Salam,

Tidak dapat balik kampung. Kelmarin ada taklimat dengan pelajar baru. Rindu dengan mak, bapa dan rumah. Huhu…;(

Tadi belajar naik bas. Huargh! sumpah aku tak pandai naik bas di KK jika dibandingkan bas rapidKL atau Metro di Semenanjung. Menakutkan. Harus cukup kuat kalau mahu berkongsi bas dengan bangsa pendatang lain.

Mari buat perbandingan di antara bas KL dan bas KK.

Penumpang/pengguna:

Bas KL:Hak milik bersama semua kaum selain orang tempatan, termasuklah Mat/Minah Bangla, Mat/Minah Indon, Nepal, Vietnam. 

Bas KK:Boleh dikira dengan jari orang tempatan yang ada dalam bas. Kalau bas yang ada 20+ tempat duduk, ada 5 orang saja tempatan, selebihnya rakyat asing yang buat negeri ini macam negeri diorang!

Pemandu:

Bas KL: Pemandu bas kebanyakan rakyat tempatan

Bas KK:2 x 5 sama macam penumpang!

Keselamatan:

Bas KL:Jarang penumpang pedulikan hal orang lain. Naik bas terus tutup mata. Selama 4tahun lebih di sana tak pernah ada gangguan masa naik bas.

Bas KK:Penumpang terlalu ramah,  kacau anak gadis..takut..

Sistem tambang:

Bas KL:Fleksibel, guna kad bulanan, tiket return ikut area, boleh sehala saja.

Bas KK:Tunai..

Stesen bas:

Bas KL:Ada perhentian khas. Di stesen bas juga keadaan terkawal.

Bas KK:Tekan saja lonceng anda boleh berhenti. Di stesen bas pula terlalu banyak orang yang ‘tersadai’ melepak sekadar cuci mata!

Ok..itu saja. Bilalah ‘mereka-mereka’ ini akan lenyap dari sini. Buat rasa diri tidak selamat kalau ambil bas pergi dan balik dari bandar. Sungguh tidak secure.

Tolonglah.