Inilah jadinya

2009 November 17
tags:
oleh mirhans

Wah..lama tak masuk laman blog sendiri. Sungguh merinduinya. Sungguh rindu untuk menulis, berkongsi rasa. Ini adalah kerana penangan Facebook. I hate that. But can’t help it.

Dulu, tahun akhir di universiti, ramai member ajak buat facebook, tapi aku menolaknya. Kerana pasti, aku akan abaikan blog ini. Aku amat sayang laman ini. Dan benar seperti tekaan ku. Blog ini semakin terbiar, kalau kebun sudah lama tumbuh lalang dan dijadikan sarang ular. Labah-labah sibuk tumpang sekaki membuat sarang. Nasib baik ini bukan laman sesawang. Hanya sebuah blog yang dibiarkan. Kalau tidak benarlah ia bersawang.

Kitaran hidup aku juga sudah berputar 180 darjah. Tidak seperti dulu. Semua perkara yang aku suka dan sering buat tidak menjadi sesuatu yang wajib dalam kamus harian lagi. Kalau dulu dalam seminggu dua buah buku akan khatam aku baca. Sekarang, sebuah buku mengambil masa dua minggu.

Kalau dulu ada masa jejakkan kaki ke librari negara atau ke kedai buku, cari buku-buku terbaru, tetapi hari ini sudah aku ketepikan untuk memberi laluan kepada tuntutan kerja. Kalau dul buku berkulit tebal itulah aku hadap semasa tensi, tetapi sekarang tangan terlalu malas mahu mencoret sesuatu. Kesian diari aku itu. Dari bulan Jun terbiar putih, tanpa sepatah coretan.

Huh..beginilah aku mengalami tranformasi kedewasaan. Perlu membuat jadual baru kembali. Tidak adil untuk diri sendiri.

Hmm..Sabtu yang lalu sempat pulang ke Melaka. Jumpa abang dan akak. Hal ini juga aku abaikan. Sudah 7 bulan aku tidak menjejaki kaki ke rumah itu. Kekangan masa bekerja.

Benarlah, kenapa orang dewasa selalu memberi alasan sibuk bekerja jika tidak sempat balik ke kampung, menjenguk orang tua. Baru aku faham.

Merungut-memebebel-tak puas hati-mengeluh selalu aku lakukan. Nasib sesungut je tak keluar..hihi..

Moralnya, jangan biarkan anda dipengaruhi oleh perkara remeh temeh sehingga menjejaskan diri sendiri. Ourself always come first.

 

 

Lumrah

2009 November 6
oleh mirhans

Lumrah, apabila tiada di sisi dicari-cari, rasa kehilangan. Tetapi apabila di depan mata benci dan bosan. Baru berapa minit yang lalu aku menghantar kepergian seseorang yang sangat berbudi dan berbakti kepada aku, sudah aku merasa rindu dan sunyi.

Sedih. Biarpun baru sekejap cuma kami duduk sebumbung, bekerja di dalam satu pejabat, saling melaksana tugas, tetapi aku sudah rasa terlalu lama. Belum cukup menganyam mesra dai sudah tiada.

Sungguh terasa kehilangan dan sokongan.

 

 

Falling for u…

2009 Oktober 18
oleh mirhans

I don’t know but, I  think I maybe falling for you. Dropping so quickly, maybe i should keep this to myself. Waiting til i know you better. I am trying not to tell you, but i want to. I’m scared of what you’ll say. So I’m hiding what I’m feeling. But I’m tired of, holding this inside my head. I’ve been spending all my time, just thinking about you. I don’t know what what to do. I think I’m falling for you. As I’m standing here, and you hold my hand, pull me towards you and we start to dance, all aaround us, i see nobody. Here in silence, it’s just you and me…Colbie Caillat~

Crazy and tired week~~

2009 Oktober 8
oleh mirhans

Salam semua..

Crazy week. So ‘fool’ with function and ministers events. Everywhere. Everydays. So tired and don’t know how to explain with the words.

