Salam semua..

Jumaat

Aku takda kelas hari ni. Tapi pagi-pagi lagi aku telah dikejutkan dengan jeritan teman-teman dari tingkap bilik expecialy suara pija menyuruh aku bangun. Pagi tu aku dan rakan-rakan nak berlakon untuk dipersembahkan masa family day. Dengan tangkasnya aku bangun macam antu cina terus berlari ke toilet tuk mandi (mandi kerbau je) tak sempat nak berangan2 lagi. Janji nak wat rehearsal kul 9 pagi, oleh kerana janji Melayu aku turun pukul 9.30. Alhamdulillah, berjaya juga aku dan rakan-rakan menghasilkan satu drama pendek. Chaiyokk…guys. klu bab berlakon kita memang teror..huhu..

Lepas latihan aku dan teman-teman rushing go to giant. Selipar Jepun aku putus dan perlu cari pengganti untuk digunakan semasa di kem nanti. I find new one..so cute..

Petang tu, bertolak pergi Pantai Morib, Kem El Azzhar. Best wei…hapening sungguh hari tu.

Sabtu

Kami melakukan aktiviti yang diatur oleh pihak penganjur..salutelah adik-adik. Ada public speaking..macam-macam aku tanya adik-adik junior, habis kena buli oleh kau. Sampai terdiam…haha..relax lah dek, akak nak kenal je..tapi nice satu kumpulan dengan korang..group kami menang untuk permainan pertama pada hari ini.

Petangnya kami ada sukaneka, tiup belon dan cari gula-gula dalam tepung, baling belon isi air sambil tutup mata, cari telur kumpulan masing-masing, dan reka fesyen. Masa ni aku ‘all out’ habis, aku jadi diri aku sendiri..gila-gila-gila dan kadang-kadang terlampau gila. Tapi paling hampeh aku dibaling telur. Yarks!!! hanyir gila..terpaksa aku rendam seluar aku 2 hari dua malam, basuh sampai 3 kali, celup dengan pelembut softlan 2 kali, tapi hasilnya hari ini seluar tu still berbau hanyir dan keras..haha. Terima kasihlah adik-adik ku..korang dah buli aku..

Malam, BBQ beb..tapi bukan aku dan teman-teman yang berasap..pihak penganjurlah..Jeng-jeng-jeng..kami mempersembahkan drama pendek..huhu..paling bes ketua program komunikasi Cik Mazni puji lakonan kami, dan juga pensyarah-pensyarah lain. Kan dah kata..kita kalau bab acting we are winner guys…give credit to script writer and director. Kami bergembira sehingga midnite..so tired..

Haha..dapur rumah banglo busuk dengan hanyir telur…

Ahad

Bangun awal gak..dalam kul 7 dah siap sedia berkumpul nak wat aktiviti mencabar hari ni..flyingrope. Aku apa lagi aktiviti yang paling aku tunggu. Tapi lepas buat flyingfox..uh..leganya..lepas segala beban, terbang bersama suara aku menjerit. riuh kem El Azhar.

Balik..aku nak tidur sepuas-puasnya..

Balik rumah je..macam tak tidur selama 3 hari tanpa rehat juga. Tapi yang penting aku selidik badan-badan aku yang sakit akibat keaktifan aku semasa di kem. Aku jumpa beberapa tanda lebam di kaki, lutut dan tangan. Dan aku buat kes, sebab malas nak bangun,kelas hari Isnin aku cancel (ikut suka aku tak attend kelas..sengal).

Aku buat kesimpulan..aku sungguh gembira melalui 3 hari yang berikut. Itulah aku beb!!!

Minggu ini

Satu sahaja. Aku sungguh sibuk dalam erti kata pelajar sebenar!!!!!!