Salam Ramadhan..

Ha, bersangkut paut dengan salam ni, tadi aku baru saja baca komen seorang di dalam akhbar mengenai salam. Pemberita RTM yang menggunakan Salam 1Malaysia yang menjadi isu. ‘Beliau’ secara berhemahnya mengkritik apa perlunya menyebut Salam 1Malaysia?, katanya tidak perlu sebut semua orang tahu. Huh? pasal salam pun boleh jadi isu ke? Apa-apa sajalah. Tapi kamu faham bukan salam Ramadhan aku?

Ini cerita pasal malam tadi. Lepas berbuka puasa di rumah Kajang, abang, akak ipar, anak-sedara-aku-yang-comel dan adek menghantar aku ke rumah sewa yang  disayangi (dengan memek muka geli..haha..). Juadah berbuka nauzubillah banyaknya-sampai-tak larat-nak makan-dan-dihabiskan. Sungguh. Cerita ringkas mengenai juadah berbuka yang mula dimasak pada pukul 3.30 petang.

Kuih popiah kegemaran aku, akak ipar dan member akak ipar aku (sebab beliau dijemput untuk turut serta berbuka bersama), intinya (sayur kacang buncis, lobak merah, ayam, dan telur) siap dimasak pukul 4.30 dan mula menggulung kuih itu pada pukul 5.00 petang (dengan gangguan anak-sedara-aku-yang-comel itu sebagai pembantu yang banyak membantu menyemakkan ruang tamu..haha..).

Ok. Siap popiah. Adik perempuan aku (Ilyn) berangan membuat ayam goreng berempah. Ya, niat Ilyn termakbul dengan adanya semua remah ratus yang dikehendaki. (secara kebetulan, rancangan TV3 (waktu itu) rancangan memasak juga memasak ayam goreng remah, Secukup Rasa. Abang aku pengkritik masakan..”goreng ayam je pun boleh masuk tv”, “tengoklah minyak belum panas, ayam sudah di masukkan”, “ala kalau setakat goreng sayur campur, tak yah masuk TV,”…makluman, itu adalah komen abang aku yang pernah jadi pembantu Chef di sebuah hotel di ibu negara. Makluman sekali lagi.

Dan ayam goreng berempah Ilyn siap untuk digoreng. Menu seterusnya, daging masak asam. Ini masakan ‘fames’ di Melaka (di kalangan orang Jawa, dan abang aku peminat terulung masakan mak mentua dia). Daging ini adalah kerja akak ipar aku. Terakhir, udang goreng (ni aku yang goreng tau). Sudah ada empat menu. Menu-menu lain adalah hasil sumbangan kawan akak ipar aku. Antaranya

1) Ikan kembung masak taucu

2)Ayam masak kicap dengan tempe

3) Sayur brokoli goreng

4) Kuih badak berendam

5) Kuih apa ya? (kuih yang ada tepung kaler hijau, meron atau pink di atas dan pulut di bawah?kuih aku tak suka makan tat y aku xtau nama)

6) Kek sarang semut

7) 4 jenis air (Sirap (home made), air tebu dan soya (made by tukang jual bazar) dan air gas Zapple F&N (made by factory)

Hidangan-hidangan ini disantap oleh 9 orang yang berbuka puasa. Termasuk anak-sedara-aku-yang-comel semuanya 10 orang. Selesai berbuka, masih banyak yang berbaki. Itulah nafsu di bulan ramadhan, harap jangan diamalkan.

Habis cerita juadah berbuka.

Aku nak sambung cerita perjalanan sewaktu menuju ke rumah sewa yang terletak di Presint 9E. Bukan flat international itu a.k.a flat hijau yang ‘fames’.

Sempat singgah di masjid kristal atau dinamakan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. MENAKJUBKAN!

Dari jauh lagi kami sudah terlihat kilauan lampu yang seperti biasan cahaya kristal di atas air. Bergemerlapan. Mempesonakan. Ronda-ronda keliling masjid mempersona itu (tak taulah kalau orang Muslim sePutrajaya tak datang untuk bersembahyang di sana).

Terbias rasa kagum aku. Apatah lagi orang yang sama-sama membangunkan masjid itu iaitu abang aku sendiri, salah seorang kontraktor di sana selama tiga tahun bertungkus-lumus. Macam pelancong kami rasa. Setiap kali ke suatu sudut, ada pemandu pelancong bagi info, siapa lagi kalau bukan abang aku a.k.a kontraktor-masjid-kristal-yang-beliau kagumi. Setiap sudut dalam masjid itu memang familiar dengannya hatta di tempat letak kereta dan stor pekerja yang pintunya amat hodoh kerana belum berkesempatan untuk ditukar sebelum dirasmikan pada 1 ramadhan dulu. Beliau dan adek adalah antara perasmi pada 1ramdahan hari itu.

Abang aku kata, masjid itu adalah di antara bangunan yang tercantik dia dan team (building) buat. Iyelah, projek bilion mestilah cantik. Menyelusur sejarah (peh, macam dokumentari pulak) syarikat abang aku pernah mengukir sejarah di persada industri pembinaan apabila terlibat dalam menghasilkan terowong smart (yang tak begitu pintar). Itu adalah projek terbesar syarikatnya pernah diberi kepercayaan. Begitu juga reaksinya dengan keberhasilan terbentuknya masjid kristal. Semasa terowong smart dilancarkan aku adalah orang pertama jadi perasmi. Abang aku juga menjadi pemandu pelancong dengan tourist yang terdiri daripada, aku, Ilyn dan Ila(adik bongsu pempuan aku), isterinya dan juga anak-sedara-aku-yang-comel yang masih dalam perut waktu itu.

Kebiasaanya, lepas sahaj projek kendalian abang aku siap, pasti dia akan bercerita dengan keterujaan yang melampau. Hehe..sebenarnya kami juga ikut bangga dengan pencapaianya walaupun abang hanya golongan ‘kecil’ sahaja dalam projek-projek itu.

Eh? panjang sangat ke aku menulis?..okeylah, nanti aku update..bos panggil!..