sayang. Mengharagi apa yang ada di sekeliling kita. HEBAT. Novel ni hadiah harijadi saya tahun lalu daripada kakak kesayangan. Oh. Mungkin ada mesej disebalik tajuk novel ini yang cuba kakak sampaikan kepada saya, memandangkan saya tiada cinta hanti. Kut!

Cecilia, novel ketiga awak yang saya baca ialah “Thanks For The Memories”. Novel ni masih saya letak tepi bantal atas katil saya. Masih saya belek bahagia-bahagian yang membuatkan saya ingin jadi watak utama. Bukan novel biasa. Watak utama juga seorang wanita. Wanita kuat yang cuba bangun untuk teruskan hidup setelah kehilangan sesuatu yang berharga, dan tiba-tiba datang satu keajaiban yang orang lain tidak akan dapat. Dengan nota kecil tertulis dua perkataan “Thank You” boleh membuatkan hidup sipenerima gusar dan tertanya-tanya. Ajaibnya perkataan “Thank You” itu berlagu-lagu dalam kehidupan kedua-dua watak utama.

Cecilia, terakhir novel yang saya belum sentuh “A Place Called Here” juga hadiah harijadi saya tahun lalu daripada seorang rakan. Tidak sabar untuk meneroka karya awak.

Kenapa saya suka baca karya Cecilia?

Mungkin penulis ini lebih matang, jauh ke depan, imaginasinya di luar jangkaan dan paling penting TIDAK MENGARUT!