Archive for 10 Jun 2011

Kelopak Mata bergerak, tandanya…

Salam,

Mata sebelah kiri bergerak. Rimas. Hati rasa tidak sedap dan berdebar-debar. Apa tandanya ya? Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ya Allah! jauhkanlah, aku mohon pada-Mu.

Orang tua cakap, itu tanda kita nak menangis, tapi tidak pasti samada menangis sebab perkara buruk atau sebaliknya. Huhu…harap-harap semuanya perkara baik-baik yang berlaku. Amin.

Kemudian pergi google, dan ini lah jawapannya, kredit untuk link ini.

Jawapan orang tua-tua:

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

 

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

 

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

 

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Dan, ini untuk anggota badan lain yang bergerak…hihi..sekadar rujukan, terpulang mahu percaya atau sebaliknya…:0

  • Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan


  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan


  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh


  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis


  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh


  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan


  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta


  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati


  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut


  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan


  • Bibir bawah bergerak = akan menangis


  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik


  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.


  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang


  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan


  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi


  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita


  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran


  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang


  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua


  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala


  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta


  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata


  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Wanita VS Jualan Murah

Salam,

Jumaat. Oh..sungguh indah perasaan itu. Sebab esok dan lusa cuti daripada berkerja. Hmmm..dua minggu berturut-turut menghadiri jemputan majlis perkahwinan rakan-rakan.

Oleh kerana hari ini rest paling lama, jadi pergilah berongeng keluar dengan kawan-kawan, di samping mencari hadiah untuk jemputan kahwin. Ooooww…menyesal pergi Parkson. Sana-sini sale. Geram!

Perempuan dan jualan murah tidak boleh dipisahkan, walaupun dulu aku tidak mengakuinya..~(-_-“)~sewaktu zaman-zaman belum matang dan tahu bertapa release nya apabila shoping dan ter’nampak’ sale..hihi..

Kenapa perempuan dan jualan murah (shopping) seperti sahabat baik?

i) Memang azali wanita diberi 99 nafsu-dan salah satu nafsu itu adalah-membelidanmembelah..~-_-

ii) Tiada akta yang dibuat untuk melarang wanita ber’shopping’ terutama ketika sale..~-_-

iii) Terbukti, apabila wanita sedang mengalami tekanan, maka beriadah dengan cara ‘window shopping’ akan mengurangkan rasa tekanan itu ~ research by….(hey, ladies..put your name here..those who supporting me!)…-_-

iv) Sudah namanya wanita…-_-

v) Lebih  jimat kalau ber’shopping’ ketika adanya sale (walhal, ramai yang tertipu melihat harga barang yang ada .99sen dibelakang, dan 10%, 20%, 30% lebih-lebih lagi 50%, berpinar-pinar mata, sedikit lagi jatuh pitam)..hihi..-_-

vi) Selalunya, semasa musim perayaan, di situlah adanya sale, jadi, masa itulah adanya bonus, kalau tak ada pun memang sudah set on mind, kumpul duit untuk ber’shopping’ ketika sale..(ehem…siapa cakap perempuan tidak pintar!)..-_-

vii) …………………………………………………Wanita adalah makhluk yang lemah dengan GODAAN……………………………………………-_-

Hmmm..sebab lain fikirlah sendiri.

Tapi, personally, sifat shopping itu akan ada pada setiap manusia. Cuma, tahap ‘kelahapan‘ itu berbeza-beza. Hahaha..ayat ganas di situ.

Ok, lupakan pasal sale dan wanita.

Lepas balik dari membeli hadiah, and time to write romantic card for newlywed couple, so cute, bila masing-masing menilai tulisan sendiri, maka di situlah terbongkar karakter masing-masing. Uhhhh…nasib baik penilaian terhadap diriku sungguh positif sekali. Hahaha..kembang semangkuk.

Tepat. Apa yang dinilai memang menepati siapa sebenarnya aku. Kebetulan atau aku hanya syok sendiri. Bahaya betul.

So, moral, don’t reveal your handwriting to the others who knows to ‘read’ your character. So, ashamed.

Adiossss.