Salam,

Antara isu yang menarik perhatian dalam Berita Harian hari ini ialah:

Malaysia antara paling selamat
Oleh Sani Kamarudzaman dan Aizuddin Sapian

Kuala Lumpur: Kajian The World Justice Project, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa bertajuk ‘Rule of Law Index’ menunjukkan Malaysia adalah antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat di dunia.

Kajian yang dijalankan di 66 negara juga meletakkan Malaysia lebih selamat berbanding negara kelas pertama seperti Perancis dan Belgium.

Malaysia negara teratas: sejauh mana rakyat sesebuah negara rasa selamat ketika melakukan kegiatan harian mereka, selain perasaan takut terhadap polis.
Malaysia negara ketiga: paling bebas rasuah di antara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi yang dikaji dan pada kedudukan ke-25 daripada 66 negara yang dikaji di seluruh dunia. 

Malaysia pada kedudukan ke-18 daripada 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan pada tempat ke-59 daripada 66 negara berhubung isu hak asasi manusia.

The World Justice Project dibiayai Neukom Family Foundation, Bill & Melinda Gates Foundation dan LexisNexis, manakala analisis datanya dibuat di Unit Ekonometrik, Pusat Kajian Bersama Suruhanjaya Eropah.

Hasil kajian itu juga selari dengan kejayaan Malaysia mengurangkan kejadian jenayah sebanyak 30 peratus tahun lalu melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Jual organ bayar hutang suami
Oleh Azidan Nahar

Wanita tawar buah pinggang, sebelah kornea mata pada harga RM1 juta

JOHOR BAHRU: Trauma diancam samseng pengutip hutang yang dihantar sebuah syarikat kewangan berlesen bagi menuntut hutang ditanggung suaminya, seorang ibu muda dari Kulaijaya di sini, mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta.

Hasrat wanita berusia 35 tahun itu terbongkar ketika dia mengunjungi pejabat Bahagian Pengiklanan, The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru UDA di sini, untuk membeli ruangan bagi mengiklankan jualan sebiji buah pinggang dan kornea sebelah matanya.

2 rakan karib mati berpelukan
Oleh Irwan Shafrizan Ismail 

 Kuantan: Menyayat hati apabila mayat dua sahabat karib yang lemas ketika mandi di pusat perkelahan Pasir Kubur, dekat Sungai Lembing di sini, semalam, ditemui dalam keadaan berpelukan.

 Mayat mangsa, bekas pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Amierul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota 8, di sini dan pelajar jurusan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Mohd Adhamerudin Omar, 21, dari Taman GPT, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah ditemui kira-kira jam 9.15 pagi oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan misi mencari mangsa.
 
 
Wah..isu-isu yang menarik!