Holla!!!

Tetiba pulak pembuka bicara Sepanyol di situ.

Salam,

Baru siap menelan 2 keping roti bakar disapu butter dan kaya, ditambah dengan sebiji kuih karipap dan sekotak susu kacang soya. Itu adalah sarapan kali kedua. Di rumah sebelum kerja sudah menelan mee hoon goreng dengan meminum separuh gelas air teh, tuan rumah yang baik hati yang sediakan. Betapa beruntungnya aku menyewa rumah tuan kedaung yang rajin dan pandai masak. Superb!

Ok, cukup pasal sarapan pagi. Sebenarnya, aku mahu cerita pasal kaum-kaum yang mengalami krisis identiti. Mereka yang ‘terpaksa’ memilih jantina apakah mereka lebih cenderung. Erk?

Begini, tadi pagi-pagi lagi aku telah dihidangkan dengan pemandangan yang terus membuatkan otak aku berputar dan berfikir. Ada seorang pelajar, lalu di depan aku yang sedang duduk bersantai (santailah sangat..hihi..), rupa memang perempuan, suara apatah lagikan. tapi peliknya, tidak mempunyai benjolan di dada, rambut pendek, jalan berkangkang (kaki dibuka bila berjalan), cara bercakap cukup sempurna macam lelaki, pakai mestilah baju lelaki kan. Sah.

Jadi, aku pun automatik teringat masa zaman-zaman aku sekolah menengah, masa tu dalam tahun 2001, tinggal diasrama untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup (huhu..siap peluk kain batik mak masa nak tidur..(lari scene dulu ya)..sebenarnya kain batik tu buat lap air mata setiap kali nak tidur..hehe..). Masa dari sekolah menengah lagi aku sudah tahu cerita-cerita lesbian dan gay. Tapi aku lebih tahu cerita lesbian. Sebab hidup, tinggal, makan, berak, kencing, belajar, beriadah, bersukan, kongsi telefon awam, kongsi bangunan hostel, bangunan sekolah, bengkel..(syyyhhh..cukup) sama-sama kaum sejenis ni.

Dulu kecoh, selalu ada pelajar kena ambil tindakan disiplin, gantung atau buang sekolah sebab ber’couple’ dengan kaum sejenis. Siap ‘berhubungan’ atas katil. Yark!. Ada jugak senior yang aku rapat sangat juga menjalin hubungan itu. Haish! Dia cakap diorng biasa berlaga-laga bibir. Ohhh..tidak. Masa itu aku masih bawah umur ok. Bila aku cerita dengan kakak-kakak aku diorg semua risau aku akan jadi macam itu. (Sehinggalah hari ini diorg pelik kenapa aku tiada pasangan lelaki lagi..dan mulalah timbul difikiran kotor diorang aku berminat dengan kaum sejenis..hampeh!)

Dan ramai juga kawan-kawan cerita di sekolah dan universiti diorng pun ada berlaku. Malam-malam apabila mereka ‘berhubungan’ siap buat bunyi lagi, itu yang tak tahan. Cukup.

Ok, sekarang aku mahu tahu apa nikmatnya membuat hubungan sejenis ini?. Adakah senikmat membuat hubungan dengan berlainan jenis (aduhhhh! gelinya bila perkara ini ditulis). Aku mahu tahu sangat. Siapa boleh tolong jawab?

Aku pernah buat dajal. Pergi google “How Lesbians Make Love” , “The Lesbians Love”, “The world of Lesbians” dan pernah cari di YouTube tajuk yang sama, dan pernah tengok juga..hihi..(aku tidak stim ok, hanya mahu tahu…biarpun rasa geli-geleman semasa menyakiskan video itu..sumpah aku tidak ikut ghairah, rasa macam mahu muntah adalah..).

Jadi, sampai hari ini aku belum tahu lagi, apa rasanya. hahaaaa…jadi sesiapa yang pernah rasa tu silalah bagitahu saya..erk? Lagi satu nak tanya, kenapa ya diorg mahu tukar jantina asal kepada lesbian dan gay?Apakah yang mereke membuatkan mereka berfikiran begitu?

*Entri kali ini ada sensored sikit…:)