Salam,

Minggu lalu, ya bukan anda salah baca, sebab perkara ini memang berlaku minggu lepas, telefon bapa, ucap selamat hari bapa, (teruja mahu wish sampai terawal 1 minggu, sebab ingatkan Father’s Day adalah jatuh pada minggu kedua Jun). Ketara sangat tidak sambut Hari Bapa. Halololo…kesiannya bapa dapat anak macam aku ini.

Aku telefon saja pada mulanya, ingat tidak balik kampung sebab menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan. Tetapi akhirnya sampai juga di ‘rumah manis rumah’ aku…(my home sweet home…lah!). Siap peluk dan cium pipi bapa aku lagi tau.

Lepas itu, aku tanya, bapa mahu apa hari bapa ini. Sempoi saja beliau menjawab. “Tiada”. Wah…tulusnya bapa aku ini. Ini yang buat aku bangga dengan dia. Sayang bapa, sayang bapa..banyak-banyak. Sebanyak pasir di halaman rumah kita tu, se’subur’ pokok-pokok dan semak-samun di keliling rumah (yang mak selalu bebel suruh potong atau bubuh racun…hihi…and u did it..), dan sedalam kolam ikan di belakang rumah (kolam yang tak pernah ada ikannya, sebab sang biawak yang makan..begitupun bapa selalu bersihkan sekelilingnya). Ya, I meant it! Love you thousand and million love that have in this world!. (oh..sila abaikan perbandingan yang diberikan, sangat tidak sesuai bagi ahli bahasa. Tahu, sebenarnya ada maksud lain bagi yang pandai ‘membaca’ perumpamaan,  sengaja tulis supaya terasa sangat dekat dengan rumah dan bapa, tiada maksud lain. Harap maklum; Iklan si punya blog;)

Kemudian, sedih saja tengok wajah bapa. Ya, bapa sudah termasuk warga emas. Worth. Precious. Golden. Tapi bapa tetap kacak! Bapalah lelaki paling kemas, bijak, logik, baik, lemah-lembut, penyabar, alim, suci, dll. (heh..dll tu sila jangan peduli). Wah tiba-tiba sedih apabila lagu “For The Rest Of My Life’ berkumandang di Media Player lappy. Lagu latar.

Ok. Kenapa kau rasa bapa kau baik, rapat dan sayangkan kau?

  • Satu-satunya anak yang masuk sekolah agama. (Bapa yang ‘galakkan’)
  • Budak baik.. (yeww!)
  • Satu-satunya anak perempuan yang sejak azali pakai tudung..(heh!)
  • Satu-satunya anak di mana bapa yang pergi daftarkan sekolah. (Adik-beradik lain semua mak yang urus…hihi..)
  • Bapa yang temankan mengurus surat berhenti sekolah, amik sijil peperiksaan dan amik report card.. (sekali lagi…adik-beradik lain mak yang buat..hihi..)
  • Bapa yang temankan sewaktu mengurus mahu masuk universiti.
  • Bapa yang temankan membeli peralatan/baju/stationary/ sebelum masuk u.
  • Bapa selalu nasihatkan agar dapat good grad masa sekolah. (Ayat paling ingat bila kena blame, result rendah dari kawan-kawan..”Kau makan apa?kawan-kawan pun makan nasi juga, asal diorg boleh dapat keputusan baik?!)..sapa mo tolong jawab, sila..
  • Bapa akan tersenyum terharu bila aku ‘umum’kan keputusan peperiksaan.
  • Bapa yang hantar naik basikal pergi kelas tambahan hujung minggu semasa sekolah rendah.
  • Bapa yang hantar dan kadang-kadang amik naik basikal pergi tuisyen malam di rumah cikgu.
  • Bapa yang tolong belikan pad semasa period. (Serius aku terharu. Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan, bapa diorg tak pernah amik port hal-hal anak perempuan, sebagaimana bapa aku lakukan.)
  • Bapa yang belikan makanan, sabun dan barang-barang keperluan asrama.
  • Bapa yang akan pergi asrama hantar duit.
  • Bapa tidak pernah komplen masakan aku tak sedap.
  • Bapa tidak pernah ungkit pasal bila aku mahu kahwin.
  • Bapa selalu bebel kalau aku keluar jumpa kawan.
  • Bapa selalu telefon tanya ‘balik kampung ke tidak’.
  • Dalam bas, keep calling me, where am I right now, sudah sampai ke belum. (huh..sedikit tertekan!)
  • Bapa yang telefon semasa nenek sedang nazak 2 bulan yang lalu.
  • Bapa selalu kejut bangun sembahyang subuh dengan memukulkan sejadah di dinding bilik.
  • Bapa selalu kejut bagun pagi dengan ayat ‘ada kapal terbang terhempas dekat simpang sana, ko ketinggalan, orang dah ramai tengok, ko masih tido’, dan aku jawab ‘pagi-pagi dah sibuk atau biarlah, takda untung pun’…ngehngeh..
  • Bapa yang ajar naik motor.
  • Bapa tidak pernah sekalipun menengking aku. Marah biasa-biasa tu adalah.

Huh..penat, banyak betul kalau mahu tunjukkan kamu betapa bapa kita, bapa aku sayangkan anaknya. Tidak terkira, tidak tertulis, tidak tersebut.

Jadi, hargailah mereka ya.

Selamat Hari Bapa, kepada Bapa saya…