Aku menangis bersungguh-sungguh

Sampai tersedu-sedu berlaga

Air mata tak berhenti mengalir terus

Aku seperti bukan berada di situ

Bukan juga temapt yang asing bagiku

Sekeliling yang aku tahu benar

Persekitaran alam yang ingin benar aku kembali

Menikmati zaman kecil dan remaja aku di sana

Laman yang lama aku tak jejaki

Tapi rupanya, suasananya, damainya masih aku terkenang

Aku menangis lagi, tiada henti

Habis lencun baju ditubuhku

Mungkin kerana sedih berpisah

Mungkin juga kerana rasa rindu yang memaut rasa

Atau mungkin juga aku rasa kehilangan yang panjang

Tangis ku berpanjangan..

Dan..tiba-tiba azan subuh mengejutkan lenaku..

Subhanallah..

Aku bermimpi rupanya

Bermimpikan halaman rumahku

Sekeliling syurgaku

Bersama wajah-wajah yang amat aku rindui

Mak, Bapa, Adik, Akak

Orang-orang yang aku sentiasa rindu

****************************************

Aku bermimpi sedih pagi tadi. Selepas bangun sahur aku terlelap sebentar sementara menunggu subuh. Tak sangka mimpi itu betul-betul mengharu-birukan suasana subuh aku. Panjang aku menangis. Tersedu-sedu. Yang pasti aku memang amat-amat-amat-amat merindui mereka di kampung nun jauh di Sabah.