Sungguh sibuk sampai blog pun aku tak isi entri baru. Dalam sibuk-sibuk itu jugalah gigi geraham yang bongsu ni nak tumbuh. Mencucuk-cucuk sakit sampai otak. Ditambah dengan sakit tulang belakang akibat kurang rehat. Betul-betul aku berkhidmat untuk negara. Hehe..

Sakit gigi pun aku tak endah, buat tak tahu, kalau dilayan sakit tu mesti melarat. Juz denied it. Then, pagi tadi, hari ini, baru terasa sangat. Bangun pagi dengan gusi bengkak dan tekak perit. Tak tahu kenapa. Tulang belakang tak usah cakap. Masuk ofis, mood tak berapa ok. Kepala sungguh sakit. Itulah, cuba mencabar hukum alam. Cuba mengelak dari kesakitan dengan menyibukkan diri. Tapi aku tak boleh buat bodoh sahaja. Aku baru 23 tahun (lum masuk 24 tahun lagi tau…hehe..). Nanti badan aku terlebih ‘matang’ daripada umur. Tak mahu.

Jadilah aku seseorang yang bukan sesiapa kepada sesiapa dan untuk sesiapa..hehe..

Hmm..sah lah tu, dah tak betul.

Chow..

Fasa tekanan

2009 September 29
oleh mirhans

Salam..

Mula-mula, nak ucapkan selamat hari jadi buat kakakku, K.Iena dan member kamchengku, Maira. Semoga kamu bahagia, sukses, panjang umur, murah rezeki, sentiasa di bawah lembayung rahmat Tuhan Yang Esa dan di masukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Hari ini atau lebih tepat bulan ini adalah fasa tekanan terbentuk di kalangan para graduan yang baru abis belajar bulan Mei hari itu.  Termasuk kawan-kawan aku. Huh..

Aku boleh bantu setakat yang aku mampu saja. Bagi info di mana ada menawarkan jawatan kosong.

Sorry, guys.

PC aku malatop

2009 September 25
oleh mirhans

Sedang syok update facebook PC aku meletup pulak, adui…ni cleaner punya pasal. Lepas dia orang bersihkan tempat aku, plak PC terkena air sabun dan cabel internet tak boleh connect. Call Bahagian Teknologi Maklumat tak jawab. Masih cuti rayalah tu..

Jadi aku patah kaki sebelah nih, terpaksa tumpang PC budak opis.

Serius aku terkejut. Meletup secara mengejut dan mengeluarkan bauan hangus..haha..melompat gelabah aku..hehe..buruk benar perangai..haha..

Sebenarnya, tadi tu mesti kena daulat sebab aku menyalahgunakan harta kerajaan buat benda tak termasuk dalam portfolio aku…update blog dan facebook. Habis tu macam mana?

Ala..pinjam pun tak boleh..kedekut..cemuih (erk?), orang Sabah cakap karit banar..

Bukan selalu buat tau..haha..

Chow

The only thing that really make Raya as Aidilfitri is..

2009 September 24
oleh mirhans

Salam..

Kali kedua beraya tanpa mak dan bapa.

Raya pertama..tiada takbir raya yang aku dengar. Itu bermakna perbuatan avoidance. Bukan tiada siaran langsung atau rakaman takbir di media elektronik, tetapi tangan aku gatal tidak mahu tekan chanel siaran takbir yang dikumandangkan. Biar aku alunkan irama mulia itu di sanubari aku. Just, only for me.

Paling kecewa sewaktu pengisytiharan raya jatuh pada tanggal 20 September 2009 ialah abang aku. Dia berharap supaya 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kerana penerbangan beliau pada 20hb. Kesian dia, tiket habis dan terpaksa berhari-raya-pertama sendiri di atas kapal terbang.

