Salam,

Macam-macam ragam telah dilalui sepanjang sudah bergelar ‘budak berumur 26 tahun’.Ehemmm…mak budak sepatutnya. Silap.

Dari kisah aku main sorok-sorok dengan kawan-kawan di atas bukit di sebalik pokok-pokok hutan selepas pulang mengaji KAFA, mengejar anak anjing yang comel-comel-gemuk-demok dan dikejar semula oleh mak anjing yang garang semasa pulang tuisyen, dan menangkap anak udang di dalam parit di bawah pokok ara semasa balik sekolah. Akhirnya UPSR kecundang. Sekolah rendah.

Sehinggalah belajar bahasa arab yang susah-ya-RABBI, masuk sekolah yang bagus akhlak pelajarnya, menghadap buku 24-jam dengan larangan menonton kartun berkuatkuasa Isnin hingga Jumaat, duduk asrama yang serba-serbi berdikari sendiri serta berakhir dengan PMR, SPM, SMA, SPM, STAM yang cukup-cukup makan dan di tahap masih boleh digunakan otak itu. Sekolah menengah.

Maka sampai di tahap pandai berblog semasa pensyarah sedang bersyarah dihadapan, tangan sibuk menekan butang-butang papan kunci (keyboard lah!), pandai buat video, buat berita, belajar berfesyen (sangatlah), pergi kampus pakai sandal yang ada bunga ros di hadapan, pakai stokin berbunga-bunga, ada gambar kartun, yang pendek ngam-ngam buku lali, tidak pernah gantung kad matrik di leher (simpan dalam beg pensil, pegang atau dalam beg..ngeh..ngeh..), buat asemen last-last minute, menangis semasa buat pembentangan sebab pensyarah hina slides show yang saya (tiba-tiba tukar ganti nama yang sopan pulak…hehe..) buat, sepanjang kelas berlangsung, pergi library 1bulan sekali, hmmm…rasanya cukuplah kut, ditamatkan dengan CGPA yang melayakkan aku tanam anggur saja. (alhamdulillah, aku tidak menganggur selepas grad, hanya setahun lepas grad baru aku honeymoon jap…)

Malah, sampailah aku menjadi Pembantu Tadbir (kuli batak) di KPT, menjadi GSTT, guru ganti, kerani dan sekarang ‘pensarah’ (geli tau nak sebut title tersebut) di kolej …..(-_-“)….. yewww…ini, dan ending belum tahu pergi mana…

‘Ter’Panjang pula intro.

Aku cuma mahu buat perbandingan selama aku bergaul dengan pelbagai jenis kawan yang berlainan,  lapisan umur, warna kulit, bangsa, tahap IQ, taraf hidup dan lain-lain (selalu buat macam ini semasa buat karangan rumusan).

Bercanggah pendapat dan pandangan itu selalu terjadi. Lebih-lebih lagi perangai aku yang tidak serupa PMT (Perempuan Melayu Terakhir) jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang suci mulus sopan-sopan Melayu gitu. Yeww..

Ada kawan aku yang memang suka berhias. Perbelanjaan untuk maintain body dan muka pun melebihi bajet makan. Produk untuk jaga badan sudah berjenis-jenis jenama, vitamin dan suppliment yang dimakan juga berbotol-botol, belum campur untuk facial treatment. Mak datuk, lebih mahal dari baju+seluar+baju kurung+tudung+shawl+sandal+kasut+selipar jepun+handbag+pakaian kecik-kecik=aku punya berbanding bajet dia beli make up dan segala macam benda yang ditempek dimuka.

Tak kuasa I tau~dibandingkan dengan aku yang hanya amik suppliment vitamin A, C, E (1 tablet 3 jenis vitamin, 1 jenama..ngeh2..), untuk make up pula aku ada 1 set eye shadow (jenama MAC yang dihadiahkan oleh bos), 2 batang pensil lukis mata (kaler hitam (Maybeline)dan pink (Avon), 1 batang mascara (kaler hitam, Avon), pemerah pipi (L’oreal, ehsan dari kakak), bedak kompak (Cosway, Miyami), 3 jenis bedak lapis (Mac, Avon dan L’oreal), benda ni kena cuba pelbagai jenama sebab nak tutup JERAGAT di pipi. Sebotol losyen badan (jenama???) yang aku beli 1 tahun dulu, dengan senitizer goody yang aku dapat semasa ikut Jalan Kaki 12 jam Putrajaya akhir 2009. Itu sahaja. Sikitkan.

Itu belum lagi masa berhias. Sebelum tidur malam habis satu badan dilulur. Dari ke muka hinggalah ke tapak kaki. Aku terus tidur terlentang macam katak. Hehe…sampai 1 tahap malas tahap alam berus gigi pun skip ~ngeh~

Pagi-pagi amik masa 45 minit ke atas untuk bertatarias (emm..betul kah istilah itu?). Sanggup bangun awal 1 jam ke atas semata-mata untuk ber-make-up. Ah! Buduh. Kalau aku 20-30-40-50 minit boleh siap dah berhias (termasuk mandi). Pelik kan? Apa diorang buat sampai 1 jam. Itu juga muka diorang aku tengok. Tak ada pun berubah jadi Jessica Alba. Heh!

Ada lagi jenis kawan yang memang taik wayang. Kalau tak buat wayang sendiri suka tengok wayang baru di pawagam, atau tengok CD cetak rompak yang dibeli di pasar malam atau yang dijual di tepi jalan Masjid Jamek. Tak kisahlah jenis cerita apa, semua layan. Aku dalam sebulan 1 kali pun susah nak pergi GSC tu, tengok CD kalau ada yang ajak nonton. Kalau cerita syok. Baru layan.

Ada juga kawan yang suka makan semua jenis makanan seluruh Malaysia. Budu, tempoyak, cencaluk, ambuyat, sagu belacan, dodol (eh..tiba-tiba), ikan patin (ooo..relevankah itu sejenis ikan) dan lain-lain. Sebenarnya aku memang kaki makan, makan, makan. Tetapi tidaklah sampai tahap Dora the Explorer tu. Semua benda nak rasa. Eiiiwwww…aku tidak akan makan makanan yang memang aku tak berkenan. Itu hanya bisa mematikan apetite aku. Contoh: ikan patin masak tempoyak, cecah budu, telur mata kerbau yang bahagian kuning tak masak, lagi, lagi dan lagi.

Ada lagi kawan yang mesra alam tahap artis popular. Semua orang dia tegur dan hadiahkan senyuman. Pantang ada yang ingin berkenalan, layan..zasss. Minta nombor telefon..bagi. Sampaikan orang salah dail nombor telefon pun boleh jadi teman tapi mesra. Aneh. Aku?nak senyum pun aku tak larat. Sampaikan takdak yang berkenan lantas terpaut-jatuh-hati-tangkap-lentok. Abis muka garang tak tau senyum, kata kawan-kawan aku. Orang minta nombor telefon pun buat-buat pekak. Hehe..bebal..bebal..(tak heranlah sampai sekarang suci lagi..harharhar..(ketawa penyesalan).

Itulah, sebab mereka kawan-kawan aku makan kentang sama keju, aku pula makan ubi kayu dengan belacan. Ada bezakah?Walau apa pun gelagat, ragam, perihal, perangai mereka itulah yang mematangkan aku. Menilai dari perspektif yang positif dan sudut pandangan yang berbeza. Jadi apa gunanya berkawan kalau bukan untuk berlawan (?). The end.