Kamu dan aku
Salam,
Bulan Mei yang lalu, ada member datang dari KL ke Sabah. Sungguh gembira. Dapatlah melepaskan rindu. Semenjak grad masing-masing bawa diri. Susah betul mahu jumpa. Lebih-lebih lagi macam aku yang sudah balik ke tanah tumpahnya darahku ini. Sempat jugalah pergi lepak-lepak di Center Point, lunch McD, suprisekan dia dengan belated birthday (1st May, her birthday), pergi makan lokan bakar di Salut, pergi pantai Tanjung Aru, borak-borak jap, kemudian berpisah. Huhu..sedih..;(
Jom tengok muka-muka comel sekalian budak PMT (Perempuan Melayu Terakhir)..
Dan beberapa bulan sebelumnya kami juga dilawat seorang kawan lelaki. Kebetulan kementerian tempat beliau bekerja mengadakan Hari Bersama Pelanggan di Suria Sabah, juga kami sambut dengan kek juga, the same cake..hihi..jom..
Hehe..cuba perhati apa yang sama dikedua-dua versi gambar-fokus pada tuan punya blog-?
i) handbag yang paling ku sayang..tak pernah lupa bawa pergi mana-mana, walau ada 2 3 buah handbag lagi..luv it..
ii) kasut croc yang aku beli di Putrajaya dengan harga RM20…selesa..pakai bila hari hujan, jalan jauh dan pergi bandar naik bas..supaya tak adalah yang jadi cinderella nanti…ngeh-ngeh…
iii) mestilah BFF 2 orang tu…Maira dan Ipa…:)
iv) tudung color hitam…febret color bilang hangout! senang matching ngan semua baju…:)
v) pin tudung…:)
Ehem…sejak bila pandai upload gambar dalam entri ni, selalu, malas tahap gaban..enjoy it!