Pagi Syawal, seawal pukul 6 pagi aku hantar pemergian abang aku ke lapangan terbang. Banyak cerita pahit-manis-lucu-hampeh pada 1 Syawal yang tidak akan aku lupakan. Ini adalah rahsia kami berempat..haha..

Pagi raya, mak aku orang paling hiba. Bapa aku boleh lagi control macho..haha..

Banjir LCCT dengan tangisan adek aku. Aku (kebiasaannya aku seorang yang cengeng, tapi aku cari kekuatan untuk tidak menagis, menjadi kuat. Siapa lagi kalau bukan aku sebagai tunjang kekuatan adik aku sendiri) cuba sedaya upaya menahan tangis. Pedih tau.

Haih. Kalau difikirkan, tahun ini..tiada ketupat, tiada rendang, tiada sate, tiada baju raya, tiada kasut raya dan tiada famili di depan mata. See, percaya tidak? Pagi raya kami makan di McD for breakfast dan KFC for lunch. Gila. Bila mak aku tanya, ” Masak apa?”. Aku dan adek berbohong…” Masak rendang, rebus ketupat segera dan goreng ayam” that’s it. Bohong sunat, supaya tidak menambahkan kesedihan hati seorang ibu. Sekurang-kurangnya, tidak merasa air tangannya, kami dapat makan juga juadah basic di hari raya. Lucu. Sedih, actually. Tiada baju kurung. Aku hanya memakai t-shirt dan jeans. Tiada lagu raya berkumandang. Juga.  Hanya tangisan mak dan kakak aku dari Sabah.

Raya kedua.

Sendiri di rumah. Tak boleh duduk diam. Takut perasaan sedih berkunjung. Habis rumah abang aku kerjakan. Membersih, mengemas, mencuci dan mentouch up rumah. Menyibukkan diri.

Makanan hari kedua. Makan maggi. Hah..kalau mak aku tahu, rawan hatinya.

Raya ketiga.

Aku balik rumah sewa di Putrajaya.

Lagi sunyi. Tiada Tv. Opss! ada TV tapi tiada Astro. Aku layan laptop. Main game. Bunuh-bunuh. Hek!..padahal game tu tak pernah aku main sebelum ini. Itu game yang didownload oleh adik aku. 

Itulah. The only thing that make Raya as aidilfitri adalah meraikannya bersama keluarga. Paling penting mak dan bapa. Aku rugi setahun lagi.

Tahu tak? berdoa di malam takbir akan dimakbulkan?. Tahu tak apa yang aku pohon?

Selamat hari raya semua.

SELAMAT HARI RAYA KALIAN

2009 September 17
oleh mirhans

 

kad-raya-6

Selamat hari raya semua..

Raikan dengan penuh kesyukuran dan bersederhana

Ingat yang susah, yatim, orang tua dan perantau

Zahirkan rasa syukur dan nikmat

Mohon bulan agung ini dapat kita temui pada tahun seterusnya

Agar dapat menebus segala kekurangan pada tahun yang sudah

Maafkan segala yang terucap, termakan, terminum, termaki, terambil, terniat jahat, terumpat dan segala yang tidak diredahi hati kalian

Sesungguhnya, bukan mudah hendak sempurnakan diri dengan kebaikan

Pasti ada cacat cela di mana-mana

Harap segala Qaul dan Fi’il dimaafkan

Sucikan hati menerima kemaafan

Doaku berpanjangan agar kalian bahagia beraya bersama keluarga, saudara, sahabat handai dan taulan

Maaf lahiriah dan batiniah dipohon

Sejuta kemaafan diharapkan

Daaa…

Kepada MANUSIA yang tidak layak digelar MANUSIA!!!

2009 September 14
oleh mirhans

Kau tidak layak digelar Manusia, sebaik-baik ciptaan Allah di atas muka bumi ini.

Sakit hati!!!

Aku runsing apabila memikirkan keselamatan yang melibatkan maruah tercabar dan tercalar. Aku rasa sakit hati apabila yang mencalarkan maruah kami itu adalah orang yang dikenali dan dipercayai. Aku benci sungguh.

Ya Allah!.

Kuatkan semangat kami. Semoga Allah tunjukan bukti perbuatan jahat manusia durjana itu. Engkau tunjukkan juga kepadanya batas-batas kemampuannya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Di kala itu, baru manusia durjana itu tahu langit itu di atas kepalanya dan bumi itu dipijaknya. Akan aku buktikan. Akan aku nyahkan dia dari hidup kami. Kalau perlu, nyahkan dari muka bumi ini. Sesungguhnya dia bukan manusia yang layak tinggal di atas muka bumi Allah ini jika dia melakukan perbuatan khianat dan jahat.

Wahai Manusia Durjana dan Khianat, satu hari nanti ada balasan yang setimpal untuk kau. Sesungguhnya doa mukmin yang teraniaya akan diperdengarkan di sisi Allah. Perbuatan jahat kau akan terbongkar. Segala perbuatan khianat kau akan terpampang jelas di khalayak nanti. Serve your right!!!

Oh! aku khilaf menilai luaran manusia ini. Bahkan dia layak digelar binatang. Bukan mungkin. Bahkan betul. Ah! rasa kesal dengan diri sendiri. Aku benci manusia itu. Aku  benci manusia tidak berhati perut itu. Sungguh.

Semoga Allah beri petunjuk kepada kami. Mohon ya Allah!.

Ya Allah! Engkau tarik semula pancaindera yang Engkau anugerahkan kepadanya. Kerana pancaindera yang Engkau kurniakan itu digunakan untuk berbuat jahat. Dia tidak layak terima. Alangkah bagusnya kalau anugerah itu diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk berbuat kebaikan. Dan Engkau kurniakan secalit rasa insaf dan taubat ke dalam hatinya.

Kejam, memang aku kejam. Kerana manusia itu lebih kejam kepada kami. Dan aku tidak layak berdoa sebegitu. Tetapi hati marah aku tidak boleh maafkan manusia itu. Tahu, menulis dan menilai dengan dibaluti perasaan amarah beginilah jadinya. Iman aku senipis kulit bawang. Sabar aku sudah sekecil zahrah. Tetapi, amarah aku sebesar alam.

 Dan sekarang, buat masa ini emosi aku tidak stabil. Tahu, aku kena muhasabah diri dan berfikir jalan penyelesaian terbaik.

Aku bermimpi

2009 September 3
oleh mirhans

Aku menangis bersungguh-sungguh

Sampai tersedu-sedu berlaga

Air mata tak berhenti mengalir terus

Aku seperti bukan berada di situ

Bukan juga temapt yang asing bagiku

Sekeliling yang aku tahu benar

Persekitaran alam yang ingin benar aku kembali

Menikmati zaman kecil dan remaja aku di sana

Laman yang lama aku tak jejaki

Tapi rupanya, suasananya, damainya masih aku terkenang

Aku menangis lagi, tiada henti

Habis lencun baju ditubuhku

Mungkin kerana sedih berpisah

Mungkin juga kerana rasa rindu yang memaut rasa

Atau mungkin juga aku rasa kehilangan yang panjang

Tangis ku berpanjangan..

Dan..tiba-tiba azan subuh mengejutkan lenaku..

Subhanallah..

Aku bermimpi rupanya

Bermimpikan halaman rumahku

Sekeliling syurgaku

Bersama wajah-wajah yang amat aku rindui

Mak, Bapa, Adik, Akak

Orang-orang yang aku sentiasa rindu

****************************************

Aku bermimpi sedih pagi tadi. Selepas bangun sahur aku terlelap sebentar sementara menunggu subuh. Tak sangka mimpi itu betul-betul mengharu-birukan suasana subuh aku. Panjang aku menangis. Tersedu-sedu. Yang pasti aku memang amat-amat-amat-amat merindui mereka di kampung nun jauh di Sabah.